Wednesday, October 31, 2012

Kata - kata #1

Assalamualaikum!



"Biarlah rezeki kita tidak semurah orang lain 
janji ianya tidak melencong dari landasan mencari rezeki HALAL" - ellanadjla 2012

Tuesday, October 23, 2012

Lauk Mengawal Gula Dalam Darah (Kencing Manis)

Assalamualaikum!



Petua orang tua-tua
Kalau nak kontrol gula dalam darah boleh amalkan makan peria
Tapi aku tak tahu sejauh mana kesahihannya huhuhu
Yang aku tahu peria katak fresh bagus untuk kontrol darah tinggi, caranya ko hiris peria katak tu halus-halus buat ulam makan dengan nasi tetiap hari Insha Allah boleh kawal darah.
Tapi kalau nak amalkan makan sesaja pon boleh, tak semestinya orang darah tinggi kencing manis je kena makan, kita yang sihat pun digalakkan amal untuk jaga kesihatan.


haritu balik terengganu aku jadi chef
ada sayur peria dengan daun pegaga je, ketam ada dalam peti tapi malas jadi masak apa yang rajin dan senang sudaaaaaah

peria aku goreng telur je pastu daun pegaga aku buat kerabu ikan pegaga then goreng ikan masin
cukup tak payah nak banyak lauk membazir.



Aku kasi resepi Peria Goreng Telur dengan Kerabu Pegaga Ikan kot kot ler korang terliur kaaaaaan :p


Peria Goreng Telur

1-3 biji Peria (yang aku masak ni saiz sedang)
1 biji Telur
2 ulas Bawang Putih (mayang halus)
1 biji Bawang Besar (mayang halus)
Garam
Kicap Cair

1. memula belah peria jadi 2 bahagian pastu buang semua biji, pastu hiris peria macam dalam gambar.
2. rendam peria tersebut dalam air garam dalam 30minit (ni taknak kasi pahit sangat, lagi lama rendam lagi kurang parit tapi bakal jadi masin) pastu toskan
3. panaskan minyak dalam 3 sudu, tumis bawang putih & bawang besar sampai kekuningan. Bila dah agak kekuningan masukkan peria.
4. Lepas tu pecahkan telur, gaul kasi rata. Masa ni masukkan kicap cair dengan garam secukup rasa, gaul kasi rata pastu siap. Kalo nak tambah gula pon boleh tapi berpada-pada *ko nak masak untuk kontrol gula tapi ko tambah gula seguni tak guna hokey*


Kerabu Pegaga Ikan

Sukatan aku nih untuk seikat daun pegaga

Daun pegaga
Limau nipis
Cili padi *mayang halus*
Cuka
Gula
Ikan Panggang / Ikan Goreng *buang tulang ambil isi sahaja*
Bawang Kecil/Besar *ikut suka nak letak atau tak, aku tak letak pon*

Memula basuh bersih-bersih daun pegaga sekali akarnya. Kendian hiris daun pegaga sekali dengan batang dan akar (kalau taknak letak akar pon boleh). Masukkan dalam mangkuk besar untuk senang proses mengaul, pastu masukkan sekali isi ikan then gaul rata. Campurkan perahan air limau nipis, masukkan 2-3 sudu cuka dan gula dalam mangkuk daun pegaga dan isi ikan tersebut. Kemudian masukkan hirisan cili padi dan kalau nak letak bawang masukkan sekali pastu gaul lagi. Bila dah gaul rata, rasa apa yang kurang, kalau nak manis tambah gula nak masam tambah cuka nak masin tambah garam. Pepandailah korang rasa ikut lidah memasing.


Selamat Mencuba!

Monday, October 22, 2012

DIY Jahit Kristal Di Leher Baju Kurung Kosong

Assalamualaikum!


Alhamdulillah akhirnya konvo jugak aku nanti aku upkan cerita konvo bila rajin. Sebulan sebelum konvo aku dah aim nak buat baju konvo padahal pakai baju raya je pon boleh tapi dah dasar gedik nak baju baru untuk konvo semata rela korbankan duit belanja untuk cari kain, mintak sponser tak lepas gini ler nasibnya.


aku target nak beli kain kaler kuning raja pastu nak tiru baju macam si hanis zalikha nih. Kira memang nak tiru sebijik sebulat siap save gambar ni dalam henpon bawa pergi tailor tunjuk saya nak macam gini. Tapi sayangnya kuning raja yang dicari nan ado, 4-5 bijik kedai jugak redah cari tapi takder yang berkenan huhu 


last last rembat kain ni, takder kuning raja kuning telor pon boleh lah janji kuning.
aku beli kain ni dekat saleem aziz terengganu harga 3.5 meter Rm 99 hengget *nanges keluar duit*
upah pulak 55 hengget mahal kebeno
bila dah siap leher pulak aku tak puas hati kemain besor pastu nampak kosong gils



