Monday, January 2, 2012

First Time menu makan malam tahun baru Belut rasa dan khasiatnya

Amboi ella nama entri nak khelaas aje feeling kelaaas kau mariaaaa hahaha. Jadinya seperti tajuk menu makan malam 3 hari sebelum tahun baru 2012 adalah sup belut dan gorengan belut. Jangan tanya dulu rasanya macam mana, soalan patut tanya dulu adalah reaksi sebelum nak boleh makan dan telan menu tu, diri sendiri pun rasa lawak bila teringat kisah nak makan hahahaha.


Belut segar *kredit google*


Korang kalau nak makan belut ni tak kiralah buat sup ke goreng ke paprik ke mesti setkan dalam kepala otak yang korang nak makan ikan, kalau korang jenis aci bedal tak payah nak buat tapi kalau korang jenis senyoyoh macam ella sila buat hahahaha.



Ella nak boleh makan dan telan belut tu ella cakap kat diri sendiri nak makan ikan ni.. ikan.. ikan.. ulang sampai patploh kali akhirnya selamat telan masuk perut belut tu, macam orang tak betul duduk kat meja makan cakap sensorang sambil cerita kat kucing, arini nak makan ikan special ikan tau ikan ikaaaaan hahahaha.

Gorengan belut versi kelantan

Ella memang jenis manusia eksotik spesies, eh tapi ella bukan makan binatang eksotik tahu, kang korang ingat ella makan binatang eksotik mampus pergi report kat jabatan perhilitan nayaaa. Member ella panggil ella manusia eksotik sebab ella suka mencuba makanan baru, kira kalau makanan tu baru orang teragak2 nak try ella memang akan try lagi2 kalo pergi melancong tempat orang lagi teruja nak mencuba makanan tempat diorang gituuu paheeem?




Haaa rasa belut hmmmm mungkin lain orang lain lidah lain rasa, lidah ella gorengan belut rasa okay macam ikan, ikan yang mmmmmmm ikan lah senang cerita. Tapi sup tu wa kenot kunyah you, kulit dia tu rasa licin atas lidah jadi tak tersempat nak terkunyah terus tertelan glup glup seketul masuk perot. Gasaklah apa jadi dalam perut hahahaha. *padahal dalam kepala terbayang rupa hakiki belut* :p



sup belut pon versi klate


Ok dah taknak bayang nanti ada terkeluar balik apa yang tertelan seketul seketul. Kat kelantan ni ramai orang cari belut tau sebab banyak khasiat belut ni. Antara khasiat belut bagus untuk menyembuh sakit kulit *kisah benar ni*, menguatkan daya ketahanan badan , Menguatkan daya ingatan seseorang, Berupaya menstabilkan tekanan darah, boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata dan membantu mencegah hepatitis.



Lagi satu harga sekilogram belut ni mahal betul kalah harga ayam dengan ikan. Kat Kelantan ni sekilogram belut hidup berharga Rm16. Tu pun bukan dapat seploh ekor tapi dalam 2-3 ekor belut aje dah cukup sekilo. Mahai mahai.Encik baha cakap ada member dia sanggup beli belut hidup segar Rm10 seekor, wuiiii kalo dah penggemar harga berapa pun sanggup beli tapi kalo ada orang nak kasi ella free seploh kilo belut takpelah awak jual lah kat orang lain saya baik hati kasi awak untung hahahaha.

3 comments:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^