Saturday, January 28, 2012

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum


Ini lah dia universiti yang terbilang melahirkan pelajar berdedikasi tinggi harapan 1 Malaysia tanpa segan silu jadual pembelajaran saya tersusun sangat indah. Cukup punya banyak waktu untuk berjimba. Harus paling penting repeat baju tak sampai sebulan. Terbaik sangat susunan yang hanya 2 jam setiap hari dan membanggakan 5 jam di hari Sabtu. Betul hari SABTU. Jadi dengan bangganya saya mengisytiharkan perang kepada sebarang aktiviti di hari sabtu.



Apa lagi yang mahu ditonjolkan? tak perlu pergi jauh untuk berkorban cukup sekadar korbankan waktu melepak di hari sabtu dengan menayang muka di kelas, dan membayangkan muka housemate senang enak membuai mimpi dikala anda bangun pagi dan terkedek ke kelas. Ingatan buat diri sendiri. Sila berkorban untuk markah 12.00 anda. Mari kira sama-sama menuju kejayaan.


Rasa poyo jek tulis soooo baku hahahaha. Tanda protes secara aman. OkBai.

Friday, January 27, 2012

Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar

Assalamualaikum 


Mulakan dengan gambar pengantin sekeluarga fuh fuh ambik berkat :p

Hijau = ally. Kelabu = farah
Cuti chinese new year aritu ella balik terengganu. Balik 4 hari semata nak pergi majlis kahwin adik dan kawan kesayangan. Nasib baik ada tiket kalo tak harus paksa my lobely tipah skype. Cadangnya nak balik dengan flite sekali tiket hambik ko return trip sampai 300++ tak kuasa nak bayar. Jadi marilah menyakitkan bontot selama 7 jam didalam bas huehuehue.

Interview uollls

So sampai pukul 5.30am lelap mata kejap pukul 7.30am bangun terus bersiap nak pergi majlis akad nikah dekat Masjid Kristal. 

ramai betul mana acik tak ketaq lutut :p
Sampai sana terkejut tengok ramainya jemputaaaaaan. Malu lah pulak. Hati berdebar macam diri sendiri yang jadi pengantin :p Duduk sipi kat belakang nanti kang kalo masuk tv glemer kang susah, ai tak suka publisiti hahahahaha #pengsan

Macam nak angkut bunga table tu tau
Pergi dengan all my lovely tipahs dengan niat ambil berkat mana tahu coming soon salah seorang yang lekat dulu hahahaha gila berangan tak sudah. Well perempuan. Akhirnya dengan 2 kali lafaz farah sah menjadi isteri ally yang sah. Terharu sebak gembira semua ada saat dengar akad nikah tu. Dah selamat jadi isteri orang dah adikku yang comel tu. Siapa cakap pergi majlis kahwin semua orang gembira? Kitaorg pergi majlis kahwin sedih tahu sebab adik kahwen dulu dari kakak. Lepas ni sapa nak jadi pengapit, calon sorang dah tak layak. Siapa nak boleh isi borang lah yer hahahaha

oh my lovely tipahs & pengantin & nenek

Ally dan farah sungguh relax kita nak ambil gambar pun boleh tak macam retis kahwin kat tv tak kasi orang ambil gambar. Maka dengan ini tataplah gambar yang ada sahaja okeh. Acik tak kuasa nak ambil gambar banyak, acik lebih suka menghayati majlis indah tu dari kelek kamera kehulur kehilir. Majlis berakhir dengan sungguh manis. Manis macam air sirap. Terima kasih adik atas jemputan. Semoga perkahwinan ini membawa ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang solehah. Jadilah isteri yang taat pada suami. Kakak sentiasa mendoakan kebahagiaan adik #sapu air mata :) hugs!


kak lisa kakak pengantin yang available sila isi borang jika punya niat hehehe

Diakhiri dengan gambar with my lovely tipahs yang tak cukup seorang. Jangan dikau tanya siapa yang tolong lilit tudung daku itu. Putar dan lilit saja tudung ituuuuuu apa yang dilihat adalah hasilnya :p

Kulilit tudung dikepalaku tema hari itu

Anugerah Dekan lagi? Rezeki

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya tidak berbicara disini, kesibukan diri dan kekangan waktu yang mencemburui hampir membuatkan saya terlupa saya punya tanggungjawab disini eeeeewaaaah! hahahaha sesekali berbahasa indah kaaaan :p


Minta ampun geng, ella agak sibuk sekarang ni maklumlah baru masuk umur patbelastahun #pitam banyak nak kena settlekan kerja, nanti kalau rajin ella update pasal celerate birthday yer.