pikir punya pikir aku dpat idea nak buat DIY transform leher baju kasi nampak canteek
mari kita redah cari batu kristal
aku pergi kedai bunga reben je kat jalan tar sinun itu yang paling besor nampak kat mata
tak kuasa nak redah tempat lain dah dengan panas berpeluh berlengas redho je ape yang ada


banyak sangat bentuk corak yang ada sampai bersila bersilat aku dalam kedai cari bijik kristal yang sesuai
last last aku beli je yang bentuk oval kaler coklat karamel
harga sepeket Rm 22.50, dalam tu ada 50 bijik
pastu beli benang segulung 80 sen, jarum sebekas Rm 1.20


balik rumah kemain tak sabor nak menjahit
dan dan sampai terus aku start jahit, memula payah jugak naik kelabu bijik mata nak mencucuk sebijik-sebijik. Ntah berapa kali tercucuk jarum tapi dah ko gatal sangat menjahit petang nak maghrib padan muka sendirik
dalam setengah jam tadaaaaaaaa siap jugak, gini ler rupanya
cantik cantik sukaaaaaaaaa


bila pakai gini ler rupanya
takderlah kosong sangat leher baju kurung tu, aku wassap kazen aku showoff sekali minah tu gedik nak jugak hoiiii mek bayar ler, ape ingat senang nak cucuk sebijik-sebijik kristal tuh :p
ada skill jugak rupanya aku dalam bab bab menjahit ni #eh


Saturday, October 20, 2012

Agar Jelly Buah Campur Mudah Ringkas Dalam 30 minit

Assalamualaikum!



Terasa nak makan tapi malas huhuhu acane tuh.
Lalu menggunakan kerajinan yang ada aku drive pergi sabasun hypermarket femes kat trg. Aku nih kalo berjalan laju aje HAHAHA tapi laju pon tengok tempat dan fulus jugek kalo dah papa kedana ko offer pergi pantai layan angin yang free tu pon aku tak layan.
Teringin gila nak makan agar-agar tapi aku malas nak nunggu lama pastu kan nak buat agar yang jernih cantik kan cerewet tapi aku nak makaaaaan.


Laju kepala hotak aku fikir macam mana nak buat agar yang cepat dan sedap dasar pemalas nak cepat sesaje 
ting! ting! ting! idea lompat lompat keluar dari hotak aku teringat pernah baca pasal serbuk jelly
aku pergi kat bahagian kuih aku carik serbuk jelly yang dalam kotak tu
hah jumpa senang kerja haku nak buat agar


balik rumah basuh lap lap bekas baca arahan tak sampai 5 minit siap sudah agar jelly aku tuh.
tapi aku nak kasi jelly tu nampak cantik aku ubah style siket
aku ambik mix fruits yang dalam tin balance dari hamper raya arituh aku campur dalam jelly
kacau dua tiga round terus tuang dalam bekas
siap!


disebabkan serbuk jelly tu dah manis jadi aku tak campurlah air mix fruits or tambahkan lagi gula, ko gila nak tambah lagi gula mau gula dalam darah naik doploh satu gamaknya.
bior sekejap dalam sejam gitu terus boleh makan
tapi aku ni terlebih pandai kononnya nak agar jelly cepat keras gatal tangan pergi sumbat semua agar masuk freezer ko tahu apa jadik?
semua agar aku tuh jadi macam ais zxdnsbfdksb padan muka
makan lah aku agar-agar yang rupa ais melekat kat ikan tuh
nasib sedap jugak *puji sendirik* hahahaha

Friday, October 19, 2012

Contest | Posing Dan Menang Audrey Lingerie

Assalamualaikum! 


Vavavava ada contest lagik. Kali ni contest Audrey lingerie pulok. Contest paling senang kot  niiiiii. Hadiah pon best. Sesapa nak masuk nah ikut ni syaratnya:-


Terms and conditions:
1.Snap a photo of yourself with any items that carries Audrey logo (e.g. paper bag, Audrey product, paper tag…)
2.Upload the photo on Audrey Malaysia https://www.facebook.com/MalaysiaAudrey
3.Get as many "Like" as you can from your friends by liking both the Audrey fan page and the photo
4.Prizes up for grabs:
1st Prize – RM500 Audrey Voucher
2nd Prize – RM300 Audrey Voucher
3rd Prize – RM200 Audrey Voucher
5.Winner will be notified and contacted for the delivery of voucher
6.Contest period: 6 October 2012 - 9 November 2012
7.Attached herewith is a sample for your reference. The "SAMPLE" word is not required on your photo.


Pastuh pastuh ada hadiah RM50k of prizes worth to be won in Audrey. The competition is call Queen of the day. WOWOWOW banyaknyaaaa hadiah *berangan bilang duit dalam kepala*


Apalagi korang moh ler masuk mana tau tertiba menang kan, rezeki kita tak tahu kot kot tersepak menang kayo kayo. Eh haaa bawah ni contoh gaya korang boleh posing, jangan lupa LIKE fb  Audrey Malaysia  babeh.

