Wednesday, August 29, 2012

Istana Budaya lokasi terakhir Berbuka Puasa ala Buffet

Assalamualaikum!


Alamak! tertinggal pulak nak up entri ni padahal gambar dah siap upload cuma tak tertulis ceritanya je =.='


Seyes saya tak ingat hari apa saya pergi berbuka puasa kat sini tapi yang pasti dah penghujung Ramadhan, tapi still fully book. Nasib baik saya booking awal kalo tak melepas lagi macam tahun sebelumnya. Since sekarang dah pun raya so saya cerita lite je lah eh, cubaan ngelat HAHAHA.


Kalau pergi sini WAJIB cuba rasa kerabu diorang. Masa saya pergi ni ada kerabu kerang, kerabu perut dan kerabu mangga. Semua saya ambil penuh pinggan, nasi ambik sesenduk je duk ratah perabis kerabu je sdah sengkak perut. Nak pergi repeat dah habis dah.


Rasanya ada lebih 20 hidangan juadah berbuka puasa, since saya ambil nasi sikit je so saya tak ambil lah lauk lain, saya ambik mana yang berkenan je seketul seketul buat rasa. Itupun saya dah tak mampu nak berjalan sebab kenyang sangat, space tinggal siket untuk makan kambing pulak sebab diorang bakar kambing pukul 8.15 hehehe. Tapi kaaaan fail lah kambing sini sebab liat sangat. Kesian gigi saya nak mengigit. 3-4 mulut je saya makan last-last saya tinggalkan je kambing tu huhuhu.


Lagi satu hidangan yang mesti try kalo pergi sini adalah nasi beriani dan pulut kuning, saya suka sebab cukup rasa dan lauknya sedap macam yang makan kat kampung je rasanya. This year harganya still Rm35 per head tapi next year tak tahu lah. Harapnya harga masih sama dan bertambah sedap. Heh abis jugak entri ngelat saya hahahaha.

Thursday, August 16, 2012

Crocs 2 pasang Rm 100

Sales untuk selected store only! Sebelum pergi redah sila konfemkan dulu hokeh. Saya cuma sharing with you guys. See I am so caring kan #eh perasan :p

Wednesday, August 15, 2012

Koleksi Gelas Olympics McDonald's 2012

Assalamualaikum!



Berjaya jugak saya kumpul kesemua 6 limited edition gelas Olympics Mcd ni. Tahun lepas pun saya berjaya kumpul jugak, nampak tak kegigihan saya mengumpul benda yang limited dan unik? tak caya haa baca SINI


Tahun ni saya berjaya lagi yeay tepuk tangan. Macam biasa gelas ni akan masuk beg dulu tunggu saya pindah rumah saya sendiri baru saya keluarkan hehehe. Sayang hokey nak guna. Satu sebab limited duanya sebab unik. Makin menjadi-jadi pulok perangai pelik saya nih. Aritu saya gilakan mini kad starbucks lepas ni apa pulak yang saga gila pon tak tahu lah. Nah saya tayang kat korang semua koleksi terbaru saya hehehe.


Tapi dalam kegilaan saya pun jangan ingat saya kikis duit mak saya pulak, saya kumpul duit sendiri untuk setiap benda yang saya mahu. Nanti ada pulak mulut jahat busuk dari budak yang baru sebulan masuk diploma cakap saya ni macam-macam. Pendengki gitu ler. Eh bulan Ramadhan, MasyaAllah gheeeee :p

Tuesday, August 14, 2012

Iftar Geng LFC di Laman Sri Payung

Assalamualaikum!





Sementara saya masih tak banyak kerja baik saya update semua tempat makan best dan murah yang saya pergi berbuka puasa. Nanti bila saya dah start sibuk memang waselamat lah saya update kat blog. Mungkin update tapi selepas seminggu T__T. Kalau nak cepat follow saya dekat instagram, dekat sana sesudah sesi makan selesai saya akan terus update *sesi mempromote instagram sendiri :p
Kali ni saya join geng LFC pulok untuk berbuka puasa di Laman Sri Payung, kat sini seorang Rm 25 yer. Masa saya pergi ni geng LFC saje sudah 70 orang. Saya rasa kedai ni boleh muat dalam 200 orang kot satu-satu masa. Kalau nak pergi kedai ni nak senang set map pergi Restoran Istana Bambu sebabnya Laman Sri Payung ni bebetul sebelah Istana Bambu. Saya nak kasi peta secara details takut korang tak pahem pulok huehuehue.

