Wednesday, February 29, 2012

I need a bag of money now.


Assalamualaikum






Yes I need a bag of money now. Tadi dapat email and omgeeee rasa macam terhiris jantung. Macam on time je diorang sent email elok elok elaun nak masuk esok taksuke taksuke. Ni tengok gambar pun dah dupdapdupdap kalau face to face harus pengsan jatuh cinta. Kena avoid shopping complex untuk afew weeks nih kalau tak memang terawang awang duit. Siapa berkenan boleh pergi tapi jangan nak show off i geget nanti takut tak? heeeeeeeeee

Tuesday, February 28, 2012

Nuffnang Is 5 Birthday Party

Assalamualaikum



Temanya adalah biru dan register timenya adalah 6 petang tapi pukul 430 dah gerak dari rumah walaupun klcc tu hanya seploh minit dari rumah ok gila bunyinyakan dan memang gila sebab first time pusing dari jalan pinang masuk jalan kia peng lepastu masuk sampai kompleks karangkraf berpusing lagi sampai ke restoran tophat gila sangat gila. Akhirnya pukul 5.20 gitu jumpa tempat yang dicari lepak dalam kereta sampai hujan rintik baru berlari keluar dasar pemalu terlampau. Tu pun ada lagi niat nak tunggu kak alyza sampai dek kerana kemaluan terlebih huhuhu.



Register posing semua bagai moh cari kerusi dan lepak. Hari tu sungguh tak bertuah sebab sakit perut bendera merah menambahkan lagi kemaluan yang ada untuk membuka mulut beramah mesra bencik bencik. Apakan daya jika itu sudah tertulis eeeeeewaaah ayat sedih pulak dah hahahahaha. Jadinya sempat berkenalan dengan wawa dan adik kak alyza je yang lebihnya tengok dari jauh senyum senyum padahal dah lalu depan madammondoq dah tuuu. Nak bergambar dengan kak red pun tak kesampaian dabel bencik. Sempat bergambar dengan kak lily je sooooo sad. Jadi apa yang ada hanyalah gambar syiok sendirik dan cupcake yang sedap dan manis :(




Cupcake yang saya sengaja terlebih ambik sebab nampak cute siap bawa balik 2 bijik lagi hehehehe



Dan semuanya berakhir bila saya balik awal pukul 9.20pm dah calllo tak tahan perut yang dah bertukar menjadi mesin basuh secara tetiba bencik lagi bencik. To you stick man Happy Birthday! Hugs!

Peneman Nurani


Assalamualaikum 



Peneman Nurani tajuk yang klasik taktahu kenapa tetiba terkeluar tajuk tu :)


Sekarang ella tengah baca satu novel ni, mula mula macam soooo boring tapi bila dah mendalami terdetik mungkin Allah swt ada hikmah mengerakkan hati untuk membeli buku ini. Bukan seperti novel biasa yang ella suka okay ella suka novel cinta sebab boleh berangan tanpa gangguan dengan percuma hahahahaha. Novel ni special sebabnya bila bercerita direlatekan dengan hadis dan tafsiran alquran.


Satu tafsiran yang ella suka untuk dishare dengan korang:


... Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...
~ath-Thalaaq:2-3~


Sungguh manis ayat tersebut dan dalam tak sedar melalui novel pun boleh menyedarkan pembaca untuk mengisi jiwa dengan pahala walau hanya sekadar tulisan yang meresap menusuk jiwa. Dan tetiba terasa seperti mahu mencari senaskah tafsiran Al-Quran buat peneman nurani :)

Monday, February 27, 2012

Tips Memakai Cincin Mengikut Islam

Assalamualaikum




Siapa tak suka cincin memang peliks lagi lagi yang emas doploh kali ganda peliks. Ella ni ada penyakit keturunan tengok barang kemas naik hantu gerams tapi dek kerana sekarang blajor lagi kita pinjams yang emaks punya dulu buat melarams hikhik tapi time raya je lah dapat pinjam time lain jangan ko mengharap memang takkan kau dapat.


Sebut pasal cincin ella nak share satu info dari pembacaan buku ilmiah. Sekarang dah pandai baca buku ilmiah hokey tapi novel tetap jugak nombor satu dihatiku hahahaha. Infonya pasal memakai cincin mengikut Islam, gini bunyinya


"Nasihat Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali, Nabi saw berpesan kalau memakai cincin pakailah dijari manis dan dijari kelingking, jangan memakai dijari tengah dan dijari telunjuk." Kenapa? "Kerana memakai cincin dijari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah swt iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut as."






