Assalamualaikum!
Minggu lepas turun je ke dapur mama kasitau dalam sinki ada satu plastik hitam besar, saya pon macam pelik apekebenda lah yang banyak sangat dalam plastik bukak bukak tengok hah ambik stok segar baru turun dari bot terus sampai ke rumah. Terima kasih tok ngoh! Macam tau tau ke saya balik kampung kennnn :p
Terus otak ligat pikir nak masak ape, mama nak buat singgang ikan aya (tongkol) okay satu dah tick, lauk ke dua pulak memula nak buat ketam sweet sour tapi mama cakap dah boring, jadi mama rikues nak ketam goreng biasa tapi saya pepandai edit menu buat ketam goreng kari hahaha. Jadi mari memasak doblas ekor ketam sekaligus untuk satu hari.
Macam biasa bersihkan ketam sesiap buang kulit keras bahagian atas dulu then kerat dua kat tetengah. Taknak belah dua pon boleh tak jadi masalah.
Bahan-bahan yang perlu:-
Serbuk kunyit debu
Serbuk kari - saya campur kari ikan dengan kari daging
Garam
Cili giling / cili kisar - ikut sukatik pedas
Daun Kari - saya tak letak sebab malas pergi beli hehehe
Gaul semua bahan-bahan kat atas tapi make sure cukup untuk semua ketam korang. Then gaulkan semua bahan-bahan tersebut dengan ketam, kasi perap dalam sejam dua gitu. Bila nak makan goreng ketam tersebut dalam minyak yang banyak. Tapi kalu nak bakar pon boleh. Saya bakar seekor sebab sorang je nak makan. Hasilnya isi manis putih berjuicy rasa kari yumyums.
Tips!
1. Ingat yer kalo nak perap lagi lama sila letak perapan ketam tu dalam peti ais kalo tak ketam korang akan berbau.
2. Ketam ini cepat masak, jadi sila goreng dalam seminit dua je, bila dah kulit ketam bertukar merah balik balikkan then terus angkat sebab kalo ko goreng terlalu lama nanti isi dah kering xda juice tak sedap huhu
3. Masa menggoreng sila tutup kuali, kalo tak tutup harapan tinggi nak kena letusan minyak panas.
Ni lah hasil suku daripada ketam yang dah siap goreng. Tak sampai sekerat hari ketam tinggal suku dah main ratah je semua tak henggat lauk lain dah.
Urutan proses memasak, yang last tu hah hasilnya lepas semua orang main ratah je siap alu lesung duduk atas meja ketuk sepit ketam hahahaha. |
sedaapppppppppppp.... nak cuba gak.. tapi kena perap lelama ker? =.='
ReplyDelete