Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa buffet RM 15 di Bistro 3 Sebumbung dengan UniKL BNS Style

Assalamualaikum!



Alhamdulillah, semalam berbuka puasa dengan geng kampus unikl BNS style di Bistro 3 Sebumbung, Wangsa Maju. Jangan terkejut buffet diorang hanya Rm15 seorang untuk dewasa dan ada lebih 20 juadah untuk berbuka tidak termasuk kuih muih. Part pemanis mulut tu ada lebih kurang 10 jenis. Gasaklah perut sumbat semua makanan huehue.







Kalau dah nama buffet haruslah boleh makan sampai habis, siap diorang letak plastik dan bekas kat atas buffet table, saya assume mungkin diorang kasi kita untuk bawa pulang lauk yang tak habis (saya lupa pulak nak tanya). Untung sangat kalaulah gitu caranya, sebabnya tak membazir. Takde lah makanan yang tak habis tu dibuang, no no no setan takdak masa Ramadhan jangan kita pulak berlagak nak jadi setan sudah :p





Bagi saya yang cekeding tapi hantu makan saya cukup puas hati dengan lauk diorang. Sedap dan cukup rasa pastu banyak pilihan makanan. Maklumlah bulan puasa, kalau termasin termanis siket tu adatlah nak buek camno dah semua orang pun puasa. 


Juadah diorang berbeza tetiap hari ya, jangan pulak ko mengamuk kat situ kalo pergi arini butter prawn ada esok pergi takde. Jadi untuk lebih selamat call diorang dulu untuk bertanya dan tempah meja. Masa saya pergi kedainya full. Nampak sangat makanan sedap tanpa ragu-ragu.



Untuk sebarang pertanyaan silalah rujuk maklumat penting ni untuk sebarang tempahan


Contact number:- 
  • 019-5236669-En.Nizam
  • 019-3843648-En.Kamarudin a.k.a Dino.. 
  • 019-3991954-Pn liza

Cawangan:-
  • Shani Cafe Wangsa Maju No.20 Jalan Wangsa Delima 11,D'Wangsa Link Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Restoran Cheng Ho, Satu Barisan Dengan CIMB Bank (restoran disebelah belakang)
  • Shani Cafe Wangsa Maju Yang Ke-2 No.21 Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa Link Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur..
  • Shani Cafe Shah Alam 45, Jalan Plumbum R7/ R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam..
  • Shani Cafe Cheras No 41 Dataran Dwi Tasik ,Jalan Dwi Tasik 1, Bandar Seri Permaisuri, Cheras 56000 Kuala Lumpur
  • Shani Cafe Maluri(Aliya's kitchen) Food Court DBKL Berdekatan Kolej CYBERNETICS bersebelahan kolej YPC dan Casaria

3 comments:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^