Jadinya cara memakai cincin ni bukan hanya untuk perempuans tapi jugak untuk kaum adam. Kalau ada terlihat saudara mara atau sahabat handai memakai cincin dijari yang tidak sepatutnya ni haruslah kita menegur tentang cara yang betul pakai cincin mengikut syariat Islam kalau tak sia sia dapat kecelakaan dari Allah swt. Nak cantik beria bagai tapi tak dapt pahala kalau niat nak ikut sunnag Nabi saw free free dapat pahala.


wallahhualam~


gambar sumber ihsan google.

Sunday, February 26, 2012

Tip Jimat Belanja Kahwin


Assalamualaikum 


Ekekekeke tetibe terkeluar idea nak update blog pasal jimat menjimat ni maklumlah kawan kite tu nak kahwin lepastu kita bagi lah beberapa idea kat dia tapi kita pula yang tereksited macam kita yang nak kahwin hahahaha.


Kot yer pun korang nak kahwin tapi jangan lah terboros sangat walaupun ayat cik sah "takpelah bukan nak kahwin setahun empat kali" boooleh ker ayat itu diguna pakai ish ish ish.


Apa tips jimat cermat? meh nak share apa yang kita figure out hehehe


nombor satu, taulah aritu awak tu pengantin yang nak kahwin tapi tak payahlah beria nak tukar baju sampai seploh pasang silap gaya orang ingat tengah buat shooting filem hindustand pulak nanti hehehe cukuplah baju untuk nikah dan baju untuk sanding satu atau 2 pasang. Untuk bertandang boleh saja pakai baju masa bertunang tak pun baju nikah bukannya awak tak pakai baju.


nombor dua, jangan jangan dan jangan terpengaruh dengan majlis kahwin selebriti atau artis, diorang tu artis bolehlah nak vouge vass bagai sebab semua orang sponsor pendek kata free. Kalau kita nak ikut diaorang sila sediakan duit berbukit baru boleh duduk senyum simpul. Cukuplah sekadar sediakan apa yang perlu kita ni adakan kenduri bukan untuk bermegah tapi untuk menjemput orang meraikan hari kebesaran. Goodie bag pun cukuplah sekadar memberi telur ataupun potpuri kalau untuk kanak2 kasi lollipop satu sorang cukup sweet juga majlis korang tu nanti.


nombor tiga, Seeloknya lakukan semua majlis serentak dalam satu hari contohnya pagi akad nikah petang atau malam terus bersanding. Tak payah nak buat majlis seploh hari seploh malam, kesian dekat saudara mara yang datang jauh semata-mata untuk menghadiri majlis kita. Betullah diorang tu sedara mara kita tapi kita kena ingat diorang pun ada hal yang perlu diorang selesaikan. Kalau diorang tak datang korang pulak yang sentap tak pepasal nanti jadi kes bergaduh sesama keluarga. 



nombor empat, untuk honeymoon part paling disukai hahahah gatai tau. Kalau korang dah merancang tarikh kahwin mesti dah tau juga tarikh nak pergi honeymoon kaaan jadi masa ada matta fair ke, time air asia buat big sales ke time mas buat diskaun ke eloklah dibeli terus tiketnya kemana korang nak pergi. Tidaklah nanti korang membazir duit untuk tiket sajork. Duit yang lain boleh spare untuk berbelanja masa honeymoon tu nanti. Tapi kalau dah tak plan terlepas semua sales yang ada eloklah berhoneymoon dirumah saja ada jugak hasilnya nanti oppps hahahahaha.



Eh dah panjang dah entri kali ni cukuplah dulu yer esok esok kalau rajin lagi kita sambung hehehe dah penat jari pulak tetiba :p

 

Friday, February 24, 2012

Nikah Awal Adalah Terbaik - Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum



Berkongsi lagi info dari rakan wall. Terima kasih wahai sahabat yang berkongsi walaupun tidak mengenali tapi ilmu itu tetap sampai dijiwa pembaca.



