Monday, December 24, 2012

Resepi | Pai Crust Kruk Krak Rangup


Assalamualaikum!


Hai..Hai.. Lama gila tak update blog maklumlah mode berkabung tak dapat panggilan daripada satu kompeni kat bangsar. Sedih gila sebab memang berangan tinggi langit nak keje kat sana sob sob. Mister yang tanya soklan 5 kompeni oversea 5 kompeni mesia kalau u baca ni i nak kasi tau yang i memang nak kerja dengan kompeni u sangat. Ni bukan memain ni kenyataan. I know you read me kennnn sebab aritu salah satu soklan interview dari u what is my blog url pastu u cakap u nak baca blog i. Jadi i cakap kat u teterang ikut sini kihkihkih.


Eh ape yang aku duk taip ni, entri tajuk resepi tapi satu perenggan mukadimah cerita menda lain what deeeeerrrr pufffffff.


Ok Ok balik ke title entri sejak duk lepak rumah makin menjadi-jadi kerajinan kedapur. Kejap try buat juice, pastu try buat jemput ni try buat pai kes terliur tengok rancangan top chef ler pastu gigih google resepi sesambil alter mana yang patot ikut rasa sendiri nasib baik jadi kalo tak jadi memang kena gelak dengan anak toyol kat rumah ni hah.


Resepi yang telah berjaya merangupkan pastri pai ku cedok dari my resepi. Bahan-bahan untuk pastri yang perlu mudah sangat:

150g butter (tapi sy guna majerin daisy soft)
250g tepung gandum (ayak)
1 sudu kecil gula
1 kuning telur
Garam secubit
Air sejuk dalam peti ais

Disebabkan rumah saya takda bekas untuk pai jadi saya rembat je bekas untuk buat tat. Bekas tu saya sapu majerin sebab taknak kasi pastri melekat (gambar no1). Semua bahan-bahan pastri disatukan, gaul sehingga adunan tak melekat, air sejuk tu letak dalam 4-5 sudu sahaja untu lembutkan adunan (gambar no 2). Kendian roll kan pastri ikut saiz bekas (hak ni takdak gambar tak kuasa nak basuh tangan banyak kali jadi paham2 sendiri lah kahkahkah). Bila dah settle semua boleh letak pape inti yang suka (no 3) pastu roll kan lagi pastri untuk tutupkan pai. Untuk kasi melekat tekan tepian pai dengan hujung garfu then sapu kuning telur kat atas permukaan pai ( no 4).


Untuk inti korang boleh je campak apa ini yang korang suka. Macam saya buat inti daging cincang black paper dengan inti fresh mash mango pastu saya tambah cheese nak kasi cheesy tapi saya pepandai gi beli cream cheese memang harapanlah waselamat nak cheesy. Jadi korang kalo nak pai korang cheesy melting yummeh sila beli mozarella ataupun parmesan sahaja.



Jadi sekian itu saje sharing resepi untuk kali ni, kang kalo rajin saya masak saya share lagi. 

p/s: berbulan entri ni duk tersimpan kat draft sampai apa yang nak share lagi pon lupa huhuhu.


1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^