Friday, November 23, 2012

CONTEST | True Harmony Ambassador Search 2013



Siapa yang sokmo feeling jadi duta lantik sendiri sila angkat kening!


Eh apesal kening sendiri pulak yang terangkat nih hahaha.







Yer yer siapa yang sokmo feeling jadi duta lantik sendiri tu sekarang tak payah nak feeling lantik
sendiri sudah sebabnya ada orang yang nak lantik korang si jejaka-jejaka hensem badan berketak
dan si cantik manis cun melecun jadi duta. Ini yang real jadi duta bukan sendiri lantik yek.


Kali ini True Harmony iaitu jenama kecantikan dan pelangsingan terkemuka buat pertama kalinya
menganjurkan True Harmony Ambassador Search 2013. True Harmony cawangan Shah Alam,
Putrajaya & Kuala Terengganu sedang mencari 5 lelaki dan perempuan untuk menjadi duta
mereka untuk tahun depan. Agak-agak saya boleh masuk tak eh? Kuala Terengganu kampungku dah
macam rezeki sangat dah tuuuu hikhikhik. Hah jom cek syaratnya apa pulak *eksited*


Jika korang si jejaka dan si manis merasakan yang diri korang layak untuk menjadi duta, korang hanya
perlu LIKE Fanpage True Harmony kemudian (upload) memuat naik gambar korang di Fanpage True Harmony pastu mintak kawan-kawan, cikgu, lecturer, sedara mara, adik kakak abang, anak saudara,
makcik, pakcik, nenek, atuk untuk mengundi gambar korang untuk ke peringkat akhir. Kiranya mintak
diorang LIKE gambar korang bebanyak. Jangan bimbang setiap undian tersebut akan dinilai juga
bersama para hakim dari pihak pengurusan.



Bila tengok hadiahnyaaa terbeliak biji mata saya iaitu True Harmony menjanjikan hadiah bernilai
lebih dari RM35000 dan sesi photoshoot untuk para finalis! Yaaaa sila buka leluas mata anda tengok
nilai hadiah tu banyaaaaak tuuuu >.< dan Jika pertandingan menjadi ‘hit’, Grand Finale akan
diadakan! Jadi mari kita sesame hit kan pencarian duta True Harmony ini.










Jika anda fikir anda boleh menjadi Duta True Harmony, jom sesama sertai True Harmony
Ambassador Search 2013 bermula sekarang hingga 30 Nov 2012.

UPDATE TERKINI TARIKH TUTUP  TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 
12 DECEMBER 2012
So masih ada masa untuk heboh heboh dan like like ^^

Untuk menyertai, memuat naik gambar anda di: True Harmony <---- Klik sini atau copy link ini dan


Jangan lupa LIKE Facebook TrueHarmony okay! Good Luck

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^