Thursday, February 23, 2012

Rihanna - ardavan (You Da One Lyrics)

Assalamualaikum

First time dengar lagu ni ella tak boleh nak tangkap dalam kepala apa yang si rihanna ni sebut. Yang ella dapat translate yang dia sebut You the one tu macam dia sebut "ardavan" I dream about all day kahkahkah. Tau tak kenapa terkeluar ardavan tu? sebab tu nama salah seorang budak kelas orang iran. Bengom betul kepala hotakku nih. Siap cakap kat si genji boleh bagi tau ardu ni yang rihanna ni buat lagu kat dia hahahahahaha (ardu tu panggilan manja ardavan). Bila google lirik baru tahu apa dia sebut, orang putih zaman moden ni nyanyi terbelit urat telinga nak translate cuba nyanyi macam orang zaman dodulu sebijik perkataan tu keluar baru paham.


Artist: Rihanna


Album: Talk That Talk




You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is my love, love, love


Baby, I love you, I need you here
With me all the time
Baby, we meant to be, you got me
Smiling all the time


'Cause you know how to give me that
You know how to pull me back
When I go runnin', runnin'
Tryin' to get away from lovin' ya


You know how to love me hard
I won't lie, I'm fallin' hard
Yep, I'm fallin' for ya
But there's nothin' wrong with that


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is my love


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is mine


Baby come, tear me now, hold me now
Make me come alive
You got the sweetest touch, I'm so happy
You came in my life


'Cause you know how to give me that
You know how to pull me back
When I go runnin', runnin'
Tryin' to get away from lovin' ya


You know how to love me hard
I won't lie, I'm fallin' hard
Yep, I'm falling for ya
But there's nothin' wrong with that


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is my love


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is mine


Yes, I'm kinda crazy, that's what happens, baby
When you put it down, you should'nt give it to me good like that
Should'nt hit it like that, had me yellin' like that
Didn't know you would've had me comin' back


You the one that I'm feelin', you the one that I'm lovin'
Ain't no other nigga's like you
No, there's just one, one, one, one, one, one
No baby, just one, one, one, one, I bet you wanna know


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is my love


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You are the one so I make sure I behave
My love is your love, your love is mine

Karipap Besar Homi Penyelamat Maxis

Assalamualaikum


Kenapalah sebelum ni kalau pergi MidV tak pernah nak bawa kaki pergi The Gardens, salahkan diri sendiri sehingga terlepas makanan yang sedap ni kat sana sobsob. Siapa suka makan karipap angkat jari telunjuk? heeeeeee. Ni ella nak bagi tahu satu kedai yang jual karipap sedap dan besar dan rangup eh semua karipap rangup ke ada yang lemau :p


Aritu pergi The Gardens semata nak pergi serang Maxis sebab kasi line yang sangat bahalul selama seminggu. Korang bayangkan harini bayar bil lepastu terus tak boleh pakai selama seminggu. Henfon jadi hang call in out message semua tak boleh tak ke gila. Sepanjang minggu tu kerja asyik call 123 je kalau diorang cek log report mesti terkejut selang sejam call huhuhu. Memang niat pergi nak mengamuk dah tapi diorang bernasib baik sebab karipap besau ni jadi penyelamat hahahahaha (nampak sangat bila tengok makanan terus tak jadi marah) kahkahkah.


Dapat 2 biji karipap ni terus mulut diam tak jadi nak bising-bising, pergi maxis pun bincang elok-elok apa solutionsnya. Tengs to karipap hihihihi karipap lagi yang dapat nama hihihi. Kedai yang jual karipap besau lagi rangup dan sedap tu nama Homi. Sebijik cuma Rm 2.50 ada 3 perisa kari ayam, sardin dengan kari ayam tak pedas. Tapi lidah ella rasa yang kari ayam biasa tu tak pedas langsung sebab ella kan jenis tak makan pedas tak tau lah lidah orang lain huhuhu.




Inti dia sangat banyak, berbaloi lah beli dengan harga cemgitu dengan saiz besar tapak tangan cemgitu jugak.  Tabiat buruk ella tiap kali makan adalah makan bahagian isi dulu sampai habis lepas tu baru makan yang keling tepi tu tinggal untuk makan last sekali sebab rangup. Situ kalau dapat makan macam satu kepuasan hahahahaha gila tak. Sah gila :p






Hah kau nampak tu bersusun dia punya karipap baru siap masak, setiap hari memang ramai yang pergi membeli. Ella tergolong dalam golongan tiap hari pergi beli sebab dua hari berturut pergi midV semata nak makan karipap tu hahahaha (dua hari je pon nak kecohkan mengada's betul)






Siapa nak try boleh pergi sana beli. Kedainya kat laluan dari midV nak pergi The Gardens. Dekat2 Big Apples dengan Chatime Gardens tu. Jangan ko pergi cari Chatime midV kat movie tu pulak memang kempunan lah ko nak makan karipap gemok ni.