Sini pun sama macam buffet kat tempat lain, lauk banyak sangat. Saya tak rasa semua pun sebab dah full sangat. Kali ni pon saya buat rekod ambik nasi sesenduk then lauk penuh pinggan. Ada lauk pauk, ada char kueh teow, nasi goreng, sate, kambing bakar blackpaper, puding, agar-agar, bubur lambuk, bubur pulut hitam, abc, cendol, air kordial. Sayang sangat saya melepas nak merasa cendol diorang maka saya balas dendam makan abc sampai 4 mangkuk... tapi mangkuk kecik lah.

Saya duduk semeja dengan bebudak YoungRedsMy yang semuanya sengal. Setiap masa dan saat adalah gelak bagi mereka. Nasib baik saya jenis kental *kental tuih* bila nampak makanan saya adalah tak nampak orang hahaha. Saya makan selagi perut saya mintak dan saya tak tahu berapa banyak yang saya sendiri makan. Sampaikan nak balik tu pun saya boleh rasa lapar lagiiiii T___________________T
meja bebudak YoungRedsMy, saya duduk terpencil terselit hujung sinun
Bebaloi-baloi untuk join makan gini terutamanya kalau ada keinginan nak merasa semua makanan, otomatik otak korang akan set selagi tak rasa semua makanan selagi tu tak kenyang. Nasib baik balik rumah masih mampu untuk berdiri tunaikan kewajipan 2 waktu yang terakhir. Kat Laman Sri Payung ni pun disediakan tempat solat, kiranya berbuka pergi solat then makan pon boleh, diorang akan refill makanan selagi korang duduk kat sana dun worry babeh.


Tenkiuu untuk head yang susah payah organize buka puasa ni, saya hanya insan terpencil yang join makan aje hikhikhik. Tapi tahun depan buatlah lagi, tak pun nanti raya repeat. Erh saya pulok hok lelebih hahahaha.


Saya tak jumpe pulok details pasal kedai ni, tapi kalau korang nak datang mencuba berbuka kat sini boleh contact nombor yang ada dalam gambar no 2 kat atas tu yer. :)

Monday, August 13, 2012

Pau Shazana Shop & Cafe Buffet Berbuka Puasa Rm 25

Assalamualaikum!



Maafkan saya untuk entri ini, hanya untuk berkongsi tempat berbuka puasa yang harus anda rasai sebelum Ramadhan tamat.




Ramadhan tahun ni agak meriah untuk saya sebabnya banyak jemputan berbuka puasa, ni bukan jemputan free tapi jemputan berbayor wuuuuu. Jemputan kita nak pergi kita bayor sendirik huehue. Takde maknenya orang nak sponser pergi buka puasa makan free, kalaulah gitu gayanya mau berkilo-kilo berat saya jadiknya :p






Ni ari ape ek? ari jumaat kot rasanya saya pergi berbuka puasa di Pau Shazana Shop & Cafe Kampung Baru. Kedai ni tempat lepak hakiki saya kiranya tetiap hari memang ada jek muka saya kat sini huehue macam kedai sendirik dah gayanya. Kalau orang tanya nak makan kat mana konfem nama kedai ni yang popup dulu dari mulut. Promote secara halus hahahaha. Bukan apa saya rekomen kedai ni sebabnya makanan dia pon sedap, pekerjanya pon ramah mesra tak gitu sasa, fira, bang sham, bang jenal, a'aa. Ha'aa ambik semua pekerja saya dah hapal nama T___T


Untuk Ramadhan ni diorang ada buat promosi untuk buffet Rm 25 seorang. Puas hati sangat, banyak menu yang ada siap ada ABC mangkuk beso lagik. 2 mangkuk hokey saya tambah hehehe. Yang lain ada macam biasa kuih-muih, laksa johor, santan durian, mushroom soup, roti jala, tat buah, kek lapis, sagu melaka eh banyaaaak lah yang ada. Kalau korang nak pergi mencuba sila call dulu yek, kalo tak memang full all the time. Oh haaa, menu diorang setiap minggu adalah berbeza, dan buffet diorang ni hanya dibuat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari lain adalah ala carte tapi still kena booking jugak. So siapa yang nak merasa buffet murah dan sedap Pau Shazana Shop & Cafe boleh masuk dalam list korang :)





Untuk sebarang maklumat atau tempahan, boleh pergi sendiri di kedai mereka atau contact mereka dibawah ni yek. Selamat pergi memenuhi nafsu perut :p

77-E,TINGKAT BAWAH,WISMA YAYASAN TERENGGANU,JLN.RAJA ALANG KG.BARU
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Open: 7:30 am - 12:00 am

Phone: +6012-9442495/6010-4343634
Email: shazana_pau@yahoo.com
Website: http://shazanapau.blogspot.com

Sunday, August 12, 2012

Parking Rate Mid Valley / The Gardens Terkini 2012

Assalamualaikum!


