Thursday, March 29, 2012

Ride Hot Air Balloon bersama Oreo

Assalamualaikum!



sebat lima bukus masuk beg tenkiu oreo!


Ini cerita kurun bila entah lupa sudah nak hapdate bizi degan fyp. Student final sem lah katakan. Gedik! padahal ada event dapat laju aje pergi hehehehe. Mula-mula tenkiu dulu kat kak ceera sebab kasi tiket free ni kat si Genji. Si yang dapat tiket takde lah eksited mana pon yang menumpang terlebih2 hahahaha genetik alam. 


Dapat tiket untuk malam pukul 930 gitu tapi genetik alam terlebih pukul 8 lebih gitu dah sampai sana. Heksited terlebih sangat sampai tengok maps nak ke sana pon terbalik sengal hahahaha. Kita ada 5 tiket jadi lagi 3 tu kita kasi kat sue dengan zahir sekeping lagi takda sapa nak huhuhu.


tak lari dari meja oreo duk ngap sampai kesudah hehe


Sementara tunggu turn naik belon kita makan oreo dulu. Berlambak atas meja. Makan lah banyak mana yang mau semua foc tapi oreo vanila aje lah yang dikasi eh orang kasi free syukur ajelah demand pulok nak perisa lain heeee.  Sesambil makan oreo kita main games yang ada. Sebenarnya games tu untuk kanak2 tapi kanak2 tak main pon manusia besar gajah yang hover main termasuk ler aku. Penuh perasaan main nak menang hahahaha.


 
ko tengok extra semangat padahal hadiah dia oreo 3 keping aje


Okeh now sampai turn nak naik belon. Dia punya keterujaan sampai berpeluh ketiak gigi beso tak boleh nak sorok langsung. Kalo kambing tengok konfem dia cakap aku ni member. Tiap langkah nak ke belon tu ambik gambor kalau boleh gila jakun hahaha. Disebabkan baru lepas hujan jadi padang tu berair banyaaaaaak. Apa ku kesah eksited punya pasal ku redah selamber aje tak sabor nak masuk bakul belon angkat naik. Duduk lah atas tu dalam lima belas minit. Naik lebih kurang 4-5 tingkat bangunan. Cukuplah  ambil pengalaman naik belon panas. Nanti kang esok2 cucu tanya boleh berlagak nenek dah naik jaman dulu. Ntah2 masa tu belon panas dah jadi history semua pakai jet sorang satu :p


Get ready nak naik cino nih ambik gambo gegor


vavava tak sabar nak kangkang masuk bakul


here we go!


Sebelum korang gi klik pangkah merah hujung belah kanan tu meh nak kasi tahu satu rahsiaaa. Ceaaaa rahsia lah sangat! Kalau teringin nak naik belon panas tu buleeeeh pergi naik masa pesta belon panas putrajaya tahun depan. Tahun ni punya dah tamat, patot aku hapdate sebelum pesta aritu baru berkesan rahsia satu nih hahahaha terlambats. Eh tadi tu bukan rahsia itu baru intro rahsia. Ni haaah rahsianya sila pergi dengan memakai seluor ye jangan gedik nak pakai skirt, kalau degil jugak pakai skirt ko tengok aje lah belon tu dari bawah sebabnya nak masuk bakul tu ko kena panjat terkangkang kaki. Tapi kalo ko rasa nak mintak mamat2 kat situ tolong dukung letak dalam bakul bolehlah ko pakai skirt takde masalah. Tapi aku masa aritu rilek je panjat takde orang tolong pon kaki aku kan panjang cuma banyak bulu aje oppps.
   


terbang yeay


Tenkiu sekali lagi kak ceera. Lain kali kalo ada lagi event best2 akak kasi tau lah nak ikut pergi *muka tak malu*

Sunday, March 25, 2012

So You Can Talk..

Assalamualaikum!




Selingan cerita sakit hati sesambil layan fyp bila budak baru nak up menjeles lepastu putar belit cerita nak tunjuk dia baik kita jahat. Allah swt kat atas tahu segalanya.