Alhamdulillah, tahun baru bermula dengan gembira bila sekali lagi menerima Anugerah Dekan :) Anugerah untuk mak, pa & ma yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan anaknya yang "sangat pandai" ini. Anak yang tiap kali nak exam study sampai sanggup tak tidur malam kerana takut apa yang dibaca akan hilang keesokkan pagi. Anak yang selalu hantar sms dan call malam sebelum exam, pagi sebelum masuk dewan dan selepas keluar dewan hanya untuk memohon diberkati segala apa yang dikurniakan dan memohon restu doa kejayaan.


Akhirnya, setiap restu doa mereka terbalas dengan kejayaan si anak. Syukur Alhamdulillah. Hanya kepadaMu aku bersujud Ya Allah.


Terima kasih juga untuk lecturer & sahabat yang ikhlas membantu dalam pelajaran. Untuk yang turut sama bakal menerimanya nanti jumpa 9 Februari okeh. Yang belum punya rezeki InsyaAllah satu hari setiap usaha anda akan dibalas oleh Yang Maha Esa.


Jangan ditanya siapa reka sebab jawapannya orang level 25 kot :p

Tuesday, January 10, 2012

Cantiknya kasut Neelofa untuk Ezlynn

Uollls... uollls dah tegok belum kasut yang neelofa reka untuk ezlynn?

alahai shining kasut sama dengan pipi 


Cantik sangat. Tuan yang reka tu memang dah sah sah lah cantik yang nak pakai pun boleh tahan juga cantiknya yang kasutnya lagilah cantik.


Bestnya kalo ada orang reka kasut untuk kita macam tu terasa diriku begitu berharga #pang kasi sedar diri ko ingat ko tu hartis :p


Tayang lagi kasut cantik.

cantik sangat kan

kredit gambar google!

Monday, January 9, 2012

Tips | Mengerat Hubungan Dengan Secret Codes

Arini cikgu pokpet nak ajar tips untuk mengeratkan hubungan melalui kod rahsia eeeewah. Boleh praktikkan untuk orang yang tersayang nanti bertambah sayang kepayang lah yang tersayang kepada korang kehkehkeh.


Mulai harini bolehlah korang hantar sms kod rahsia ni tengok apa kepayang anda reply. Selamat Mencuba!



H.O.L.L.A.N.D - Hope Our Love Lasts And Never Dies

I.T.A.L.Y - I Trust And Love You

L.I.B.Y.A - Love Is Beautiful ; You Also

F.R.A.N.C.E - Friendships Remain And Never Can End

C.H.I.N.A - Come Here….. I Need Affection

N.E.P.A.L - Never Ever Part As Lovers

C.A.N.A.D.A - Cute And Naughty Action that developed into attraction

K.O.R.E.A - Keep Optimistic Regardless of Every adversity

E.G.Y.P.T - Everything’s Great, You Pretty Thing !

M.A.N.I.L.A - May All Nights Inspire Love Always

T.H.A.I.L.A.N.D - Totally Happy, Always In Love And Never Dull

B.U.R.M.A - Between Us, Remember Me Always





credit to Mr.Google! haha ;p

Sunday, January 8, 2012

Geng PokPet Belog Ella

Hi korang!



Sihat ke tak harini? dah makan? makan ape? sedap tak? sebenarnya ella tak tau nak tulis apa harini jadi ella pun buat sesuatu yang ella sendiri konferm akan pening kepala last last nanti tapi takpe demimu blog daku rela ceeeewaaah. Nak jadi blogger tegarlah katakan haruslah menitik peluh didahi dan berketiak basah sekali sekala hooover disitu :p






Disebabkan link blog korang yang kat belah kanan belogella ni ella dah remove jadi ella buat satu tempat baru untuk korang tengok update post blog dari blogger yang link dengan belogella. Kiranya tempat baru ni korang buka boleh tengok sapa yang update paling latest gitu, ni semua yang ella follow lah dan korang pun boleh postkan link korang untuk dilinkkan dengan belogella. Haaa paham tak?  Nanti bila free ella updatekan link korang tu dalam blog Geng PokPet Belog Ella.



