Thursday, November 1, 2012

Pertama Kali Ibadah Korban Aidiladha 2012

Assalamualaikum!


"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." 
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Semua duk nak cerita pasal Raya Haji lagi jadi saya pon nak cerita jugak. Semangat nak cerita ni sebabnya pertama kali setelah 24 tahun hidup Raya Haji 2012 saya dapat tengok dengan mata sendiri proses ibadah korban tu macam mana. Dari proses lafaz jual beli hinggalah ke proses pembahagian, Ya Allah betapa ruginya saya selama ni. Orang lain mungkin cemuih je dengar pengakuan saya ni tapi itulah yang sebenarnya. 
Tetiap tahun papa dengan mama saya memang akan masuk bahagian cuma saya je yang tak pergi huhu. 


Alhamdulillah saya berpeluang juga akhirnya untuk tengok keseluruhan proses, syukur :)


Dan setiap tahun memang sinilah tempat yang papa saya masuk bahagian, di kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu. Senang katanya nak berurusan dengan orang yang biasa ni, dah macam keluarga sendiri walaupun hakikatnya hanya bersaudara sesama Islam. Tahun ni mama yang masuk bahagian, kosnya RM 400 sebahagian. 


Oleh kerana itu yang pertama kalinya saya tengok depan mata, jadi saya rekodkan :) tapi suku jalan takbir baru teringat, maka tercut lah siket memula bahagian takbir tu hehehe. Apapun ni lah pengalaman pertama saya, Alhamdulillah semuanya selesai, InysaAllah tahun depan ada rezeki kalau dah kerja saya nak masuk bahagian jugak dengan duit hasil titik peluh sendiri ~ Amin.



0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^