Der kau tu baru dapat result tak payah lah nak menjeles hal orang pergi event fashion show bagai. Baik ko pikir mana ko nak sambung belajar dengan result ko yang macam tak cukup makan tu tapi berangan nak yang vassboom opps! Dalam duk berpisat nak repeat sempat lagi menyibok hal aku. Kalau pun aku ni pergi belajar tapi aku skor baik punya tak macam ko yang mendengki aje kerjanya. Esok esok aku kerja jangan nak berangan lah aku nak nangung ko der, baik aku nangung orang yang aku sayang dari aku nangung ko yang takde paedah buat sakit hati je. Eh eh ko dah tau belom aku kasi henpon baru kat emak ku sayang inkes ko tak tahu lah kan saje nak kasi ko berapi hahaahahah. Tu baru henpon kalau aku kasi ipad harus ko meroyan kan kan tunggu lah aku kerja nanti InsyaAllah ipad aku kasi tapi bukan kat ko lah kat mak aku. Eh dah lah dari aku layan ko yang tak cukup umur ni baik aku layan fyp aku ada jugak paedah. Bye der.



watamat sudah kisah sakit hati.

Friday, March 23, 2012

FYP is coming

Assalamualaikum!


Yes sekarang tengah membizi gilak dengan fyp. 4april nak present tapi ado lagi yang tak siapnya.


taip taip padam taip lagi padam lagi taip lagi dah tak tahu nak tulis apa otak blank. Jadi ni jelah yang tinggal baca lah ek apa yang ada.

Wednesday, March 21, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger


 Banner

Terbaca lalu eksited. Siapa tak mahu duit free kan? jadi siapa yang mahu duit macam ella sila klik sini
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger cepat cepat sebelum ketinggalan bot ada jet pun belom tentu dapat kejor nih eh :p



Saturday, March 17, 2012

Grillers Lets Meat Burger Bakar

Mari makan beger! Live hapdate okeh.


Sekarang femes beger bakar jadik ella pon sibuk jugak nak pergi try kata perot beso haruslah gedik nak pergi makan jugak hahaha. Taknak ketinggalan kapal tuh :p






Jom kita try beger bakar kampung baru, sekangkang kera aje dari rumah gumbiraaa boleh makan hari hari weeehoo. Hari2 lah sangat kan ayat nak best aje ekekekeke.


Masa ella pergi makan ni kedainya baru 2 minggu bukak tu pon dah femes uoollsss siapa nak try meh makan sini.. Harganya rm 8 saje berbaloi daging dia tebaaaaal giler. Puas hati. Sos pon diorang buat sendiri dijamin tak rasa sama macam orang lain.


Disebabkan namanya beger bakar jadik tak ada minyak. Siapa yang diet boleh mai makan. Konfem tak gemok kekeke...


Mai makan kawan2.. Ni baru nak ngap uolls tapi dah nama blogger harus taip blog dulu baru melantak.. Bismilah :)



Later ella update lagi gambo okeh! 


Update terbaru!

Harga untuk burger bakar daging Rm 8 dan burger bakar ayam Rm 6. Ada air tin dan air mineral limited choice mungkin sebab kedai baru lagi lepas ni maybe lagi banyak choice. Landmark nak pergi Grillers ni senang aje, kalau korang dari DBKL/SME bank/UniKL lepas traffic light pandang kanan kedai ni sebelum jejantas. Tetapi kalau korang dari Masjid Kampung Baru korang kena pandang kiri lepas traffik light, kedai ni lepas pintu gerbang dan jejantas. Kiranya lepas jejantas tu korang pandang kiri sebelum bus stop nanti nampak kedai kecik yang cerah situlah dia Grillers. Fyi, kalau pagi kedai ni bertukar jual makanan pagi kalau malam dia bertukar jadi Grillers. Macam ultromen pulak main tukar2 hahahahaha. 


Apakah cerita makanan kiranya tak ada gambo nah ambik lagi gambo tengok sambil lap air liur :p



beger daging

ayam dan daging

Friday, March 16, 2012

Jom Jumpa Fazura Esok

Assalamualaikum



Siapa free esok? Kalau minat fazura boleh pergi Watsons Alamanda sebab Fazura akan ada kat sana. Ella minat jugak fazura tapi esok tak mampu nak pergi, dah ada booking kat lcct dengan putrajaya. Kalau sempat boleh lari lari kesana kejap itupun kalau sempat kalau tak korang ajelah ambik gambo bagi pihak ella. Lagi pun fazura tu kan kakak ai nak jumpe dia anytime boleh bilang saja kapan #nampak sangat menipu hahahaha.





