Tuesday, October 23, 2012

Lauk Mengawal Gula Dalam Darah (Kencing Manis)

Assalamualaikum!



Petua orang tua-tua
Kalau nak kontrol gula dalam darah boleh amalkan makan peria
Tapi aku tak tahu sejauh mana kesahihannya huhuhu
Yang aku tahu peria katak fresh bagus untuk kontrol darah tinggi, caranya ko hiris peria katak tu halus-halus buat ulam makan dengan nasi tetiap hari Insha Allah boleh kawal darah.
Tapi kalau nak amalkan makan sesaja pon boleh, tak semestinya orang darah tinggi kencing manis je kena makan, kita yang sihat pun digalakkan amal untuk jaga kesihatan.


haritu balik terengganu aku jadi chef
ada sayur peria dengan daun pegaga je, ketam ada dalam peti tapi malas jadi masak apa yang rajin dan senang sudaaaaaah

peria aku goreng telur je pastu daun pegaga aku buat kerabu ikan pegaga then goreng ikan masin
cukup tak payah nak banyak lauk membazir.



Aku kasi resepi Peria Goreng Telur dengan Kerabu Pegaga Ikan kot kot ler korang terliur kaaaaaan :p


Peria Goreng Telur

1-3 biji Peria (yang aku masak ni saiz sedang)
1 biji Telur
2 ulas Bawang Putih (mayang halus)
1 biji Bawang Besar (mayang halus)
Garam
Kicap Cair

1. memula belah peria jadi 2 bahagian pastu buang semua biji, pastu hiris peria macam dalam gambar.
2. rendam peria tersebut dalam air garam dalam 30minit (ni taknak kasi pahit sangat, lagi lama rendam lagi kurang parit tapi bakal jadi masin) pastu toskan
3. panaskan minyak dalam 3 sudu, tumis bawang putih & bawang besar sampai kekuningan. Bila dah agak kekuningan masukkan peria.
4. Lepas tu pecahkan telur, gaul kasi rata. Masa ni masukkan kicap cair dengan garam secukup rasa, gaul kasi rata pastu siap. Kalo nak tambah gula pon boleh tapi berpada-pada *ko nak masak untuk kontrol gula tapi ko tambah gula seguni tak guna hokey*


Kerabu Pegaga Ikan

Sukatan aku nih untuk seikat daun pegaga

Daun pegaga
Limau nipis
Cili padi *mayang halus*
Cuka
Gula
Ikan Panggang / Ikan Goreng *buang tulang ambil isi sahaja*
Bawang Kecil/Besar *ikut suka nak letak atau tak, aku tak letak pon*

Memula basuh bersih-bersih daun pegaga sekali akarnya. Kendian hiris daun pegaga sekali dengan batang dan akar (kalau taknak letak akar pon boleh). Masukkan dalam mangkuk besar untuk senang proses mengaul, pastu masukkan sekali isi ikan then gaul rata. Campurkan perahan air limau nipis, masukkan 2-3 sudu cuka dan gula dalam mangkuk daun pegaga dan isi ikan tersebut. Kemudian masukkan hirisan cili padi dan kalau nak letak bawang masukkan sekali pastu gaul lagi. Bila dah gaul rata, rasa apa yang kurang, kalau nak manis tambah gula nak masam tambah cuka nak masin tambah garam. Pepandailah korang rasa ikut lidah memasing.


Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^