Friday, December 28, 2012

Alert!! Kalau korang mahu cantik


Wah propa betul tajuk entri hahaha
Ni ceq nak heboh kat hangpa semua pasal sales barang kecantikan kosmetik
Bukan takat sales tapi jugak ada giveaway, kalau dah nama giveaway haruslah benda free


Siapa buat giveaway?
Mestilah OnlyBeauty the online communication portal that delivered freebies & discounted voucher to their members'


Peminat kosmetik sekalian sila mark besar besar yer 3 - 6 Jan 2013 ini OnlyBeauty akan adakan sales di Centrol Mall, Klang! Boleh jimat sehingga 63% untuk shopping barangan cosmetic dan beauty.


Ok settle part sales
Sekarang pasal giveaway
Macam mana nak dapatkan Free Gift ni pulak senang saja
Korang kena..


Sign up sekarang di http://tinyurl.com/bp4qndt and you will receive a Free Gift Vouchers via SMS where you could redeem for a Maybelline BB Lips for FREE during our sales @ Centro Mall, Selangor.


Apa lagi yang boleh dapat free?


Share this photo now di facebook and you could win RM10 McDonald's Cash Voucher!


To Participate,

Step 1: Like our Facebook page @ OnlyBeauty
Step 2: Share this photo on your wall by posting "@OnlyBeauty Sales is offering L’oreal Paris, Maybelline New York and Garnier products up to 63% discount!!" as your status, and tag any 5 of your friends.

*Don't forget to set your post's Privacy Setting to PUBLIC before clicking "Share Photo"*


Terms and conditions
1. This giveaway runs from now until 6 January 2013.
2. You need to be a fan of our page and complete the steps above to be eligible as a winner.
3. 20 winners will be chosen using random.org


Dan jika korang adalah blogger, jangan lupa register di OnlyBeauty juga, mana tahu lepasni dapat buat review cosmetic produk like i usually do okay! jangan lupa ikut apa cik manis ni bagitau juga ^^


Ingat!!!
3 - 6 Jan @ Centro Mall Klang

Thursday, December 27, 2012

Hello Sugar by La Senza



Baru-baru ni saya berkesempatan join La Senza pin up store kat klcc sekali dengan launching koleksi terbaru diorang iaitu Hello Sugar. Sexy uollss dah lah tu kaler pulak cecantik. Sapa yang kata pakaian dalam tak payah yang cantik you are so wrong. Bila cantik luar dan dalam lagi konfiden hokeh. Sesuai dengan jenama La Senza yang femes serata dunia.
 

Koleksi terbaru dari La Senza memang debooom habis. Banyak sangat choice sampai taktahu mana nak pilih. Kalo korang mencari pakaian dalam yang selesa, lembut La Senza memang sesuai sangat, pelbagai corak ada animal print? renda? plain? sebut saja semua ada. Tak caya? tengok beberapa contoh yang ada kat bawah nih..



Cantik sangat kan. So apalagi korang jom ler serbu La Senza, sekarang kan tengah YES sesuai sangat untuk shopping. Saya dah shopping dah aritu rambang mata pilih, ni ada lagi yang dalam kepala nak pi beli hikhik.

Wednesday, December 26, 2012

Alpokat / Avocado

Assalamualaikum!


Sambung entri Pualu Karimun semalam. Kan saya bilang ada beli avocado 5 kilo jadi balik mesia merasalah minum alpokat chocolate tetiap hari selama seminggu hahahaha.


First time saya minum time pergi tanjung pinang 3-4 tahun dulu lepastu terus jatuh cintan sama air avocado coklat. Sejak tu tiap kali family members pergi Indonesia mesti pesan beli avocado. Selain buat air boleh jugak buat jadi masker rambut, sejuk kepala berkilau rambut iolss.