Tu haaa jugak ada voucher purchase redeem, kalau nak redeem boleh ler print gambo bawah ni yek. Pergi redeem kat outlets yang ambil bahagian aje tau jangan main aci redah kang ada masuk berita peminat setia lux mengamuk kang, ai tak masuk campur hehehehe :p

Thursday, March 15, 2012

Roti Gebu Gebu Sedap

Assalamualaikum



Kegemaran bila pergi midV, mesti nak juga nak kena beli chicken floss spicy ni kalau tak beli tak tenang perut kekeke nampak sangat gila gandum pantang nampak yang gebu gebu cepat aje mata tangkap tu belom lagi tengok orang yang menjual telan air liur ko gebus sangats hahaha.


gebu tak gebu kan macam tuan yang makan #perasan

Yang ni first time beli konon nak try punca terbeli bau pandan wangi macam bau bunga rampai tapi bau aje lebih tak seperti yang diharapkan hanya gebu malu malu. Sorry gandum this is the first and the last  ai beli u.. Ai tertipu :p


Wednesday, March 14, 2012

Ketat Bergetah Baju Mister I

Assalamualaikum







Yeay mister I ada baju baru dua pulak tu satu pepel satu pink. Sempat masuk [i] store @ publika masa event Libress tak ada niat nak beli pong tapi nak buat acane dah terambik terus pergi kaunter hikhikhik. Harga 2 tu adalah Rm 79 kira dalam satu kotak tu ada 2 case terus. Jimat kan kan. Yang lagi tak tahan keluar kedai terus kasi mister I pakai baju baru yang lama sumbat masuk beg tak kenang jasa sungguh hahahaha.  Ketat bergetah uoools baju baru mister I, yang lama dah lobos kurang bergetah tak ummmp dah hahahahaha ok ella dah merapu. Bye. 

Tuesday, March 13, 2012

LIBRESSE® PureFresh Green Tea Odor Control

Assalamualaikum

AWAS entri ini untuk kaum perempuan saje tapi kalau lelaki nak baca pon buleh =D



Perempuan dan tuala wanita memang tak dapat nak dipisahkan macam blog dengan entri kalau ada blog takde entri baik ko takyah buat blog kekekeke, siapa cakap dia tak pakai tuala ajaib nih memang pentipu. Tiap bulan tuala ajaib nih wajib ada dalam gobok nih no excuses kecuali korang pregnen tapi lepas tu konpom buat stok balik. Eh kepochi kejap korang pakai cap ape? ella pakai cap bawah ni haaaa Libresse sedap lembut gebu.




Ella nih kalau pendahuluan sokmo overdos tabiat tak terkawal hahahahaha. Siapa pakai cap Libresse® jugak meh sep sep laga laga pipi siket. Korang pernah dengar tak tuala wanita yang boleh menyerap bau period? Ataupun yang boleh mengeluarkan haruman teh hijau menyegarkan?





Sekarang ni meh rapat nak cerita, baru baru ni ella berpeluang join event Libresse® Get Control, diorang baru saje mengeluarkan produk baru dipanggil PureFresh Green Tea Odor Control yang boleh serap segala bau pe'od korang dan kasi bau wangi semasa kita pe'od yippi takdelah time pe'od aje ada bau tak best pastu otomatik mood pon kelaut sama (ella letew tukar jadi rimau).






Libresse® baru ni pun menggunakan ekstrak Aloe Vera yang membantu melegakan iritasi serta menggalakkan kesuburan kulit, bagus bagus kulit ai kan sensitip sokmo pedih time pe'od :(  Untuk yang tak tahu semua tuala wanita Libresse® direka khas mengikut bentuk tubuh badan – Secure Fit™ dan Deep Flow Channels (DFC)™. Kedua-dua ciri ini bergabung bagi menghasilkan konsep Libresse ‘Kemas Selesa, Serapan Sempurna’.




