Sunday, February 26, 2012

Tip Jimat Belanja Kahwin


Assalamualaikum 


Ekekekeke tetibe terkeluar idea nak update blog pasal jimat menjimat ni maklumlah kawan kite tu nak kahwin lepastu kita bagi lah beberapa idea kat dia tapi kita pula yang tereksited macam kita yang nak kahwin hahahaha.


Kot yer pun korang nak kahwin tapi jangan lah terboros sangat walaupun ayat cik sah "takpelah bukan nak kahwin setahun empat kali" boooleh ker ayat itu diguna pakai ish ish ish.


Apa tips jimat cermat? meh nak share apa yang kita figure out hehehe


nombor satu, taulah aritu awak tu pengantin yang nak kahwin tapi tak payahlah beria nak tukar baju sampai seploh pasang silap gaya orang ingat tengah buat shooting filem hindustand pulak nanti hehehe cukuplah baju untuk nikah dan baju untuk sanding satu atau 2 pasang. Untuk bertandang boleh saja pakai baju masa bertunang tak pun baju nikah bukannya awak tak pakai baju.


nombor dua, jangan jangan dan jangan terpengaruh dengan majlis kahwin selebriti atau artis, diorang tu artis bolehlah nak vouge vass bagai sebab semua orang sponsor pendek kata free. Kalau kita nak ikut diaorang sila sediakan duit berbukit baru boleh duduk senyum simpul. Cukuplah sekadar sediakan apa yang perlu kita ni adakan kenduri bukan untuk bermegah tapi untuk menjemput orang meraikan hari kebesaran. Goodie bag pun cukuplah sekadar memberi telur ataupun potpuri kalau untuk kanak2 kasi lollipop satu sorang cukup sweet juga majlis korang tu nanti.


nombor tiga, Seeloknya lakukan semua majlis serentak dalam satu hari contohnya pagi akad nikah petang atau malam terus bersanding. Tak payah nak buat majlis seploh hari seploh malam, kesian dekat saudara mara yang datang jauh semata-mata untuk menghadiri majlis kita. Betullah diorang tu sedara mara kita tapi kita kena ingat diorang pun ada hal yang perlu diorang selesaikan. Kalau diorang tak datang korang pulak yang sentap tak pepasal nanti jadi kes bergaduh sesama keluarga. 



nombor empat, untuk honeymoon part paling disukai hahahah gatai tau. Kalau korang dah merancang tarikh kahwin mesti dah tau juga tarikh nak pergi honeymoon kaaan jadi masa ada matta fair ke, time air asia buat big sales ke time mas buat diskaun ke eloklah dibeli terus tiketnya kemana korang nak pergi. Tidaklah nanti korang membazir duit untuk tiket sajork. Duit yang lain boleh spare untuk berbelanja masa honeymoon tu nanti. Tapi kalau dah tak plan terlepas semua sales yang ada eloklah berhoneymoon dirumah saja ada jugak hasilnya nanti oppps hahahahaha.



Eh dah panjang dah entri kali ni cukuplah dulu yer esok esok kalau rajin lagi kita sambung hehehe dah penat jari pulak tetiba :p

 

2 comments:

  1. http://jomjimatkahwin.blogspot.com/
    lawati blog kami utuk tips kumpul duit kahwin dan
    cadangan majlis perkahwinan yang menjimatkan.

    ReplyDelete
  2. http://doorgiftjimat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^