Jus alpokat ni sedap minum sesejuk, natual taste dia kalo buah masak manis tapi kalo kena yang buah tak masak pahiiit gila. Lagi pahit dari peria. Peria tu ko mampu lagi tahan pahit kalo buat ulam yang ni ko tak mampu nak gigit pon pahitnya. Letak atas lidah pon ko akan rasa nak muntah *bercakap dari pengalaman babeh* hahahaha. Nak lagi sedap untuk buat air tambah susu pekat pastu dressing dia letak syrup coklat. Tak letak pon takpe tapi kalau dah rasa nak minum yang macam kat Indon punya belilah yang hershey's tu baru rm 12.90 sebotol.


Cara dia mudah aje, ambik isi avocado tu saje yer blend sekali dengan susu pekat tambah air siket. Kalo nak buat blended tambah je lah ais masa blend. Siap! pastu letak coklat dalam gelas, minum. Yang penting kena ada avocado je yang lain sampingan.


Oh yer masa kikis isi avocado tu jangan sampai ke dasar kulit yer macam gambar kat bawah ni takut nanti terpahit. Kikis manja manja cukup yang balance ambik buat masker rambut. Untuk buat masker rambut pon senang ambik isi avocado blend kosong maksud dia blend isi sahaja tak payah cambut air dan susu. Kang campur susu ada yang bengkak kepala semut datang gigit.


okey tu je nak share, idea dah kering huhuhu.

Tuesday, December 25, 2012

Cuti Makan Makan Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia

Assalamualaikum!



Ini lagi lama punya tertangguh, duk kat kampung internet malu kambing jadi mood pon sama kekambingan jugak hakhakhak.


Ni adalah percutian yang tak di plan langsung. Sampai Terengganu subuh isnin, selasa malam terus calloo ikut office trip papa datang Pulau Karimun. Sakit pinggang naik bas 7 jam tak sempat nak habis sambung pulak dengan 10jam trip je JB T____T berjalan dah serupa itik tapi gagahkan jugak sebab sendiri gatal nak ikut *padan muka sendiri* Dari Terengganu naik bas jabatan ke Kukup, then kita naik feri ke sana. Sampai Jeti Kukup pukul 8 pagi gitu terus pergi settlekan pasport, beli tiket semua sebab nak naik first trip pukul 8.30 pagi. Sementara tu sempat tukar duit siket untuk belanja kat sana. 


Kalo korang nk naik first trip kena ada kat sana dalam pukul 8 untuk beli tiket, sebab selalunya penuh tapi jangan bimbang sebab diorang ada banyak trip sampai ke petang. Advice saya sila beli tiket return (pergi-balik) sebabnya kang tetiba tiket habis meraung kat sana pon tak guna huhuhu. Tiket return adalah Rm 100 dan ada charge boarding fee Rm 10 jadi total return adalah Rm110. Paham? Perjalanan feri untuk sampai ke Pualu Karimun dalam 1jam 30 minit gitu.


Memandangkan pergi ikut trip orang jadi tak boleh ler nak sukatik ko nak pergi mana. Sampai sana dah ada orang tunggu hotel pun diorang dah booked sesiap jadi kita follow je lah. Hotel pon paling curlas rasanya 1 bintang je kot ke takde bintang terus hahaha. Yang suites harga rm 80 sebilik *pitam* jadi silalah jangan bayangkan hotel sini macam marveles. Breakfast pon sedih huhuhu.


Kalo korang tanya best ke sana?
Hurmmmmm takdelah best macam pergi bandung, sini macam pekan kecik je, sehari pusing pon boleh habis. Kalo korang pernah pergi Rantau Panjang, Kelantan / Padang Besar haaaa sini sebijik macam sana. Takda apa sangat pun sebab tu lah percutian kali ni dipanggil cuti makan makan. Memang niat datang makan je pon hahaha.


