Thursday, November 22, 2012

Tips | Cara Cara Menjaga Seluar Jeans

Assalamualaikum!


Jeans.Jeans.Jeans. Ramai yang suka pakai tapi tak tahu cara nak jaga termasuklah sayaaa kuikuikui sehinggalah minggu lepas saya termasuk kat satu kedai seluar jeans dan ternampak frame "Cara Menjaga Seluar Jeans" terus gigih ambik gambar semata nak share dengan korang cara penjagaan yang betul. Kita semua kan anak-anak jeans, dah hehari nak sauk jeans je terus lekat nama anak jeans hahahaha.


Rupanya senang je nak jaga seluar jeans ni cuma perlukan sedikit kerajinan, tapi kalo dah malas tu yang sikit pon jadi banyak T_____T 


Saya share dengan korang harapan agar korang boleh share semangat rajin korang tu dengan saya jugek kihkihkih

Q: Acane cara yang paling betul basuh jeans? Ke aci rendam je?
A:. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

Q: Sekarang saya paham kenapa mama saya selalu bising bila saya campur baju dan jeans.
A: Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

Q: Saya sokmo lepak pantai, yelaaaa kata kampung dikelilingi pantai yang cantik haruslah lepak sana jer pastu pakaian kebangsaan pulak jeans memang cantik sangat laaar. Tapi ada efek ke air laut dengan jeans?
A: Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Ini untuk pastikan kotoran yang melekat tanggal.

Q: Pusing tempat sidai pakaian, cuba tengok acane korang letak jeans korang. Gantung ke campak?
A: Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus dibawah matahari terik.

Q: Esok nak pakai jeans ni tapi mesti tak sempat kering jadi nak cepat guna dry machine je lah eh?
A: Perlu diingatkan jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

Q: Ada kari lah tumpah atas jeans, nanti nak beli peluntur lah kasi bersih kaw kaw itu jeans, tapi boleh ke?
A: Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

Q: Eh jap jap, jeans ni boleh ke basuh pakai mesin? ke nak kena dry cleaning je?
A: Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa.


Lepas ni no more alasan jeans dah lusuh ler dah rabak ler melainkan sengaja pergi rabakkan jeans tu. Bila dah beli memahal haruslah jagaannya juga tip top jangan pakai sebulan tetiba komplen jeans mahal tapi tak tahan lama padahal jagaan yang tak betul. Jeans mampu bertahan sehingga 2 tahun dan lebih sekiranya dijaga dengan betul :)

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^