Tuesday, March 13, 2012

LIBRESSE® PureFresh Green Tea Odor Control

Assalamualaikum

AWAS entri ini untuk kaum perempuan saje tapi kalau lelaki nak baca pon buleh =D



Perempuan dan tuala wanita memang tak dapat nak dipisahkan macam blog dengan entri kalau ada blog takde entri baik ko takyah buat blog kekekeke, siapa cakap dia tak pakai tuala ajaib nih memang pentipu. Tiap bulan tuala ajaib nih wajib ada dalam gobok nih no excuses kecuali korang pregnen tapi lepas tu konpom buat stok balik. Eh kepochi kejap korang pakai cap ape? ella pakai cap bawah ni haaaa Libresse sedap lembut gebu.




Ella nih kalau pendahuluan sokmo overdos tabiat tak terkawal hahahahaha. Siapa pakai cap Libresse® jugak meh sep sep laga laga pipi siket. Korang pernah dengar tak tuala wanita yang boleh menyerap bau period? Ataupun yang boleh mengeluarkan haruman teh hijau menyegarkan?





Sekarang ni meh rapat nak cerita, baru baru ni ella berpeluang join event Libresse® Get Control, diorang baru saje mengeluarkan produk baru dipanggil PureFresh Green Tea Odor Control yang boleh serap segala bau pe'od korang dan kasi bau wangi semasa kita pe'od yippi takdelah time pe'od aje ada bau tak best pastu otomatik mood pon kelaut sama (ella letew tukar jadi rimau).






Libresse® baru ni pun menggunakan ekstrak Aloe Vera yang membantu melegakan iritasi serta menggalakkan kesuburan kulit, bagus bagus kulit ai kan sensitip sokmo pedih time pe'od :(  Untuk yang tak tahu semua tuala wanita Libresse® direka khas mengikut bentuk tubuh badan – Secure Fit™ dan Deep Flow Channels (DFC)™. Kedua-dua ciri ini bergabung bagi menghasilkan konsep Libresse ‘Kemas Selesa, Serapan Sempurna’.




Secure Fit™, menampilkan ciri-ciri lebar di bahagian depan supaya pad tersebut tetap pada kedudukannya, menirus di bahagian tengah mengikut potongan seluar dalam serta rekabentuk berbelah di belakang bersesuaian dengan kontur tubuh badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC)™ pula menggabungkan rekabentuk aluran dipaten yang cepat menyerap cecair terus ke dalam pad dan bertindak sebagai garisan berlipatan di bahagian-bahagian strategik bagi menghalang kebocoran. Kalau korang spesies ella yang tak reti nak duk diam memang takperlu nak takut terbocor ke hapa sebab  Libresse® memang cekap bab serap menyerap nih  :)





So masa event tu selebriti duta Libresse® yang ada Adibah Noor, Pamela dan Vanessa Chong dan kitaorang main games tapi group ella kalah sob sob sob melepas voucher spa tigaratushengget. Ella sama group with kakInaKL, monica, kelly, pastu yang lain tak kenal hehehehe. Taiko group Pink kitaorang adalah Adibah Noor :) Entri lain nanti kita sambung gambo banyak nau nak masuk sekali sini hehehehe feeling #retis kejap.






So moh ler kita pergi memborong stok baru dari Libresse® ni. Semuanya boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia pada harga RM3.30 bagi pek biasa dan RM5.80 bagi pek besar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.libresse.com.my atau jumpa kami di Facebook di http://www.facebook.com/LibresseMalaysia.



‘Dengan keyakinan, anda telah pun berjaya sebelum bermula’ angkat tangan tanda setuju :)

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^