Sunday, July 15, 2012

Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion

Assalamualaikum!


Yeay akhirnyaaaa tamat sudah cabaran contest nandos selama 4 minggu ni. Alhamdulillah berjaya ke penamat juga walaupun saya bizi kemain sehinggakan blog pun saya pandang sipi-sipi je. Saya nak karang banyak-banyak pon tak boleh sebabnya esok saya final exam. Final exam paling last InsyaAllah bagi degree level jadi sebelum saya umumkan pemenang marilah sesama kita berdoa agar saya mendapat A bagi kedua-dua subjek yang saya bakal hadapi minggu ini. Eh sempat lagi mintak korang tolong doa hahahaha :p


Jadi peserta untuk minggu ke 4 ni ada tiga orang. 






Dan semua jawapan yang diorang kasi sangat kreatip. Tapi ada seorang yang kasi jawapan buat saya gelak kehkehkeh. Saya bajet korang dah tahu kot saya cakap siapa peserta tu. Maka dengan ini saya umumkan bahawa Hidayu Zamani awak merupakan Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion. Saya gelak sebabnya boleh dia samakan si Barci dengan si Apek gol keeper Kelantan tu *mata kekiri kekanan*, saya rasa Barci lagi hensem kot dari Si Apek tu. 

Jadinya tahniah Hidayu kerana berjaya memenangi 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62, saya akan contact anda nanti yer, hadiah anda akan dapat selepas 20 Julai 2012.


Pesanan untuk semua pemenang Minggu 1 hingga Minggu 4, saya akan emailkan kepada anda semua setelah hadiah berada ditangan saya okay. Selagi tak email tu maknanya sila tunggu okay, jangan datang serang saya pulak hahahahaha.

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^