Thursday, December 22, 2011

Jangan dicuba udang petai

Haritu ella teringin gila makan udang masak petai siap pergi pasar chow kit cari petai. Redah Tesco dengan Jusco takda tu yang pergi chow kit tu. Jalan kaki dari rumah dengan panas berpeluh basah ketiak semata cari petai. Bajet malas nak cari yang dah siap perisi tak payah bergetah tangan sekali hoiiii yang dah perisi lima hengget ko tau dah lah secoet je. Makan pun tak puas.


Dah harganya pon lima hengget tak hingin nak membeli yang siap perisi, ambik yang belum perisi tapi harganya mencekik jugak ko tahu. 3 papan tiga hengget. Gila! Tu yang segar yang kureng segar 3 papan dua hengget tapi memang kecut berut lah gayanya makan takda bunyi kruk kruk. Tensen betul semua nak mahal je harga tak boleh nak murah kalau banyak tu takpe jugak ni siket je kot tapi mencekik. Dalam pada tensen marah beli jugak sebab dah basah ketiak mintak tawar tak dapat kalo tak beli kang teringin makan lagi susah.


Balik rumah laju laju masak sebab tak tahan bau petai, tengah masak tu pun tak tahu lah berapa kali duk merasa sampai tak tahu rasa dah jadinya hahahaha. Dalam pinggan haruslah petai lebih dari udang kata teringin petai haaa hambik udang wa tak pandang petai dulu wa mentekedarah. Dah tu lawan pulak dengan air rootbeer anw agak agak ape yang jadi, rasanya memang lah mengancam.


Duduk seploh minit lepas basuh pinggan terus tak boleh angkat kepala ko tahu. Tengok tv macam tengok wayang 3d tak pakai spek khas. Berputar pinar mata memang kepeningan yang hamat. Tu pun bantai nak makan panadol lagi tapi seb baik sedar diri kalo tak memang cek in HKL belakang rumah lah jawabnya. Bila dah kepala hotak segar baru sedar yang sebenarnya if makan petai JANGAN MINUM AIR BERGAS kalo tak gasaklah ko berpinar bijik mata pening. Sebabnya petai tu kan angin dan bergas ko gi lawan pulak dengan air gas memang masyuk lah. Lepas ni kena beringat yer korang JANGAN tau tapi kalo nak try rasa high petai macam mana sila try. 


Tu gambar masak sendiri okeh bukan gambar google 

2 comments:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^