Hadiah dari orang kaya



Assalamualaikum 


First time dapat hadiah henfon siap si pemberi suruh pilih sendiri lagi nak yang mana tapi oleh kerana kemaluan yang tak berapa nak nipis tak berapa nak tebal kita pilih yang sedang sedang saja (eh terdangdut pulak) hehehehe.


Henponnya kecik molek aje saiz kalo ukur sama dengan lebih kurang 3 jari. Jari telunjuk + jari hantu + jari manis haaa ambik jari korang bayangkan sendiri hahahahaha. Harga pun tak lah mahal cuma seratus ringgit je. Jadilah untuk dibuat henpon kedua gantikan henfon yang nazak tu.





Gini lah rupa henfon tu, first samsung henfon ni mudah mudahan lamalah bertahan. Ella ambil warna ruby red memang menyerlah kalau tak jumpa lagi henpon lepas ni tak tahu lah nak kata ape hehehe. 



Ni kira hadiah untuk birthday january aritu sekali walaupun dah dapat kasut sepasang hikhik. Ko hado? takde? sila diam. hahahahahaha.

Wednesday, February 22, 2012

Cara Mengenal Berus Bulu Khinzir


Assalamualaikum



Sekadar ingin berkongsi info yang kawan-kawan publish di wall bersama kalian. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya dari sebarang perkara yang mendatangkan bala dan dosa. Amin!



Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi...





Wajib try di Pizza Hut



Assalamualaikum



Maaf yer kawan-kawan entri akhir-akhir ni banyak pasal makanan je. Nak buat macam mana tuan punya belog hantu makanan jadi saje nak tayang kat korang nak suroh tergoda lalu join hobi yang sama hahahahaha.


Kali ni sesi mengelastik perut kat pizza hut. Apa yang best pizza hut ni? Nah try ni BBQ Chicken Wing betul sedap. Tak payah nak ragu ragu tak payah buka menu order je terus macam pro walopon first time nak try kihkihkih.




Yang aiskrim ni tak payah ler nak try rasanya sama je dengan aiskrim pakcik motor tu tapi kalau dah duit terlebih lebih boleh lah masuk menu uji keeleastikkan perut hahahaha hambik mane datang perkataan keelastikkan pun tak tahu lah :p




Sekarang mulut terasa nak makan yellow cap pulak macam mana ni ? :p

Monday, February 20, 2012

Emily Cable Winder


Assalamualaikum


Selalunya earphone ella mesti gulung merata, gulung kat pen lah gulung kat henfon lah suka suki mane tempat yang boleh gulung ella gulung gituuu. Buruk perangai kan huhuhu. Tapi pakcik sorang tu selalu bising dia duk bebel nanti jahanam nak kena beli lain bila sebut beli kena pakai duit apa ingat kita cop duit ke?? hikhikhik




So aritu masa pergi kedai S&J nak cuci mata tengok teddy bear nampak cable winder ni, terus lajuuu je tangan ambil. Ingat kan mahal rupanya rm2.90 gitu je apalagi ambik je lah sebab malas nak seksa telinga dengar orang membebel hiks! Sekarang dengan gembiranya gulung earphone kat emily ni tapi bila malas tetap jugak gulung ikut suka hati hahahahaha.


macam pakai baju kan kan

Tips Rambut Bersinar dari Hanis Zalikha

Assalamualaikum



Ni yang ella suka tentang twitter, tak perlu nak panjang-panjang bercerita ataupun bagi tips satu ayat pun dah cukup untuk orang faham. Tenkiu to hanis zalikha yang sentiasa bagi tips kecantikkan dekat twitter dia. Ella adore gila hanis zalikha ni dah lah cantik pandai pulak tu.



Pagi ni dia ada kasi tips rambut bersinar. Boleh try nih. So korang yang nak rambut bersinar jom try tips ni :)


Sunday, February 19, 2012

Sani Ekspress Sudah Maju



Assalamualaikum 



Rasanya dah setahun lebih kot ella tak naik bas, maklumlah dah berani naik flite sensorang jadi bas tu tak pandang dah mengada tak statement? hahahahahaha. Cuba kalau takut naik flite sensorang bas jugak yang dicari.