Secure Fit™, menampilkan ciri-ciri lebar di bahagian depan supaya pad tersebut tetap pada kedudukannya, menirus di bahagian tengah mengikut potongan seluar dalam serta rekabentuk berbelah di belakang bersesuaian dengan kontur tubuh badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC)™ pula menggabungkan rekabentuk aluran dipaten yang cepat menyerap cecair terus ke dalam pad dan bertindak sebagai garisan berlipatan di bahagian-bahagian strategik bagi menghalang kebocoran. Kalau korang spesies ella yang tak reti nak duk diam memang takperlu nak takut terbocor ke hapa sebab  Libresse® memang cekap bab serap menyerap nih  :)





So masa event tu selebriti duta Libresse® yang ada Adibah Noor, Pamela dan Vanessa Chong dan kitaorang main games tapi group ella kalah sob sob sob melepas voucher spa tigaratushengget. Ella sama group with kakInaKL, monica, kelly, pastu yang lain tak kenal hehehehe. Taiko group Pink kitaorang adalah Adibah Noor :) Entri lain nanti kita sambung gambo banyak nau nak masuk sekali sini hehehehe feeling #retis kejap.






So moh ler kita pergi memborong stok baru dari Libresse® ni. Semuanya boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia pada harga RM3.30 bagi pek biasa dan RM5.80 bagi pek besar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.libresse.com.my atau jumpa kami di Facebook di http://www.facebook.com/LibresseMalaysia.



‘Dengan keyakinan, anda telah pun berjaya sebelum bermula’ angkat tangan tanda setuju :)

Friday, March 9, 2012

Donat Pintal dan Roti Sardin Rangup


Assalamualaikum


Lama tak buat entri pasal makanan kan, jadi hari ini mari kita cerita pasal makanan. Makanan yang terpilih hari ni adalah Donat Pintal dan Roti Sardin Rangup. Yes dua-dua ni frozen food. Maklumlah student tak ada masa nak masak yang heavy jadi yang frozen ni pun dah cukup kenyang bila makan 2-3 ketul.

donat pintal sebelum goreng

donat pintal selepas goreng


roti sardin ranggup

Sudahlah gebu dan sedap jadi haruslah buat stok dalam peti ais. Tak susah pun nak masak cuma panaskan minyak dengan api yang sederhana tunggu minyak panas dan goreng. Layan je dalam kuali sampai warna keemasan dan angkat siap untuk hidang. Sesuai sangat bawa bekal pergi kelas. Yang ada anak-anak nak buat bawa bekal pergi sekolah pun mudah. Even lecturer ella pun beli nak buat bekal untuk anak katanya supaya anak dia tak lapar kat sekolah. Gorengnya pagi tapi lembut dan gebunya sampai ke petang masih terasa. Nikmat betul.


Mana nak beli? Harga berapa? haaaaa meh sini nak jawab. Harganya RM 4.00 sepaket. Sama je harga untuk  Donat Pintal dan Roti Sardin Rangup. Yang paket donat pintal ada 9 ketul sekali dengan gula halus dan yang roti sardin rangup ada 5 ketul. Kalau nak beli boleh contact ella kat ellanadjla@gmail.com 


Donat Pintal dan Roti Sardin Rangup ni kalau orang order baru buat yer bukannya dah ada yang siap/ ready stok. So kalau korang nak kena order dulu nanti dah siap ella kasi tau kat mana nak pickup gituuu. Kalau dalam bandar KL ni InsyaAlla ella hantar sampai ke rumah. Tapi kalau jauh sangat kita jumpa kat lokasi yang stategik lah yer untuk pickup.



Tak sabar nak goreng japlagi buat minum petang dengan teh panas. Yumyum :)

Thursday, March 8, 2012

My Pinky Moments

Assalamualaikum



Arini asyik sangat bertwitter sampai malas nak buat benda lain, padahal bukan tweet sangat pon saje baca TL aje yang lebih hihihi. 


Sedang asyik layan TL (poyo gila ayat) sekali ternampak madammondoq share pasal contest My Pinky Moments ni buka baca dulu sekali ting idea mari (macam mentol keluar atas kepala cerahkan otak hahahaha) laju laju ambik external cari gambor kaler pink.




