Wednesday, September 26, 2012

Telan Air Liur..

Assalamualaikum!


Tengok gambar pun dah terliur, kena cari resepi ginih kalo seminggu sekali nak pergi beli memang menjawab tak masuk asb ler duit. Satu lagi bukan ape manis sangat kalau buat sendiri boleh kontrol siket gula, boleh jaga gigi sekali huehue. Siapa ada resepi ni sila share jangan kehdohkuts lalalalalala


Siapa terliur boleh pergi beli dekat Delifrance. Harganya Rm 4.50 kot sebijik lupa daaa.

Wednesday, September 19, 2012

#WW


Sunday, September 16, 2012

Instagram Picture

Assalamualaikum!


Sejak pandai berinstagram ni rajin pulak saya duk post memacam dalam tu. Especially makanan konfem ada jeeer yang saya akan post. Tiap kali nak makan ipon mesti kat tangan nak ambik gambor dulu baru boleh makan dengan tenang. Kalo tak hingat mesti macam alaaaa lupa nak ambik gambor, xpe xpe kang lain kali datang lagi haaa sampai gitu sekali penangan instagram isk isk.


Siapa yang follow saya kat instagram memang awaklah yang santek dan hensem intan payung kepayang yang tak follow sila follow sekarang kalo tak awak tak santik takmo kawan hahahaha takde kena mengena langsung. Sebenarnya saya ni nak share apa yang saya duk post kat instagram tu dah alang-alang backup ipon saya copylah gambar sekali update kat sini.
















Tu jer yang saya rajin cari nak tengok lelebih pergi follow ar *gaya kerek* :p

Friday, September 14, 2012

Cantiknya Mata

Assalamualaikum!



Santai Jumaat. Sebenarnya saya teringin sangat nak makeup mata macam ni tapi tak reti. Siapa yang nak cari orang untuk experiment make up haaa boleh lah contact saya, saya tengah free sekarang ni :p


Thursday, September 13, 2012

GA kakinakl.com

Assalamualaikum!



Ya Allah kak ina ni macam tau tau je yang sekarang ni saya tengah nak beli makeup. Yelah orang baru nak melangkah ke alam kerjaya lah katakan haruslah nak kena makeup kasi comel walaupun dah sedia comels hiks. Bila baca blog kak ina buat GA lelanting ni haruslah tak boleh lepaskan peluang.


Ucapan buat kak ina ku sayaaaaaaang seperti yang dihajati, ku tunaikan permintaanmu untuk membuat entri ini. *cair tak kak? hahahaha* kang panjang umur jumpa harus kena cubit nih hehehehe.

Dengan ini saya secara rasminya memaklumkan kepada akak yang saya nak yang kaler perpel tuuuuuuu. Alaaaaaa yang orang duk colek colek kat mataa tuuuuu yang kasi bulu mata lelentik kalah cik rozita che wan tuuu. Yang orang panggil maskara, maskara.. Haaa yang tuuu lah saya nak dari GA kakinakl.com. Yang macam gambor bawah ni kak, kot kot akak lupa *padahal akak yang sponser hadiah, saje nak bodek lebih kikiki*



Saya nak transform mata saya dari rupa gini

|

|

|

|

|

|

|

rupa pucaaaat yang hamat takdak nampak bulu mata 


kepada rupa camgini

|

|

|

|

|

|

|

|

haaa nampak dak bulu mata gojes ituuu. Memang berkelip tak henti lah lepas ni kalau menang sebatang maskara tu. Hehari colek kat bulu mata hahahaha.

saya tahu saya comel, terima kasih hahahaha PERASAN!

Wednesday, September 12, 2012

MoonCake Halal


Salam 1 Malaysia. Ecece bersatu Malaysia sangat mementang baru lepas stress interview. Soalan ya hampuuun payah kemain, ni nak hired orang ke nak buli orang nih huwaaa tahu lah international company tapi jangan lah buli iolss gini huwaaaa lagi.


Disebabkan stress marilah belek gambar dalam ipon tengok apa yang boleh update huhuhu. 


