Tuesday, February 28, 2012

Peneman Nurani


Assalamualaikum 



Peneman Nurani tajuk yang klasik taktahu kenapa tetiba terkeluar tajuk tu :)


Sekarang ella tengah baca satu novel ni, mula mula macam soooo boring tapi bila dah mendalami terdetik mungkin Allah swt ada hikmah mengerakkan hati untuk membeli buku ini. Bukan seperti novel biasa yang ella suka okay ella suka novel cinta sebab boleh berangan tanpa gangguan dengan percuma hahahahaha. Novel ni special sebabnya bila bercerita direlatekan dengan hadis dan tafsiran alquran.


Satu tafsiran yang ella suka untuk dishare dengan korang:


... Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...
~ath-Thalaaq:2-3~


Sungguh manis ayat tersebut dan dalam tak sedar melalui novel pun boleh menyedarkan pembaca untuk mengisi jiwa dengan pahala walau hanya sekadar tulisan yang meresap menusuk jiwa. Dan tetiba terasa seperti mahu mencari senaskah tafsiran Al-Quran buat peneman nurani :)

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^