Gambo yang dituju memang pink habis siap posing tongek lagi eh tapi ni bukan tonggek rekaan tapi automatik tonggek kahkahkahkah. Ampun kawan-kawan saja je nak share sekali masuk kontest ni mana tau rezeki gambo tonggek pink panter automatik kita menang kahkahkahkah lagi.



Gambo ni masa raya tahun 2008 memang satu rumah sewa plan nak buat baju raya kaler pink. Gigih bulan puasa cari kain akhirnya inilah hasilnya lahir semua pink panter kiut miut :p 


pink panter jadian otomatik tonggek *sila kaburkan mata utk background yer :p*


Kalo kat atas tu gaya pink panter tonggek meh sini nak tunjuk gaya pink panter gigi pulak, baju kurung bukan halangan sebut aje gaya ape konfem jadi pink panter genius katakan kahkahkahkah. Ampun lagi kawan kawan pink panter saya eksited nak masuk pertandingan ni sangat :)


pink panter gigi :D


Eh ada lagi posing maut tapi dah syarat kabo 2 gambo je maksimum kansel lah nak tayang. Kalo takdok maksimum harus ku share lagi gaya pink panter jadian nih. ok dah abis bye.


" Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com danMadammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com "


Siapa nak join boleh lagi ni sebab tarikh tutup adalah 31 March 2012. Sila pergi terjah SINI

Wednesday, March 7, 2012

Fresh Oreng Sedak Sangak

Assalamualaikum



Tajuk entri mengundang orang awam naik hantu hahahaha. Siapa suka minum fresh oren dijemput datang rumah ai belanja tapi bawa oren nya sendiri tuan rumah tak sponser kahkahkah.

Sebenarnya fresh oren tu sedap sebab pakai blender baru yang ciksah beli semata untuk buat air. Sebelum ni buat fresh oren tapi rasa halia bawang putih acane tu, nampak sangat satu blender kongsi beramai ramai dengan bawang lada halia lengkuas semua hahahaha. Semalam minum baru rasa oren sebenar terus terasa segar dan kuat hahahaha poyo.

Charles & Keith Warehouse Sale

Kuik apdate..


Siapa suka sales jom kita pergi ramai ramai.. Acik mungkin pergi mungkin tak :( patot lah rasa berat hati nak beli tiket flite hari sabtu rupanya ada sales grrrrrr..


Siapa pergi tu nanti jangan lupa show off okay mak nak tengok daaa..

Uncle D's Pizzas Kesukaan Bila di LCCT

Assalamualaikum



Ella dan Makan, Makan dan Ella,  jadinya MakaElla kembar siam tak boleh dipisahkan sejak azali sentiasa berkepit tersepit hahahaha.



Episod makan hari ni dekat LCCT selalu kalo kesana mesti tak tahu nak lepak mana paling benci saat bertanya sesama sendiri mana nak lepak yang end up dengan muka masam mencuka bergaduh tak tahu tempat nak lepak. Itu perkara normal yaa bergaduh mencari tempat lepak. Biasanya kaki ke mekdi aje sampai tak tahu dah nak makan apa lagi huhuhu.


Tapi tu dulu sekarang pergi LCCT tempat feveret pergi lepak Uncle D's Pizzeria hehehe boleh konker kipas sensorang kahkahkah. Pizza diorang pun best harga kira murahlah jugak yelah kat airport kot takkan nak harga sama macam kat bakery mampos orang meniaga kalo letak harga sama udahlah nak ke LCCT tuh jauh gils. Sementara korang tunggu flite lepas ni boleh pergi lepak kat Uncle D's Pizzeria ni. Tempatnya senang aje ko pergi cari mekdi pastu ko jenguk kat belakang mekdi tu konfem nampak kalo tak nampak tu maknanya telah bungkuslah Uncle D's nih kehkehkeh eh gurau je jangan bungkus nanti tak ada tempat lepak best boleh konker kipas lagi :p


Lupa nak kasi tahu harga pizza diorang Rm 7.50 ke Rm 7.90 ntah untuk half pizza. Ok dah bai.