Kalau semalam saya share rate parking KLCC, arini saya share parking rate MidValley/The Gardens pulok. Ucapan saya tetap sama bershopping jangan sampai lebam nanti dah lemau tak sempat nak beraya tergolek dong je kang. Saya shoooopping.. Shooooopping mata jek, kata keje part time aje mana mampu nak shopping, gaji pon tak dapat lagik huhuhu.


Saturday, August 11, 2012

Parking Rate KLCC Terkini 2012

Assalamualaikum! 


Musim nak raya ni konfem ramai yang nak terjah pergi shopping komplekskan, jadi saya nak buat pahala free, tolong korang manage harga parking kereta. Dengan penuh rajinnya saya snap gambar untuk korang semua. Jadi marilah kita bershopping di KLCC sambil mengira harga parking yang bakal kaching kaching kan duit anda hehehe.




Anw, shopping shopping jugak tapi janganlah berboros, berpada-padalah dalam berbelanja okay! Selamat mengukur keluasan KLCC :p

Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa buffet RM 15 di Bistro 3 Sebumbung dengan UniKL BNS Style

Assalamualaikum!



Alhamdulillah, semalam berbuka puasa dengan geng kampus unikl BNS style di Bistro 3 Sebumbung, Wangsa Maju. Jangan terkejut buffet diorang hanya Rm15 seorang untuk dewasa dan ada lebih 20 juadah untuk berbuka tidak termasuk kuih muih. Part pemanis mulut tu ada lebih kurang 10 jenis. Gasaklah perut sumbat semua makanan huehue.







Kalau dah nama buffet haruslah boleh makan sampai habis, siap diorang letak plastik dan bekas kat atas buffet table, saya assume mungkin diorang kasi kita untuk bawa pulang lauk yang tak habis (saya lupa pulak nak tanya). Untung sangat kalaulah gitu caranya, sebabnya tak membazir. Takde lah makanan yang tak habis tu dibuang, no no no setan takdak masa Ramadhan jangan kita pulak berlagak nak jadi setan sudah :p





Bagi saya yang cekeding tapi hantu makan saya cukup puas hati dengan lauk diorang. Sedap dan cukup rasa pastu banyak pilihan makanan. Maklumlah bulan puasa, kalau termasin termanis siket tu adatlah nak buek camno dah semua orang pun puasa. 


Juadah diorang berbeza tetiap hari ya, jangan pulak ko mengamuk kat situ kalo pergi arini butter prawn ada esok pergi takde. Jadi untuk lebih selamat call diorang dulu untuk bertanya dan tempah meja. Masa saya pergi kedainya full. Nampak sangat makanan sedap tanpa ragu-ragu.



Untuk sebarang pertanyaan silalah rujuk maklumat penting ni untuk sebarang tempahan


Contact number:- 
  • 019-5236669-En.Nizam
  • 019-3843648-En.Kamarudin a.k.a Dino.. 
  • 019-3991954-Pn liza

Cawangan:-
  • Shani Cafe Wangsa Maju No.20 Jalan Wangsa Delima 11,D'Wangsa Link Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Restoran Cheng Ho, Satu Barisan Dengan CIMB Bank (restoran disebelah belakang)
  • Shani Cafe Wangsa Maju Yang Ke-2 No.21 Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa Link Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur..
  • Shani Cafe Shah Alam 45, Jalan Plumbum R7/ R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam..
  • Shani Cafe Cheras No 41 Dataran Dwi Tasik ,Jalan Dwi Tasik 1, Bandar Seri Permaisuri, Cheras 56000 Kuala Lumpur
  • Shani Cafe Maluri(Aliya's kitchen) Food Court DBKL Berdekatan Kolej CYBERNETICS bersebelahan kolej YPC dan Casaria

Friday, August 3, 2012

Shopping Tudung Art Impasto

Assalamualaikum!