Haa tu nama tempat baru untuk korang postkan link blog korang Geng PokPet Belog Ella sempoi tak nama? tak fikir pun terus taip je apa yang ada dihujung jari dasar malas berfikir :p Lepasni sila lah drop komen link korang disana okeh. Ella cuba untuk update sedaya cepat yang boleh sebab first 6 month 2012 ni bizi dengan FYP jadi harap korang memahami keadaanku ini.


Till then xoxo!

Clarks vs Hush Puppies

Misi mencari kasut akan bermula bila balik Kolumpo hari sabtu ni (sabtu minggu depan yo). Tapi ni shopping untuk kasut cik sah bukan untuk tuan belog T________T


Disebabkan cik sah demand nak pilih kasut tapi malas pergi kolumpo makanya kena lah anak yang solehah ni buka website buka setiap page bagi cik sah tengok mana yang berkenan dihati. Yang pasti ai jugak pencarinya janji kasut yang mau itu sampai ditangan.



Kasut pilihan mengikut urutan. 


Peppi Naboo by Clarks



Colby by Hush Puppies



Mary Jane by Hush Puppies




Harganya semua tak tahu berapa jadi pergi kedai nanti baru kita belek later ella update okeh bila lepas beli. Jadi marilah kita menyemakkan muka ahad ini eh minggu depan di shopping kompleks yang ada di kolumpo :p sape nak join meh kite detings.

Saturday, January 7, 2012

Besarnya fadhilat ayat Kursi

MasyaAllah begitu besarnya fadhilat ayat Kursi ini. Marilah kita sama-sama amalkannya InsyaAllah sentiasa diberkati olehNya.


1) Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi. 
2) Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat. 
4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam.. 
5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 


Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat. InsyaAllah.



Dapat ni dari seorang kakak, terima kasih atas perkongsian kak lili.

Star Education Fair 2012 -Education & Career Talks

Siapa yang tengah mencari kerja sekarang dijemput ramai mana tau ada rezeki kat sini, yang dah bekerja nak mencari kerja lagi bagus pun boleh pergi jugak. Saya? lepas bulan 6 baru boleh pergi sebab sekarang saya masih dibangku universiti lagi hehehe..


Selamat berjaya!



Maklumat lanjut boleh tengok SINI

Edisi Hadiah Kahwin Wajib Yang Orang Beri

Disebabkan sekarang musim kawan kawan kahwin jadi mari kita tulis cerita hadiah kahwin. Nak tunggu hadiah kahwin sendiri lambat lagi jadi mari kita sibuk hadiah kahwin orang lain ngeh ngeh ngeh.




Dulu dulu masa kecik kalau pergi rumah orang kahwin ella suka sangat pegang hadiah kahwin sebab nak tunjuk hadiah kawin kita bawa lagi besar dari hadiah kahwin awak bawa biarpun hadiah tu lagi besar dari tuan yang bawa tapi hogeh hogeh juga nak bawa. Tapi tu masa budak air liur berjejer lagi sekarang nak bawa pun malas nak pergi beli lagiii malas sebab duit sendiri kena keluar hahahaha. Kira kalau orang tu dapat hadiah kahwin dari ella sangat bertuah sebab ella rajin pergi mencari dan membeli. Tapi kalau pergi beli hadiah untuk diri sendiri sangat rajin lah pulak takpayah di suruh hakhakhak. 




Selalunya bila pergi cari hadiah untuk orang kahwin ella mesti cerewet banyaaak. Ella akan fikir panjang contohnya macam ni, kalau beli ni agak diorang pakai tak, kang beli ni diorang tak pakai pulak mmm beli tu lah boleh diorang gantung kat dinding eh eh tak pun beli ni nanti bila diorang masak teringat yang tu hadiah diorang kahwin nak baling pun tak sampai hati haaaaaa sampai camgitu sekali ella fikir. Padahal pengantin tu tak heran mana pun dengan hadiah kita bagi hehehe.