Tuesday, March 6, 2012

Beg Kulit Bersopak

Assalamualaikum 


Sekarang ni tengah cuti mid sem ella balik kelantan maklumlah ada title baru "personal shopping girl" hehehe personal shopping lah sangat padahal tolong beli barang orang pesan nak kawen minggu depan je tapi taknak kalah kasi diri sendiri title hahaha :p 



Tajuk entri tak ada kena mengena dengan pendahuluan atas tu saje je nak berkongsi rahsia dimana lokasi berada ahaks. 



Beg kulit yang dimaksudkan tu ni haaa yang mak ella punya beli punya lah mahal tak sampai setahun dah mengelupas kulit dia. Meletop sana sini sayang sangat sebab begnya comel tapi macam tak berkualiti sedangkan salah satu jenama yang dikenali. Walopon bukan chanel ke gucci ke tetap jugak salah satu jenama femes orang mesia suka beli. Tak nak cakap jenama apa tapi kalo korang tengok gambo ni dah tau dah jenama apa huhuhu.





Ni closed up siket gambor kulit yang menggelupas bersopak tu sayang betul. Apalah diorng ni bila dah barang mahal dan dikenali patotnya buatkan dengan berkualiti ni tak baru pakai beberapa kali dah jahanam membazir aje beli henbeg ni huhuhu.




Korang tengok teruk sangat menggelupasnyakan sampai mak ella naik geram di buang semua kulit hitam tu tinggal warna coklat tu aje, sakit mata nengok katanya. Lepas ni dah tobat dah nak beli jenama ni mahal saje tapi takdak kualiti.



Cantik Seindah Namanya Siti Zubaidah

Assalamualaikum


Korang suka bunga tak? ella tak suka semua orang cakap rugi tapi apakukesah apakukesah hahaha. Memang syok dapat bunga tapi bila pikir balik macam sayangnya duit nak beli bunga sampai berpuluh ratus membazir baik beli emas ada juga paedahnya tipikal perempuan kan huhuhu. Tapi time konvo wajib orang kena bagi bunga sejambak tapi kalau nak tukar kasi emas lagi sukak takpun bunga duit dabel sukak (sebenarnya nak cakap insyaAllah konvo bulan seploh nanti) hahahaha.


terpesona tak mampu nak kata apa apa



Eh sebenarnya nak tujuk bunga yang mak kitew tanam kat rumah first time tengok dia berbunga cantik sangat sangat terpesona mata. Ni baru betul dipanggil penggoda mata yer tawan tawan :p Nama dia Siti Zubaidah tapi orang putih panggil dia Hydrangea zaman dolu dolu orang panggil dia Bunga Kembang Tiga Bulan tapi tak tahu lah betul kembang tiga bulan ke sekadar nama glemer je hahahaha.



Ya Allah kuasa tuhan Maha Pencipta


Mata yang tak suka bunga ni pon boleh terpesona apatah lagi yang gila bunga harus lagi meroyan bila tengok bunga ni tapi kalau mata dah jenis cap LV harus pandang roses je, mata kita yang cap VINCCI ni pandang Siti Zubaidah pon dah tergoda kalau pandang roses konfem cair hahahaha. Kitew kan nak cakap walopon kitew tak suka bunga tapi kitew kawen nanti kitew nak Siti Zubaidah yang jadi penyeri lepastu tambah roses siket mesti lagi berseri macam kitew. Okdah merapu bai.

Ok last tantek sangat kan

Monday, March 5, 2012

Tulisan Dinding

Assalamualaikum



Cari mana korang punya tulisan dinding, kalau pandai teka juga yang mana ella punya tulisan dinding (alaaa yang ada love dengan bunga tuuuu ) untuk Mr. Stick Man yang hensem itu weeeeeee..