Hari-hari seterusnya memang makan makan dan makan. Ada yang sedap ada yang kureng kuasa patploh. Ni second day kot keluar pergi pasar diorang, saje tengok suasana pasar kat sana. Lebih kurang pasar kita jugak cuma yang tak paham diorang meniaga campur-campur. Ko bayangkan dalam pasar tu sebelah kanan ko pakcik jual ikan pastu sebelah kiri pulak jual bra seluar dalam pastu sebelah jual ikan tu jual selipar pulak pffffff pening nengok tapi apakan daya tempat  orang. Yang syourgaaanya bila datang Indonesia adalah memborong avocado! muraaaaah hoiiiiiii 5 kilo tak sampai 50 hengget. Patah seblah bahu kendong avocado itupon ada lagi hati nak beli sampai 10kilo hahahaha.



Masa jalan kat pasar ternampak satu kedai unik, semua handmade dan semua nampak cantik Halus gilss hasil tangan pakcik nih cuma bit pricey. Tapi beli jugak something untuk kenangan, beli reha dari kayu cempedak natural kuning warnanya takpelah mahal pon buat kenangan. Nampak tak petai tu? kat sana petai dia gemok gemok tergoda tapi sedar diri tempat orang kang beli bawa balik tak sempat sampai terengganu dah lebam.


Makanan selain nasi padang haruslah try benda baru, saya try Martabak Bangka special. Actually ia adalah apam balik cuma inti je lain tapi sedaaaaaaap. Tak tipu *sekarang masih terbayang* yang saya makan inti cheese, chocolate rice, susu dan kacang harganya dalam 25,000rp sebijik.


Diorang ada jugak pantai tapi taklah secantik tempat kita. Nak cuci mata pon tak boleh lagi sakit mata adalah nengok sampah penoh huhuhu


Kalo korang tanya apa lagi yang best?
jawapan saya takde dah selain makanan hahahaha.

Monday, December 24, 2012

Resepi | Pai Crust Kruk Krak Rangup


Assalamualaikum!


Hai..Hai.. Lama gila tak update blog maklumlah mode berkabung tak dapat panggilan daripada satu kompeni kat bangsar. Sedih gila sebab memang berangan tinggi langit nak keje kat sana sob sob. Mister yang tanya soklan 5 kompeni oversea 5 kompeni mesia kalau u baca ni i nak kasi tau yang i memang nak kerja dengan kompeni u sangat. Ni bukan memain ni kenyataan. I know you read me kennnn sebab aritu salah satu soklan interview dari u what is my blog url pastu u cakap u nak baca blog i. Jadi i cakap kat u teterang ikut sini kihkihkih.


Eh ape yang aku duk taip ni, entri tajuk resepi tapi satu perenggan mukadimah cerita menda lain what deeeeerrrr pufffffff.


Ok Ok balik ke title entri sejak duk lepak rumah makin menjadi-jadi kerajinan kedapur. Kejap try buat juice, pastu try buat jemput ni try buat pai kes terliur tengok rancangan top chef ler pastu gigih google resepi sesambil alter mana yang patot ikut rasa sendiri nasib baik jadi kalo tak jadi memang kena gelak dengan anak toyol kat rumah ni hah.


Resepi yang telah berjaya merangupkan pastri pai ku cedok dari my resepi. Bahan-bahan untuk pastri yang perlu mudah sangat:

150g butter (tapi sy guna majerin daisy soft)
250g tepung gandum (ayak)
1 sudu kecil gula
1 kuning telur
Garam secubit
Air sejuk dalam peti ais

Disebabkan rumah saya takda bekas untuk pai jadi saya rembat je bekas untuk buat tat. Bekas tu saya sapu majerin sebab taknak kasi pastri melekat (gambar no1). Semua bahan-bahan pastri disatukan, gaul sehingga adunan tak melekat, air sejuk tu letak dalam 4-5 sudu sahaja untu lembutkan adunan (gambar no 2). Kendian roll kan pastri ikut saiz bekas (hak ni takdak gambar tak kuasa nak basuh tangan banyak kali jadi paham2 sendiri lah kahkahkah). Bila dah settle semua boleh letak pape inti yang suka (no 3) pastu roll kan lagi pastri untuk tutupkan pai. Untuk kasi melekat tekan tepian pai dengan hujung garfu then sapu kuning telur kat atas permukaan pai ( no 4).


