Assalamualaikum!
Ini lagi lama punya tertangguh, duk kat kampung internet malu kambing jadi mood pon sama kekambingan jugak hakhakhak.
Ni adalah percutian yang tak di plan langsung. Sampai Terengganu subuh isnin, selasa malam terus calloo ikut office trip papa datang Pulau Karimun. Sakit pinggang naik bas 7 jam tak sempat nak habis sambung pulak dengan 10jam trip je JB T____T berjalan dah serupa itik tapi gagahkan jugak sebab sendiri gatal nak ikut *padan muka sendiri* Dari Terengganu naik bas jabatan ke Kukup, then kita naik feri ke sana. Sampai Jeti Kukup pukul 8 pagi gitu terus pergi settlekan pasport, beli tiket semua sebab nak naik first trip pukul 8.30 pagi. Sementara tu sempat tukar duit siket untuk belanja kat sana.
Kalo korang nk naik first trip kena ada kat sana dalam pukul 8 untuk beli tiket, sebab selalunya penuh tapi jangan bimbang sebab diorang ada banyak trip sampai ke petang. Advice saya sila beli tiket return (pergi-balik) sebabnya kang tetiba tiket habis meraung kat sana pon tak guna huhuhu. Tiket return adalah Rm 100 dan ada charge boarding fee Rm 10 jadi total return adalah Rm110. Paham? Perjalanan feri untuk sampai ke Pualu Karimun dalam 1jam 30 minit gitu.
Memandangkan pergi ikut trip orang jadi tak boleh ler nak sukatik ko nak pergi mana. Sampai sana dah ada orang tunggu hotel pun diorang dah booked sesiap jadi kita follow je lah. Hotel pon paling curlas rasanya 1 bintang je kot ke takde bintang terus hahaha. Yang suites harga rm 80 sebilik *pitam* jadi silalah jangan bayangkan hotel sini macam marveles. Breakfast pon sedih huhuhu.
Kalo korang tanya best ke sana?
Hurmmmmm takdelah best macam pergi bandung, sini macam pekan kecik je, sehari pusing pon boleh habis. Kalo korang pernah pergi Rantau Panjang, Kelantan / Padang Besar haaaa sini sebijik macam sana. Takda apa sangat pun sebab tu lah percutian kali ni dipanggil cuti makan makan. Memang niat datang makan je pon hahaha.
Masa jalan kat pasar ternampak satu kedai unik, semua handmade dan semua nampak cantik Halus gilss hasil tangan pakcik nih cuma bit pricey. Tapi beli jugak something untuk kenangan, beli reha dari kayu cempedak natural kuning warnanya takpelah mahal pon buat kenangan. Nampak tak petai tu? kat sana petai dia gemok gemok tergoda tapi sedar diri tempat orang kang beli bawa balik tak sempat sampai terengganu dah lebam.
Makanan selain nasi padang haruslah try benda baru, saya try Martabak Bangka special. Actually ia adalah apam balik cuma inti je lain tapi sedaaaaaaap. Tak tipu *sekarang masih terbayang* yang saya makan inti cheese, chocolate rice, susu dan kacang harganya dalam 25,000rp sebijik.
Diorang ada jugak pantai tapi taklah secantik tempat kita. Nak cuci mata pon tak boleh lagi sakit mata adalah nengok sampah penoh huhuhu
jawapan saya takde dah selain makanan hahahaha.
tgok gambar last tu mcm cantik sgt la ella pemandangan pantai dia..
ReplyDeletejgn tertipu pada gambar along hahaha
Deletetak cantik sebab penuh sampah..
diorang xbersihkan pun..
chalet pon dh serupa umh hantu hahahaha
tak jadi lah nak ke karimun kalau tak best
ReplyDeletetak jadi lah nak ke karimun kalau tak best
ReplyDeletebaru saja bercadang nak ke karimun. tapi dalam kebanyakkan posting banyak yang mengatakan karimun tak menarik .
ReplyDeletetak jadi lah nak ke karimun kalau tak best
ReplyDeletekalau sekadar nak pergi makan kenal tempat ok lah tapi kalo nak pergi berjalan shopping berehat mcm xrekomen je pergi..
Deletewak pon baru balik dr Pontianak jugakk.. ahHKs
ReplyDeletekarimun ok.. p kat villa
ReplyDeleteBesok nk g sna.. Hope smua ok.. Thnz for da info
ReplyDelete