Saturday, March 3, 2012

Baskin Robbins Yogurt Smoothies Buat Saya Gembira

Assalamualaikum





Yeay! Haritu first time dapat invitation untuk merasai kenikmatan Baskin Robbins Yogurt Smoothies yang baru eksited habisan hehehe. Apalagi habis kelas pukul 1030pagi terus pergi Café Baskin-Robbins dekat The Gardens located kat Lot S22, Second Floor elok sampai depan BR tu pukul 11pagi teruja tapi malu eh! apa punya blogger camgini kalau malu kaaan lalu pura pura tak tahu malu pergi jumpa sarah kenalkan diri heeeeeee tapi lepastu terus hilang malu duk pokpetpokpet berkenalan dengan blogger lain yang ada :)


meet sharon first time

Bila sebut  Baskin Robbins mesti dalam kepala ingat ais krim kaaan. Siapa tak gila ais krim BR memang rugi tersangat kalau boleh hari hari nak ngadap ais krim siapa tak pernah cuba boleh bawak mak ayah boyfriend girlfriend adik kakak makcik atok nenek pergi try mesti lepas tu nak lagi lagi lagi percayaaaaaaalah macam lagi tokti tu.


Selalu BR dan ais krim adalah sinonim tapi kali ni kita kasi antonim siket BR dan Yogurt Smoothies. Siapa pernah try angkat jari? okay ella sendiri pun baru nak try *tutup muka* Soooo sekarang mari kita cuba keluaran terbaru BR Yogurt Smoothies yang diperbuat daripada pati buah buahan segar dan yogurt beku yang mengandungi kultur hidup dan aktif. Yogurt Smoothies  ni pun sesuai sangat untuk semua orang lebih lagi yang mahukan gaya hidup aktif dan sihat lagi ideal yang inginkan “BRight Choices". Mari kita cuba rasa  ^_^

(dari kiri ke kanan atas: strawberry, mango) (bawah kiri: strawberry banana, mixed berries)

muka keterujaan merasa sedap


tak sempat nak bercakap dah sedap sangat


Nak tambah lagi supaya korang terliur meh tengok perisa yang ada, ada 4 pilihan perisa Strawberry, Strawberry Banana, Mango dan Mixed Berries. Semua keempat tu memang mengoda deria rasa lidah anda tak tipu langsung. Bayangkan rasa manis manis buah lepastu sejuk masuk tekak walllaaaah. Bukan sekadar manis tapi menyihatkan apalagi mau takut nak minum :p

Strawberry: Manis Sedap


Strawberry banana: Siapa suka pisang mesti suka


Mango: Rasa mango dia pekat dan lemak sangat



Mixed Berries: Masam masam manis my favourite choice sedap sangat


Kenapa ella kata menyihatkan? sebabnya kandungan kultur aktif (Streptococcus Thermophilus, Lactobacillus delbrueckii subsp. Bulgaricus) yang ada dalam Yogurt Smoothies ni mampu melindungi jangkitan gastrousus, meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan kolestrol, memerangi kanser tertentu dan menghalang osteoporosis. Dengan semua kebaikan tu cukup untuk menjadikan Yogurt Smoothies ni sebagai snek harian korang lagi best tak perlu nak takut untuk yang ada gastrik macam ella sebab Yogurt Smoothies ni boleh kasi perut kenyang jadi tak lah terketar kalau terlewat makan :)  Harganya tak mahal pun Rm16 untuk saiz biasa dan Rm12 untuk saiz kecil.






Untuk tambahkan lagi keterujaan korang untuk mencuba Yogurt Smoothies Baskin Robbins menjelang Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2012, Baskin Robbins mahu meraikan dan memberikan penghormatan kepada semua kaum wanita atas semua kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan. Untuk celebration itu Baskin Robbins menawarkan sekeping baucar BRight Choices® kepada setiap wanita dengan setiap pembelian Yogurt Smoothies yiiiipiii :) Dengan sekeping baucar tu membolehkan setiap wanita menukarkan scoop dari saiz kecil kepasa saiz biasa dengan sebarang pembelian Baskin Robbins BRight Choices berikutnya, termasuk yogurt beku, ais krim tanpa lemak atau tanpa gula.


Original : frozen yogurt


Strawberry banana frozen yogurt

Yiiiipii lagi sekali kerana tawaran ni sah disemua cawangan Baskin Robbins diseluruh Malaysia bermula 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012. Tahulah eksited tapi jangan pula lupa nak serahkan baucar sebelum buat pesanan okay. Dan baucar tu tidak sah jika digunakan bersama keistimewaan kad kredit atau kad loyalti lain :)


yeay habis and yes u make me happy


asyik sangat sebab marveles sedap