Baru baru ni masa balik untuk memenuhi jemputan kahwin adik kesayangan farah lee dengan ally iskandar terpaksa naik bas sebab tiket flite return rm 400++ tak sanggup nak bayar baik buat beli henbeg lagi paedah tak pon beli tiket pergi bandung ada jugak hasilnya kehkehkeh.



Kagum dengan sani ekspress sekarang ni sebab tiap satu seat dia letak lcd kecik siap dengan headphone lagi. Kiranya bolehlah layan movie sementara nak sampai destinasi. Ella duk layan citer cun! sampaikan berhenti rehat pun taknak turun macam tak boleh nak pause kejap (alasan padahal malas :p) terkekek gelak sensorang nasib baik tak kacau orang lain kalo tak mau kena ketuk hiks! haaa gini lah rupa lcd kecik tu curlasss kan.




Btw syabas sani ekspress, walaupun dah upgrade service dan keselesaan penumpang still harga tiket sama. Macam ni lah baru betul :) Cuba buat pulak diskaun untuk student confirm bertambah maju. 

Happy Birthday! Nuffnang Is Turning 5!

Assalamualaikum 





Hi Nuffnang stick man Selamat Hari Lahir yang ke 5 tahun!
Dah besar dah awak sekarang yer cuma tak boleh nak kahwin je lagi hikhikhik. Kalau budak dah masuk tadika dah ni tapi budak yang advanced sebab genius :p Mula mula nak tenkiu dulu kat Nuffnang sebab bagi peluang untuk para blogger mencari ruang untuk sama-sama berjaya dan juga berjaya mengangkat blogger ke satu tahap di mana blogger semakin dikenali :)




Okay stop untuk ucapan sekarang kita fikirkan partaaaay!!! (macam confirm dijemput je gayanya hahahahaha) Jadinya untuk birthday kali ni temanya adalah BIRU. 





Hmmmmmm kalau biru selalu yang pop out kat kepala mesti suasana yang warm bak kata pepatah sejuk mata memandang. Kalau dah warm tu haruslah nak ada lilin kasi bercahaya gitu. Kata birthday haruslah kelihatan bercahaya dan semestinya lilin yang wangi tu pilihan utama mesti romantik auuwwwww.




Lepastu campur pulak dengan blue roses sekeliling lilin tu bertambah tambah lah warm suasana birthday parti nanti. Bayangkan sepanjang pintu masuk tu kiri kanan bertaburan blue roses dan lilin wangi berwarna biru mesti semua feeling sangat dihargai. Okeh tak dapat dibayangkan kalau tak dapat join suasana birthday gitu.






Hmmmm bila dah ada lilin ada bunga satu lagi yang wajib ada mestilah belon! Belon haruslah biru jugak. Apalah birthday parti tanpa belon kan. Belon pulak hiasnya mestilah disegenap ruang dalam hall tu. Biarkan belon tu tergantung disetiap kerusi mesti awesome. Sampai tenggelam semua blogger dengan belon belon biru dimerata tempat. Oh sweetnya birthday parti macam tu. Selain tu ada makanan best best dengan games yang boleh kasi gelak all the time. Birthday haruslah bergembira bila gembira haruslah bahagiakan. Maaaak nak birthday parti macam tu jugak hehehehe.




Ok sebenarnya tu angan-angan birthday parti masa kecik tapi tak kesampaian jadi kita transform kasi birthday parti untuk lovely Nuffnang! Happy Birthday Nuffnang stick man!


