Saturday, March 3, 2012

Baskin Robbins Yogurt Smoothies Buat Saya Gembira

Assalamualaikum





Yeay! Haritu first time dapat invitation untuk merasai kenikmatan Baskin Robbins Yogurt Smoothies yang baru eksited habisan hehehe. Apalagi habis kelas pukul 1030pagi terus pergi Café Baskin-Robbins dekat The Gardens located kat Lot S22, Second Floor elok sampai depan BR tu pukul 11pagi teruja tapi malu eh! apa punya blogger camgini kalau malu kaaan lalu pura pura tak tahu malu pergi jumpa sarah kenalkan diri heeeeeee tapi lepastu terus hilang malu duk pokpetpokpet berkenalan dengan blogger lain yang ada :)


meet sharon first time

Bila sebut  Baskin Robbins mesti dalam kepala ingat ais krim kaaan. Siapa tak gila ais krim BR memang rugi tersangat kalau boleh hari hari nak ngadap ais krim siapa tak pernah cuba boleh bawak mak ayah boyfriend girlfriend adik kakak makcik atok nenek pergi try mesti lepas tu nak lagi lagi lagi percayaaaaaaalah macam lagi tokti tu.


Selalu BR dan ais krim adalah sinonim tapi kali ni kita kasi antonim siket BR dan Yogurt Smoothies. Siapa pernah try angkat jari? okay ella sendiri pun baru nak try *tutup muka* Soooo sekarang mari kita cuba keluaran terbaru BR Yogurt Smoothies yang diperbuat daripada pati buah buahan segar dan yogurt beku yang mengandungi kultur hidup dan aktif. Yogurt Smoothies  ni pun sesuai sangat untuk semua orang lebih lagi yang mahukan gaya hidup aktif dan sihat lagi ideal yang inginkan “BRight Choices". Mari kita cuba rasa  ^_^

(dari kiri ke kanan atas: strawberry, mango) (bawah kiri: strawberry banana, mixed berries)

muka keterujaan merasa sedap


tak sempat nak bercakap dah sedap sangat


Nak tambah lagi supaya korang terliur meh tengok perisa yang ada, ada 4 pilihan perisa Strawberry, Strawberry Banana, Mango dan Mixed Berries. Semua keempat tu memang mengoda deria rasa lidah anda tak tipu langsung. Bayangkan rasa manis manis buah lepastu sejuk masuk tekak walllaaaah. Bukan sekadar manis tapi menyihatkan apalagi mau takut nak minum :p

Strawberry: Manis Sedap


Strawberry banana: Siapa suka pisang mesti suka


Mango: Rasa mango dia pekat dan lemak sangat



Mixed Berries: Masam masam manis my favourite choice sedap sangat


Kenapa ella kata menyihatkan? sebabnya kandungan kultur aktif (Streptococcus Thermophilus, Lactobacillus delbrueckii subsp. Bulgaricus) yang ada dalam Yogurt Smoothies ni mampu melindungi jangkitan gastrousus, meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan kolestrol, memerangi kanser tertentu dan menghalang osteoporosis. Dengan semua kebaikan tu cukup untuk menjadikan Yogurt Smoothies ni sebagai snek harian korang lagi best tak perlu nak takut untuk yang ada gastrik macam ella sebab Yogurt Smoothies ni boleh kasi perut kenyang jadi tak lah terketar kalau terlewat makan :)  Harganya tak mahal pun Rm16 untuk saiz biasa dan Rm12 untuk saiz kecil.






Untuk tambahkan lagi keterujaan korang untuk mencuba Yogurt Smoothies Baskin Robbins menjelang Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2012, Baskin Robbins mahu meraikan dan memberikan penghormatan kepada semua kaum wanita atas semua kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan. Untuk celebration itu Baskin Robbins menawarkan sekeping baucar BRight Choices® kepada setiap wanita dengan setiap pembelian Yogurt Smoothies yiiiipiii :) Dengan sekeping baucar tu membolehkan setiap wanita menukarkan scoop dari saiz kecil kepasa saiz biasa dengan sebarang pembelian Baskin Robbins BRight Choices berikutnya, termasuk yogurt beku, ais krim tanpa lemak atau tanpa gula.


Original : frozen yogurt


Strawberry banana frozen yogurt

Yiiiipii lagi sekali kerana tawaran ni sah disemua cawangan Baskin Robbins diseluruh Malaysia bermula 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012. Tahulah eksited tapi jangan pula lupa nak serahkan baucar sebelum buat pesanan okay. Dan baucar tu tidak sah jika digunakan bersama keistimewaan kad kredit atau kad loyalti lain :)


yeay habis and yes u make me happy


asyik sangat sebab marveles sedap

1 comment:

  1. x pernah merasa attend event2 mcm ni..nuffnang xde nak bg invitation kot..sedih...

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^