Siapa dah ada baju raya? saya 2 minggu sebelum raya baru gedik pergi beli kain hehehe. Nasib baik ada orang  nak ambik upah jahit lagi kalo tak mengangis disitu, sebabnya baju ready made saya tak muat. Eh bukan tak muat tapi sebenarnya sebab badan saiz S lengan pulak saiz L.  Cuba ko cakap acane nak beli baju ready made kalo dah gitu masalahnya T_________T Paham tak? kalo tak paham pura-pura angguk paham sudah.


Bila dah ada baju, sibuk pulak nak mencarik tudung walopon entah bila nak pakai pon tak tahu kekeke. Dasar mata dengan otak mengada, orang ada tudung kita pon nak tudung. Ni kerja nak habiskan duit lah ni huehuehue. Tapi malas nak pergi Jalan TAR sinun, nanti kalau pergi harus pergi beli entah apa-apa lagik. Jadi untuk mengelakkan itu berlaku mari kita cari tudung online yang murah tapi cantik.


Makanya saya cari secara online :) bebetul menggunakan kemudahan internet dihujung jadi. Padahal pemalas nak meredah panas dan lautan manusia hahahaha.

Saya tengok koleksi tudung di Art Impasto banyak warna yang menarik kat sana. Tak puas hati kat blog, boleh jugak usha koleksi diorang dekat fb Art Impasto. Dalam fb lagi banyak warna dan koleksi. Sudah lah murah cantik pulak tu. Siap boleh rikues nak kaler apa kalo kaler yang korang nak tu takde dalam koleksi diorg. Yeay! boleh cari sedondon dengan baju.

Antara koleksi yang diorang ada Bawal 3 Tones.



Tudung Bawal Matahari, memang matahari sangat. Boleh mix and match untuk 2 pasang baju raya. Jimat duit haku hekhek.




Tudung Obama, amboii nama kelas kau!




Untuk maklumat lanjut atau nak membeli tambahkan koleksi boleh email kat diorang di art_impasto@hotmail.com
atau tengok koleksi Art Impasto di Blog ataupon Facebook diorang okay!

Thursday, August 2, 2012

Resepi | Cornflakes Madu Senang Mudah Ringkas


Assalamualaikum!


Saya baru balik dari kampung lawatan minggu lepas, penat tak habis lagi tapi lupakan itu semua. Saya pergi sana sebenarnya lawat mak saya kat sana sesambil tu sempatlah buat 5 jenis biskut raya hehehe. Dalam masa seminggu siap semua, gigih sangat buat sampai tersengguk sengguk kat meja makan hahahaha. Habislaaa siapa datang rumah nanti mesti ngantok bila makan biskut saya hahaha.


Sebelum saya melengcong ke mukadimah lain meh sini saya share resepi salah satu biskut yang saya buat Cornflake Madu.


Bahan-bahan (dapat lebih kurang 150-200 biji)


1 kotak besar Cornflakes (500g) * saya pakai jenama Nestle sebab lagi lemak dan tebal*
250g butter *saya pakai buttercup*
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula *saya dah kurangkan supaya manisnya lite-lite aje*
Paper cup
Manik manik gula *ikut suka*


Cara-cara membuatnya


1) Panaskan butter (make sure butter berada di suhu bilik), bila dah cair masukkan gula. Bila gula dah cair then masukkan madu. Kacau bagi kesemua bahan tersebut sebati.
2) Semasa bahan tadi masih panas, masukkan cornflakes *sikit demi siket* sambil gaul sehingga rata.
3) Then menggunakan sudu kecil, masukkan cornflakes tersebut dalam paper cup. Untuk tampak cantik taburkan manik-manik gula keatasnya.
4) Panaskan oven pada suhu 160 celcius, bakar selama 10-15 minit/ sehingga tampak perang.

Siap duduk dalam cup, kalau rajin nak berseni letak cornflakes seperti kelopak bunga. Kalau malas jadilah rupa macam yang saya itu hehehe

Siap tabur manik manik gula

Siap dibakar, berwarna keperangan. Bila sejuk masukkan dalan bekas.


Kalau saya rajin lagi saya share resepi yang lain pulok okeh. Sementara ni, bolehlah buat cornflakes madu ni dulu :p
Selamat mencuba!