Assalamualaikum!
Sekarang dah masuk musim cempedak kan? eh ke cempedak takde musim? ikut lah ada musim ke takda musim yang penting sebijik cempedak dah selamat masuk perut.. Ada 2 bijik lagi tak terusik.. Semua orang malas nak perisi sebabnya leceh dengan getah.
Cempedak ngan nangka kan kaya dengan getah, tu yang sebab semua orang malas nak makan.
Rela tunggu orang yang rajin perisi baru nak makan takpun pergi beli kat kedai je senang kan kan.
Korang lettew.
Aritu papa beli cempedak bawa balik tapi takdak orang nak pergi perisi. Sebenarnya saya pon malas nak perisi sebab malas nak bergetah bagai tapi tak tahan dengan bau. Ko bayangkan cempedak duk kat dapur, ko pulak duk lepak kat ruang tamu depan tv aroma tu macam mengekor sampai ke lubang hidung.
Berapa lama ko mampu tahan dengan aroma tu?
Memang tak payah berangan nak ego sangat lah kan, dengan sendirinya bontot terangkat pergi dapur cari pisau perisi sesiap letak dalam tupperware angkut pergi depan tv balik isk isk tabiat dari umur lima tahun sampai ke doplohpat tahun tak berubah.
Part yang leceh nak perisi bila kena berperang dengan getah wuuuu dah lah melekit payah pulak tu nak tanggal. Basuh dengan air pon tak jalan still jugak melekit-lekit.
Tapi jangan risau sebab ada satu bahan yang boleh tanggalkan getah dengan senang iaitu guna MINYAK MASAK.
ihsan google |
Yeeeeeer minyak masak tuuuu.
Apa yang perlu?
Bukan kerjasama tapi kerjanya sebelum pergi belah cempedak ke nangka ke sowatever buah yang bergetah sapukan minyak masak tu kat tangan dulu sesiap kasi berminyak baik punya, lepastu sapu pulak dekat mata pisau yang korang nak guna tu.
Tapi make sure korang pegang pisau tu bebetul yek sebab tangan korang kan dah berminyak takut licin bahaya huhuhu. Bila dah semua berminyak bolehlah perisi dengan girang. Nak basuh pon senang, korang picit je glo atas tangan gosok basuh dah takde minyak dah.
Lepasni tak payah disuruh konfem bau cempedah dengan nangka terus lari pergi dapur perisi hiks.
0 comments:
Post a Comment
Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^