Oh haaa aritu saya ada memekak dekat twitter kat mana nak beli mooncake yang halal, haaa jen tolong jawab cakap kat starbucks ada tapi saya tak berkenan pulok sebab filling dia bukan lotus. Saya cari yang pure lotus dengan egg yolk. Berminggu cari (padahal tak bersungguh cari pon) tapi tak tahu kat mana huhuhu. Pastu last week saya pergi midvalley semata nak pergi beli roti kat lavender, bawa kaki masuk jusco saja nak usha apa yang best sekali nampak sijil pengesahan HALAL dekat kedai jual mooncake nama Oversea. Kelas kau nama pon oversea feeling beli kat oversea sangat memang over sama yang membeli tu hakhakhak. Laju kaki saya pergi rapat, tanya aunty yang jual tu betul2 untuk confirmkan betul ke tak then aunty tu tunjuk sijil pengesahan siap tunjuk lagi logo HALAL yang JAKIM punya bukan yang food research tu. Dah jumpa yang halal pening pulok nak pilih filling hahahaha


Saya ni dah lah jenis suka try benda baru, niat nak cari pure lotus sekali nampak a few filling lain yang halal terus macam berbelah bagi, dasar tamak haloba bila tengok banyak pilihan T_____T tapi end up pilih yang pure lotus jugek sebab takut kang pilih yang lain tak sedap membazir 15 hengget. Haaa rege dia RM 15 sebijik. SEBIJIK bukan sekotak eh. Tu untuk single egg yolk lah kalau yang double triple mungkin lagi mahal. Kalau korang nak try boleh lah pergi jusco midvalley sinun beli sebijik dulu jangan tamak kang tak boleh telan membazir huhuhu. Rasa yang lotus ni manis yang tak manis sangat heh tak reti lah nak explain tapi sesedap rasalah manis tu huhuhuhu.



Wednesday, September 5, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum!


Tak tahu nak tulis macam mana tapi saya rasa nak menulis. Sesetengah orang yang follow twitter saya tahu yang saya dah tamat study dah sebulan dah pon. Alhamdulillah hari saya terima result sem terakhir saya dapat offer as part time lecturer dekat kampus start 31 July 2012 bertitle miss lah saya pada anak murid yang lebih kurang sebaya umurnya huhu. Alhamdulillah lagi saya niat saya untuk bekerja pada hari lahir mak saya 1 Ogos dimakbulkan Allah swt. Niat saya nak kerja pada birthday emak saya konon nak nampak sweet sebab nanti boleh cerita dekat anak-anak yang mummy dulu start kerja masa birthday nenek. Heh belum pape dah berangan >.<


Alhamdulillah lagi sebenarnya 2 minggu sebelum last final exam saya sudah dapat interview call dari one of big oil and gas company. Saya pergi hokay interview tu walaupun dalam kepala penuh dengan ilmu nak exam. Tapi mungkin bukan rezeki saya kat situ, diorang cuma call for interview then simpan masuk database, once ada kekosongan baru diorang panggil so keciwa sangat tapi pujuk hati sendiri bukan senang first interview terus dapat dengan company gah begitu.


Alhamdulillah syukur cita-cita saya untuk dapat pointers yang melayakkan saya apply untuk convert loans study kepada biasiswa menjadi nyata, cuma tunggu konvo InsyaAllah Oktober ini untuk settlekan semuanya. Alhamdulillah hanya mampu saya ucap lepas raya bertubi email masuk jemput pergi interview. Walau dimana rezeki saya Alhamdulillah semua itu kuasa Allah swt. Alhamdulillah.

Sunday, September 2, 2012

Tutorial Reply Button Pada Komen Blogger

Assalamualaikum!



Harini saya sangat rajin nak buat tutorial macam mana nak buat Reply button dekat setiap komen macam dalam gambar kat bawah ni. Ingatkan susah rupanya kacang dal je tak sampai 5 minit dah siap saya buat suka suka.

Mula-mula korang kena pergi dekat Setting > Other > Allow Blog Feed then pilih Custom pastu untuk Per-Post Comment Feeds pilih Full. Jangan lupa Save kang ada yang buat seploh kali tak jadi.



Lepas dah settle tu korang pergi pulak dekat Setting> Posts and Comments > Comment Location dan pilih Embedded. Yang ni pun jangan lupa tekan butang Save jugok.



Then pergi check dekat blog korang tengok jadi ke tak apa yang di idamkan tu. Senang je kan main klik klik save siap. Terus semangat nak reply komen sensorang walopon hakikatnya seorang nak komen pun payah HAHAHA. Tutorial ni saya belajar kar SINI then saya share pulak dengan korang :)

Saturday, September 1, 2012

Rate Parking Pavillion Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum!


Latest parking rate untuk Pavillion Kuala Lumpur 2012.