Wednesday, September 12, 2012

MoonCake Halal


Salam 1 Malaysia. Ecece bersatu Malaysia sangat mementang baru lepas stress interview. Soalan ya hampuuun payah kemain, ni nak hired orang ke nak buli orang nih huwaaa tahu lah international company tapi jangan lah buli iolss gini huwaaaa lagi.


Disebabkan stress marilah belek gambar dalam ipon tengok apa yang boleh update huhuhu. 


Oh haaa aritu saya ada memekak dekat twitter kat mana nak beli mooncake yang halal, haaa jen tolong jawab cakap kat starbucks ada tapi saya tak berkenan pulok sebab filling dia bukan lotus. Saya cari yang pure lotus dengan egg yolk. Berminggu cari (padahal tak bersungguh cari pon) tapi tak tahu kat mana huhuhu. Pastu last week saya pergi midvalley semata nak pergi beli roti kat lavender, bawa kaki masuk jusco saja nak usha apa yang best sekali nampak sijil pengesahan HALAL dekat kedai jual mooncake nama Oversea. Kelas kau nama pon oversea feeling beli kat oversea sangat memang over sama yang membeli tu hakhakhak. Laju kaki saya pergi rapat, tanya aunty yang jual tu betul2 untuk confirmkan betul ke tak then aunty tu tunjuk sijil pengesahan siap tunjuk lagi logo HALAL yang JAKIM punya bukan yang food research tu. Dah jumpa yang halal pening pulok nak pilih filling hahahaha


Saya ni dah lah jenis suka try benda baru, niat nak cari pure lotus sekali nampak a few filling lain yang halal terus macam berbelah bagi, dasar tamak haloba bila tengok banyak pilihan T_____T tapi end up pilih yang pure lotus jugek sebab takut kang pilih yang lain tak sedap membazir 15 hengget. Haaa rege dia RM 15 sebijik. SEBIJIK bukan sekotak eh. Tu untuk single egg yolk lah kalau yang double triple mungkin lagi mahal. Kalau korang nak try boleh lah pergi jusco midvalley sinun beli sebijik dulu jangan tamak kang tak boleh telan membazir huhuhu. Rasa yang lotus ni manis yang tak manis sangat heh tak reti lah nak explain tapi sesedap rasalah manis tu huhuhuhu.



5 comments:

  1. x pernah akak makan kuih bulan ni ella..teringin tp takut tula..non halal..dlm tu telur masin yg warna kuning ke ella..cedapp plak tgk..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa kak telur kuning telur masin..
      Sedap kak try lah beli sebijik..
      yang ni ada cop halal dgn sijil sekali aunty tu tunjuk kak..

      Delete
  2. mooncake ni rasa mcm kuih ape ella? sedap tak? tak pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia manis2 gitu syg..
      mcm kuih bulan lah rasanya hahahaha *matikler kena cepuk*

      Delete
  3. kat mana boleh dapat moon cake ni? yg red beab ad x?

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^