Saturday, February 18, 2012

Word Search Hobi Baru



Assalamualaikum 


Haritu kan dapat voucher buku, so selain daripada novel ella beli juga buku word search ni, bukan apa sementara tunggu lecturer masuk kelas boleh juga tambah ilmu kan :) selain tu exercise mata untuk cari huruf huruf tu. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak kadang sampai naik juling biji mata mencari tapi fun. Ilmu kan boleh dicari dimana-mana so salah satunya dicari dalam buku ni. Harganya murah je dalam Rm 6 atau Rm 7 gitu je. Ada banyak jilid dan ada juga dalam bahasa melayu, yang ella punya ella pilih yang English nak mahirkan diri kata hatiku eeeewah :p nak cari juga? boleh pergi cari di kedai buku popular :)

 


Nando's Kami Kongsi Kami Gembira



Assalamualaikum 


Yeay makan lagi kat mana semestinya kesukaan sepanjang masa Nando's. Ella ni kalau dengan Nando's jarang sekali nak tolak entahlah mungkin kesedapan dia boleh bawak masuk mimpi kot tu yang susah nak kata tak. Kalau tengah kenyang pun sanggup lagi penuhkan perut konon perot tu elastik boleh regang macam getah lepas makan baru teringat penimbang macam mana tu? hahahahaha



Kali ni ella lupa set apa yang ambil tapi rasanya set share-share kot. Pantang Nando's ada offer baru muka ella mesti ada je kihkihkih. Tapi tak pernah dapat any invitation from Nando's untuk join apa-apa project depa sedih :( walopon kita ni pelanggan tetap (eh eh tetiba mengadu) ni yang nak merajuk ni :p



Untuk set yang ella ambil tu ada semua ni, yang wedges tu ella recommend sesangat untuk korang cuba sebab sedap. Tak rugi langsung. Yang ayam tak perlu nak pertikai memang sah sah marveles. Macam biasa ayam satu mild satu lagi hot tapi masa makan ni waiter tu salah kasi extra hot meletops bibir pedas dia yaaa ampun. Nak fired jugak waiter tu tapi tak jadi sebab dia say sorry dedulu kan sejuk hati.


salad

wedges


2 set 1/4 chicken 


sideline Mediterranean rice + peri chips 

air lemon dalam jug unik


Sekali dalam set ni adalah air lemon tapi tekak ella kurang suka dalam tak suka habis jugak sebekas tu (nampak sangat suka makan mulut kata tak sedap tapi tekak kata nak) hahahahaha. Ni lagi satu nak recommend adalah air sparkling apple. Feveret ella sejak first time makan Nando's sekali minum rasa sayang nak minum lagi sebab takut habis hahahahaha selalu kidnap air orang sebelah sebab air coke / ais lemon tea boleh refill kalo minum banyak pon takpe (buruk perangai kan anak dara ni). This time ella pergi makan kat sunway pyramid and total semua tu dalam Rm 60 kot including all tax. Tapi satu je tak puas hati diorang tak kasi duit balik, dalam setengah jam gitu  nungu still xda respond nak pulangkan duit balance nak tanya dah malas jadi kita tweet je lah kat @nandos. Walaupun balances tu hanya sen sen tapi maaflah ella tak mengamalkan pemberian tips huhuhu.

Buah Hati Baru Warna Merah Berkilat


Assalamualaikum 


Haritu ella ada mengiow kat mak ella yang laptop lama tu dah nazak sesangat dah. Yelah dah 6 tahun berjasa sekarang masa last semester ni lah dia nak buat hal merajok tak tentu pasal tetiba skin bergegar sepanjang masa tak kenang jasa betul. Mula-mula sabar lagi lelama macam nak campak dari tingkat patbelas je.





Tiap kalo call mak mesti mengadu laptop gitu gini, mak pun fedup dengar sampai dia cakap pergilah beli laptop baru pilih yang mana awak nak (sayang mak lebih) hehehehe. Jadinya bajet dapat 2.5k, memula ada 2 choice vaio dengan toshiba. Siket lagi nak bayar vaio sekali tengok dell merah ni berkilat memancor terus melekat di kalbu kihkihkih.


Tengok spec pun cun harga baik punya warna sah sah lah cantik terus tak toleh vaio dah. Kira jadi angkut terus. Pastu dapat lah semua benda mak nenek yang diorang kasi nih. Laptop nih hardisk 740gb, i5, ram 8gb pastu graphic card amd radeon harganya rm2449. Cun cun je dengan bajet yang ada :)




Laptop baru dah ada tapi update belog tetap juga culas hehehehe. Dulu salahkan laptop sekarang salahkan diri sendiri sebab malas. Kalau boleh outsource update blog dah lama ella buat (dasar pemalas gila). Oklah dah taktahu nak cerita apa bye! :p






