Assalamualaikum!
Akhirnya habis jugek final exam untuk final year syukur Alhamdulillah. Tapi nanti july ada lagi 2 paper nak kena habiskan sebab saya ambil short sem ngeeee nak maintain pointer niat di hati nak apply master next year. Doakan semuanya dipermudahkan aite kawan-kawan. Tenkiuuuuu :)
Habis cerita exam dungdangdungdang masuk cerita tempat makan pulak. Aritu lah ni tak plan pun nak pergi makan sini, dari rumah nak makan nasi kandar sekali lalu depan kedai Jombali ni terus kaki lajuu je masuk pastu blur. Dalam hati duk bercakap sesorang kedai ni ape yang best sebenarnya aci redah je masuk.
Sebab selalunya saya nak pergi makan kedai tak biasa memang sangat susah yer. Mesti nak google dulu nak tanya orang dulu dah yakin baru pergi makan. Tapi kalau pergi berjalan tempat orang senang pulak main redah je masuk bila kat tempat sendiri payah dia tu macam nak kena interview.
Masuk dalam kedai terus cari kerusi sedap. Kerusi sedap maksud dia sofa, kenapa sofa bajet kesian kat bontot duduk kat kerusi keras jadi kena cari kerusi lembut baru nikmat nak makan. Padahal mengada nak duduk bawah kipas.
Nak order dia macam dekat old town style belek menu dan tulis code gitu aje nanti lelambai kat waiter dia kasi order tu. Aritu saya try 2 jenis makanan dasar perut besar takut tak cukup, lalu saya order bihun dengan bubur ayam. Masa tu dalam pukul 11 pagi gitu jadi ada breakfest set je sebab tu lah order banyak, kan biasa sarapan portion dia kecik. Tapi sekali sampai hambik tau telanlah sampai muntah. Satu portion dia banyak hokay, banyak bagi perut saya lah :P sekarang silakan makan sampai habis. Saya duduk dari pagi sampai ke tengahari mengeliat nak habiskan makanan hahahaha.
Suasana kedai Jombali ni santai jadi selesa nak lepak lelama. Nak buat business talk ke assignment ke sesuai sangat. Lagi satu kebersihan dia tiptop tu yang penting. Rasa makanan dia bagi saya macam biasa je tak lah special sangat berbaloilah dengan harga set pagi Rm4 kot kalau tak silap dengan teh tarik skali. Kalau nak try boleh ler datang dekat setapak ni hah. Sekarang kalau tak salah saya diorang tengah buat promo 20% diskaun untuk student. Parking pun senang dapat free pulak tu sedaplah boleh lepak lama sebelah-sebelah kedai dia pulak ada chatime lagi lah lama melepak.
snap bihun aje sebab bubur sampai lambat jadi dah malas nak ambik kamera |
macam best je tempat ni..bihun pon nmpk menyelerakan...susana die pon cantik..
ReplyDeletehaaa sila lah mencubanya, sekian dari duta lantik sendiri hahaha :p
ReplyDelete