Saturday, October 22, 2011
Tips nak turunkan berat badan
Ella ada memekak kat twitter kasi tips nak turunkan berat badan, dan memang terbukti berkesan kat badan ella , InsyaAllah kat badan korang pun berkesan if korang disiplin nekad nak turunkan berat badan.
Tipsnya senang aje, macam yang ella tweet tu first korang kena cuba ELAKKAN atau dalam perkataan lain JANGAN makan AYAM. Tak kire ayam kehepsi ke ayam mekdi ke ayam dalam sup ke dalam ape ke tak kisah. Pendek kata yang bernama AYAM jangan makan. Kalo korang terliur sangat sangat ambik lah secubit ambik rasa ayam. Ada setengah orang cakap nak rasa tapi bedal doploh ketul *hiperbola disitu* memang ke kanan cepat naik lah penimbang korang tu. Pastu berair mata merajok dengan penimbang, cakap penimbang pentipu.
Tips kedua tahan napsu AIS. Kalau dulu balik rumah terus pergi dapur godek peti kot bernasib baik ada air fresh oreng dalam jag boleh terus teguk, tapi sekarang sila rajinkan tangan pergi tuang air masak/suam sambil jeling lalu tepi peti bajet peti tu adalah ex boyfriend korang yang sekarang berdeting dengan member baik korang. Bila ada manusia2 ajak lepak pulak sila buka menu bahagian hot drink, if member2 korang cakap "hek eleh nak diet lettew minum air panas" korang kasi sedas bazooka "memang nak diet pong sebab taknak perut boncit macam perot ko" kelas jawapan kau maria hahahaha
Alhamdulillah berkat ella amalkan 2 tips kat atas sekarang ni berat ella tak lebih dari 49kg walopon hari2 ella makan nasi berlaukkan bukan ayam. Kalau dulu berat ella mesti nak 50kg++ tapi sekarang ai slim uolls *sambil posing cekak pinggang pusing kiri kanan*
Pesanan penaja berat patplohnamkilo jangan dek kerana nak turunkan berat badan korang tak makan pulak, makan tu perlu untuk tumbersan yang sihat dan kuat cuma kontrol apa yang nak di makan je okeh!
Selamat berjaya :)
Labels:
-Tips nak turunkan berat badan-,
-tips-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^