Friday, February 17, 2012

Biskut Untuk Cantikkan Kulit

Assalamualaikum 



Biskut feveret mak ella sebab utama dia beli kerana ada kologen dalam setiap pek kecik biskut tu. Tak boleh blah gila mak daku tu beli semata kologen kalau tak ada kologen harus tak dipandangnya. Tapi once rasa sedap jugak biskut ni boleh kenyang lagi lagi bila makan dengan teh panas marveles. Bukan takat satu pek dua tiga pek pon habis untuk satu kole teh panas. Siapa nak kulit cantik tapi tak berapa nak berani makan kologen tu sesaje boleh try makan biskut ni :p

Baucar Buku Tingkatkan Budaya Membaca

Assalamualaikum



Mula mula nak terima kasih kat kerajaan malaysia sebab kasi voucher ni walopon ditahun akhir semester baru merasa nak dapat kelebihan sebagai student. Kenapa lah dari sem lepas diorang tak terfikir nak kasi mesti bertambah tambah koleksi pembacaan.




Nah voucher 200 hengget tu semua ku bedal beli di kedai buku popular, bukan apa senang nak cari barang kalo kat mph kadang blur nak tengok kat mana lepastu stationary pon tak berapa nak meriah sangat terus kansel nak menyopping secara free :p



Apa yang dapat dengan 200 hengget voucher tu? dapatlah beli semua stationary idaman kalbu selama ni mampu tengok nak membeli macam membazir tapi bila dah alang alang ada voucher ni mestilah ku rembat kihkihkih. Dan memandangkan ella ni major in IT dan minor in Sastera haruslah yang sastera tu lebih di utamakan hahahahahha. Minor sastera tu rekaaan feeling diri sendiri okeh jangan korang pergi percaya pulak, tak ada lagi dalam sejarah universiti kat malaysia buat camgitu kahkahkah.



Nah seblas bijik novel berjaya dibeli demi memenuhi subjek sastera diri sendiri :p Lepas ni boleh lah ella join jadi penulis novel mana tahu hlovate pon menangis baca cerita ella #perasan hahahahaha. Buku komputer liat siket nak baca tapi kalau kasik novel sehari pun mampu habis walopon terkadang bengkak mata ayior mata meleleh siap boleh hafal lagi jalan cerita novel tu macam mana kheeeelaskan. Lecturer pon tabik spring toink toink tengok anak murid mampu hafal cerita novel bukan cerita dalam kelas #tumpang lalu madam :p




Siapa nak pijam sorry ler wa bukan library nak kasi pinjam buku kihkihkih eh tapi kalo ayu ke ecah ke zila ke nak pinjam ai relaaaa kasi pinjam u (bodek sebab nak pinjam novel diorang jugak kelip kelip mata) hahahahhahaha

Menu Sarapan Pagi

Assalamualaikum


Celik mata gagau henpon tengok lecturer message kelas harini cancel, curlasss tak lecturer yang sms anak murid ni sayang unikl ni hahahahaha (dan dan sayang kalau tak mulut bising mengadu lecturer tak inform) :p


Jadi bila dah kelas kansel haruslah bersarapan kucipta sendiri. Buka peti ais ambik buah blueberry dan susu dutchlady strawberry lepastu ambil milo krunch campur semua sekali. Sheeeedap yum yum. Complete dengan kalsium, tenaga dan vitamin. Blueberrykan bagus untuk kasi mata cerah, ella beli kat tesco murah je satu peg 80g dalam 8 ringgit lebih je, rasanya masam manis :)

First time berChatime


Assalamualaikum




First time beli dan tak tahu apa yang best lalu pilih saja apa yang namanya sedap didengar. Jakun sungguh tapi takpe kalau tak cuba sampai bila pun tak tahu. Lepas ni nak beli kena tanya dulu baru tak menyesal. Tapi pearl tu best sayang nak makan sampai habis (penyakit sayang nak makan tu diwarisi dari kecik) hehehehe.