Wednesday, October 17, 2012

Penumpang VVIP Maraliner

Assalamualaikum!





Ni aritu ler nih nak balik KL lepas cuti 3-4 hari nak naik flite cadangnya tapi bila tengok rege tiket humakkaiiii sesak napas *urut dada* one way trip saje dah 200 lebih ko gila aku nak beli baik buat makan lagi untung dari dok dalam flite 45 minit tu.


Aku sampai on time kat stesen bas sekali nan ado orang bas aje tercokoh kat lane dreba pon yilek. Sabar tunggu tunggu, bukan ape aku jenis tak suka nak duduk kat lane bas tu lelama boleh bawak pening kepala dengan asap bau minyak semua tu *dasar hidung manja* dalam 15 minit gitu baru drebanya ada. Aku pon cecepat ler naik siap tanya penuh tak arini? macam aku bos je HAHAHAHA. Dah duduk bas terus jalan, aku dah macam biar betul bas ni takkan aku sorang je kot *dalam hati pikir mesti ambik orang tengah jalan ni* aku ni jenis kalo naik bas terus setting tempat nak tidur tak sampai 5 minit konfem aku lena selenanya. Dalam duk setting tu  aku dengar dreba cakap sesame sendiri


dreba 1: sorang je arini naik bas?
dreba 2: hor lah dah sorang je hok beli tiket
aku: !@#$% *muka tercengang macam ler diorang cakap dengan aku*




dalam hati dupdapdupdap ko gila tak takut, aku dah fuh kiri fuh kanan time nih. Yelah kot kalo dekat takpe ni lagi 7 jam nak sampai KL. Aku berdoa je lah mampu pastu duk message semua orang bagitau aku naik bas apa kaler apa siap buat ringtone paling kuat konon nak takutkan dreba padahal aku yang takut. Bila papa kol hah kemain bergepaaa aku cakap HAHAHAHA. Bila sampai chendor hah kemain banyak aku borong makanan lepastu sambung zzzZZZzz balik KAHKAHKAH sesedar dah sampai KL. Alhamdulillah selamat jugak sampai walopon aku seorang je dalam bas, very the vvip ko. Tenkiuuu ler pakcik pakcik sebab bawa bas dengan penuh berhemah cuma kalo boleh jangan ler isap rokok time drive lenkali yer, sesak hidung saya *buat gaya no no no goyang jari telunjuk sambil tutup hidung* 




Kalau korang pernah alami jugak situasi gini make sure bagitau semua yang terdekat bas apa korang naik sekali dengan no plate. Kalau boleh update lah dekat diorang korang dah sampai kat mana. Yelah malang kang tak berbau jadi baik kita cuba cari alternatif untuk elakkan perkara yang buruk :)

Tuesday, October 16, 2012

Jangan Menipu Kalau Tak Pandai

Assalamualaikum!


Hah kisah tak pandai menipu dah keluaq. Siapa tak pernah menipu? Bohong sangat kalo ko kata ko tak pernah menipu walopon sekali seumur hidup, nampak nau mentipu amboi hidup suci bebenor gitu katakau. Aku ada jugek tipu sunat yang paling latest tipu sunat malas pergi interview HAHAHA.

Heh sebenarnya aku nak cerita satu kisah ni kekdahnya menipu tapi boleh pulak lupa apa yang ditipunya tapi yang ditipu intelligent sangat lalu berjaya korek jawapan sebenor si penipu *aku yang tulis tapi aku sendirik pening nk baca #heh apeapejelah*

Dalam kereta 1 dari tempat X ke Y

A: xxxx dah makan tengahari belom?
B: makan dah lecturer belanja nasi ayam kat kedai
C: baiknya lecturer ajak student pergi makan
B: hor tadi lepas sembahyang terus lecturer ajak pergi makan
D: buat muka #{%{€£¥ *aku lettew hahahaha*

Dalam kereta 2 dari tempat Y ke Z pulak *pelakon adalah org sama*

A: xxxx tadi makan kat mana? Dengan sapa? *cubaan korek cerita betul nak uji tahap penipuan kat level mana*
B: oh tadi makan nasi putih lauk dengan kawan kat hostel
A: kenyang tak lagi?
B: boleh laaah

Hah tuuuu dia si penipu B dah lupa jawapan dia dalam kereta 1 tadi, bila naik kereta 2 eh lain pulok jawapannya. Padahal soklan serupa aje HAHAHA. Pengorek cerita si A dah agak mesti si B tipu lagi dasar penipu sepenuh masa betei.

Itu lah lain kali kalo nak menipu agak2 ler jangan redah pong pang pong pang sangat sekali kantoiii memang tau lah ko kaki pentipu besor. Kalo dah terdesak sangat nak kena menipu doa2 lah moga apa yang ko tipu tu tak pecah yek. Tipu sunat siket2 sudeh jangan nak gebang sangat.


Macam sedap pulak tulis guna ganti diri aku huehuehue >.<