Friday, October 28, 2011

Kitty joom pergi jungle trekking!


Tiap kali sebut pasal pet mesti teringat kat my fatty cat "kitty"..
Kecomellan dia boleh buat semua orang geram nak pergi gomol gomol pastu usik hidung dia sebab dia sensitif tang hidung, tiap kali orang pegang hidung mesti nak merajok pastu lari sembunyi bawah kerusi.. Comel kan perangai macam tuan dia sebijik!


Selalu time holiday balik kampung wajib bawak kitty pergi round kat pantai, kasi angin sepoi sepoi bahasa tiup bulu dia. Bayangkan bawak kucing yang gedempol macam garfield pergi ambil angin pantai mesti orang teruja nak dukung jugak dia macam bayi paling cute. 


Korang kalo bawak pergi berjalan mesti senyum melebar kaaaan, harap kucing tak pandai senyum kalau pandai ramai lelaki nak jadi kucing jugak dah lah comey orang pelok pulak tu :p tu hakikat sebenar. Tapi fakta yang memang benar benar belaka my kitty sangat sangat sangat pemalas dan tak adventure tahu.. Nak turun tangga rumah pun sibuk meyelit tepi kaki orang nak mintak dukung bawak turun. Langsung tak mencabar tau walhal ko tu jantan kitty wei. Tak der sifat kejantanan langsung! Geram tau macam nak pergi selam je dalam kolam, tapi dalam geram tetap sayang hiks.


Ella duk terbayanglah kalau lah ada aktiviti jungle trekking dengan binatang peliharaan harus ella register kitty masuk nak kasi tough berketul2 siket muscle dia tak der lah gemok lemak je. Biar boleh selam si kitty masuk kolam pastu buat flying fox sambung terus lari 100 meter baru lah jantan siket si kitty tu nanti tak de lah lembik macam tuannya nih..Kalau lah ada kan aktivity dengan pets mesti seronok.. Kalau lah adaaaaaa...

mata sepet hidung penyet = tahap kemalasan terserlah







0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^