Thursday, February 16, 2012

Mesin Aiskrim Ikea yang pandai



Assalamualaikum 



Sekarang ni kalau pergi ikea mesti wajib beli aiskrim sebelum balik. Alaaaa aiskrim yang kat depan kaunter cashier ikea tu yang sehengget satu tu. Dan tiap kali beli tiap kali tu juga ella yang eksited lebih nak buat aiskrim tu kalah budak umur empat tahun hahahaha.

mula-mula letak kon pastu letak token



tekan butang mesin jalankan kerja


Kalaulah mesin ni boleh letak kat rumah sebijik harus sepanjang masa pergi buat. Ella suka teknologi yang memudahkan kerja ni tak penat jari eeeewah mengada betul. Kalu makan aiskrim biasa kena scoop letak kat kon atau mangkuk kan dah membazir air kena basuh scoop tu dengan mangkuk.Kalau pakai mesin ni letak je kon pastu tekan butang dia dah boleh makan, tak payah nak basuh pape.  Nampak benau malas nak membasuh hehehehe.


aiskrim siap cantik pulak tu rupanya


Oh karipap disinun juga sedap. Harga pon sama sehinggit sebijik. Dah alang beli aiskrim tu beli lah karipap sekali barulah feeling melayusallehs bila makan aiskrim bersama karipap :p

10 perkara merosakkan otak


Assalamualaikum


Sekadar ingin berkongsi ilmu dan maklumat bersama para pembaca :)


Muffin Monster



Assalamualaikum



Gara-gara terikut kak vp aka kak jemah aka viruspadu yang asyik duk tweet beli macam-macam kat milkadeal ella pun terpengaruh sama. Selalu tengok offer apa yang best, tu semua kerja yang menipiskan dompet dan mengemokkan perut. Macam mana nak kurus kalau macam ni walopon badan adalah serupa orang tak cukup zat. Ececece sebenarnya nak bagi tahu berat saya 47kg je boleh makan banyak lagi hahahahaha..



Muffin ni ella beli di milkadeal. Berbaloi-baloi tak rugi pon memang monster sungguh muffin kak ida ni sudahlah gemok2 gebu pulak tu. Untuk 6 bijik ni cuma Rm10 dengan milkadeal. Harga asal tidak pulak ella tahu. Tenkiu kak to kak ida sudi hantor pepagi muffin ni walopon hari ahad :)



Wednesday, February 15, 2012

Mulut Mahal Lunch di The Manhattan FISH MARKET

Assalamualaikum





Ok ni lunch untuk hari ni. Sup cendawan semangkuk sorang, pentipu gila kalau perot yang besar boleh kenyang dengan semangkuk kecik ni. Memang pentipu sebenarnya sebab ada menu lain lagi ready nak masuk mulut :p 


Lunch mulut mahal memang cam gini nak yang sedap je yang best je duit pun syiok jugak melayang tapi demi mulut dan perut kaburkan mata duit yang keluar dasar gila makan apa pun sanggup. Sesiapa nak buat makan makan jangan segan nak jemput ella yer kahkahkah.


Menu yang diorder secara sengaja adalah Chicken of Liberty dan Mediterranean Baked Fish. Mana yang sedap? dua-dua sedap! kan dah bagitahu dasar mulut mahal perut besor sumbat apa pon sedap.

Chicken of Liberty

Mediterranean Baked Fish

Ekceli tadi pergi midV nak redeem chatime maxis reward tu sekali boleh redeem start pukul 7pm-10pm sajork jadiknya moh ler cuci mata. Sekali lalu depan fish market ni nampak banner besoooor EveryOne Can Have Lunch gila ko tak terpikat. Mulut dah telan air liur kaki panggil masuk kepala otak duk terjemah duit. Jawapannya salahkan kaki. Bila dah masuk tak boleh nak keluar lalu bontot laju cari kerusi jadi mari kita order lupakan terjemahan kepala otak. Sekarang memang betul gila ko ni ella oooooi. Tak sampai sekerat bulan lagi dah macam macam kalau hujung bulan makan meggi paaang kat pipi sendirik.


Satu set tu harga Rm 16.90 dan set lunch tu  tak ada air so kita tambah sehengget untuk air dan sup of the day. Total semua dua hidangan tu Rm 41++ gitu campur semua mak nenek tax. Tenkiu Fish Manhattan buat offer lunch yang sedap. Nanti nak pergi try Fish & Chips diorang pulak sebab tadi tengok aunty meja tepi tu makan sedaaaap pulak (nampak sangat ngendap makanan orang) hahahahaha.


Thursday, February 9, 2012

Promotions Nando's Murahnyaaa


Memang berbaloi baloi. Siapa suka Nando's macam ella memang acara wajib untuk pergi isi perut. Best restaurant yang ella suggest adalah di Sunway Pyramid & di Ampang. Sebabnya ringkas je staff diorang super friendly. Siapa nak join? jom skali melantak :p