Untuk inti korang boleh je campak apa ini yang korang suka. Macam saya buat inti daging cincang black paper dengan inti fresh mash mango pastu saya tambah cheese nak kasi cheesy tapi saya pepandai gi beli cream cheese memang harapanlah waselamat nak cheesy. Jadi korang kalo nak pai korang cheesy melting yummeh sila beli mozarella ataupun parmesan sahaja.



Jadi sekian itu saje sharing resepi untuk kali ni, kang kalo rajin saya masak saya share lagi. 

p/s: berbulan entri ni duk tersimpan kat draft sampai apa yang nak share lagi pon lupa huhuhu.


Friday, December 14, 2012

Jom Bersama Yuna menerokai GALAXY Wonderland Note II

Menerokai perjalanan muzik dalam kehidupan bersama GALAXY Note II


Nak idea korang digunakan untuk dijadikan lagu tak?
Kot lah korang ada idea kreatif tapi tak tahu saluran yang betul, jadi apakata korang join projek GALAXY Wonderland nih. Saya pon joooooin jugak hehehe.


Kalo korang masih ingat kejayaan Projek Sparkle, alaaaah projek yang orang duk menang Samsung Note dengan cara lukis lukis tuh, kali ni jom main lukis lagi, Samsung sekali lagi telah bekerjasama dengan Yuna, tapi kali ini untuk projek yang dipanggil GALAXY Wonderland bersama Galaxy Note II pulak. Projek kali ini membawa segala-galanya yang istimewa tentang Malaysia. 


Sekarang ini Yuna menyeru rakyat Malaysia untuk menghantar idea, ceritakan tentang inspirasi anda ke portal GALAXY Wonderland di galaxywonderland.my kendian Yuna akan menggunakan idea korang ini untuk mencari nukilan kreatif untuk dijadikan sebuah lagu baru. Korang cuma perlu pergi ke galaxywonderland.my dan sign up kemuadian start luuuuuuuuuuuuuukis.


Korang klik start creating tu kendian start lukis kendian follow step seterusnya dan submit.


Saya siap lukis sekali mengayat lagi untuk contest nih hikhikhik. Saya kan rasa saya ni pandai lukis tapi rasa saya tu mungkin angan angan sebelum tidor je kot hahahahaha. Nak tengok hasil lukisan yang saya pertaruhkan *amboiiii pertaruhkan hokeh :P* ni diaaa

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


tanteeek tak kite lukis? kalau pakai Note II secara realiti mesti jadi lagi caaaaaaaaaaaaantek kan. Mr direktor Samsung, saya nak Galaxy Note II free boleh? kasi hadiah birthday in advanced *kelip kelip mata*


Dengan diilhamkan dari cerita-cerita yang dikongsi pada GALAXY Wonderland, Yuna akan mengolah semua idea tersebut dan menghasilkan video muzik yang bercirikan Malaysia dengan menggunakan GALAXY Note II. Dilancarkan pada awal Oktober, GALAXY Note II direka untuk kreativiti setiap hari, efficient capturing dan expression of ideas menjadikan Note II sempurna untuk menemani Yuna dalam perjalanan Wonderland beliau. Perjalanan Yuna pada GALAXY Wonderland akan dipaparkan dalam siri di Astro Ria, jadi korang tahu lah apakah idea terbaru yang rakyat Malaysia kongsi bersama Yuna.


Kalo korang nak tahu lagi, kerjasama Samsung dan Yuna dalam Projek Sparkle dulu telah menyaksikan video muzik pertama di Malaysia yang dicipta daripada GALAXY Note dan telah memenangi anugerah Video Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM), muzik memberi anugerah terulung di Malaysia majlis. Ini membuktikan yang idea dan kreativiti yang korang share dihargai dan berkualiti.


Untuk maklumat lanjut mengenai GALAXY Wonderland dan Samsung GALAXY Note II, sila lawati portal GALAXY Wonderland, galaxywonderland.my atau Facebook Samsung Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.