Normal gift yang orang beri untuk para pengantin

1- Cadar / Comforter
2- Set periuk belanga/ kuali/frying pan
3- Set gelas/cawan/pinggan/mangkuk
4- Jam dinding




Dan ella termsuk dalam golongan makcik diatas selalu kasi yang no 2 dengan no 3 tu gila oldskool kan tapi sekarang zaman moden pengantin siap rikues hadiah daripada pemberi okeh. Rikues microwave lah toaster lah nasib baik tak rikues kereta dengan rumah kalau tak si pemberi bankrup hahaha. Terus boikor pergi jemputan kahwin :p




Jadi sekarang disebabkan zaman yang terlampau moden dan pengantin pun macam ragam terover apa kata kita tukar style hadiah yang lebih uptodate. Kita beri buku ilmiah pula walaupun murah dari segi harga tapi mahal dari segi nilai ilmunya. InsyaAllah pahala turut mengalir bersama kita bila si penerima membacanya. Amin. Tapi jangan esok haku kawen hadiah semua buku je sudah hahahaha nak juga hadiah lain macam orang lain #pang sekali.





kredit gambar to mr google!


Kenapa Bila Orang Dapat Duit Kita Asyik Minta Belanja?

Assalamualaikum korang! *tetibe*




Tadi terbaca status seorang kawan Alhamdulillah dia dapat interview kerja. Syukur akhirnya ada peluang untuk menjenguk pekerjaan walaupun baru interview tapi mana tahu rezeki dia dapat kerja tu kita tumbang gembira. Ramai yang komen tapi dalam ramai yang doakan kejayaan interview tu terselit beberapa komen berbunyi "nanti dapat gaji belanja lah weh" ada juga yang komen "nanti dah kerja jangan lupe belanja aku". Si penulis menjawab InsyaAllah ada rezeki lebih aku belanja.




Kadang kala ella mari terfikir sebab apa tiap kali kita dapat duit mesti orang minta belanja. Siap sampai mengungkit kalau kita tak belanja main perli perli bagai duit dah banyak tapi minta belanja pun kedekut. Memang betul kalau ada rezeki lebih tak baik nak kedekut tapi kadang orang tak tahu yang duit kita dapat tu bukan kita simpan semua dalam bank buat pekasam. Banyak benda yang nak kena bayar bil, kasi mak, bayar rumah kereta yang orang tak tahu. Yang orang tahu cuma minta belanja je.




Amboiiii ingat kita kerja dapat duit untuk belanja dia gamaknya. Ella pun pernah merasai dapat duit banyak seketul 5k dapat kat tangan tapi ella ikhlas nak belanja member. Bukan nak berlagak tapi niat ikhlas nak share tapi ada yang merasa tu siap janji takpe nanti giliran dia pula nak belanja. Kita pun iakan aja. Kalau ada rezeki dia belanja merasalah kita tapi kalau tak ada jangan lah meminta. Nampak sangat nak mentekedarah duit orang tapi duit sendiri kedekut.



Kesiankan lah kat kawan tu, gaji pertama dia bukan untuk belanja korang, mungkin dia ada niat nak belanja family ke bayar hutang ke yang kita tak tahu. InsyaAllah kalau ada rezeki korang dia nak belanja kita terima seadaanya dan bersyukur bukannya sesi perli dan bergosip cop kata dia kedekut huhuhu.



Bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah, semua atas usaha kita sendiri. Cuma fahamkan lah posisi masing masing, kita tak tahu kesusahan orang dan orang tak tahu kesusahan kita jadi jangan cepat nak assume orang tu camgini orang ni camgitu boleh dosa free sejaje. adios!

Friday, January 6, 2012

Misi mencari Coklat Udang untuk Hadiah Kawen




Sekarang ella duk sangap cari coklat ni. Kat mana eh ada jual? dulu kedai runcit banyak je ada sekarang nak cari punya lah susah. Bila nak cari benda yang nak tu mesti takda tapi bila taknak tu banyak aje yang ada mencii tau.


Bukan apa adik kesayangan rikues nak adiah kawen ni jadi kakak yang baik harus gigih mencari. Help me! Help me! mana nak cari ni wuuuuuu..



P/s: kalau dapat ni harus ku beli sepeket besor.

Saat Aku Mencintaimu

Sekarang ni tengah gila dengar lagu ni, lirik dia kalo hayati dengan hati sungguh menyentuh kalbu, pandai lah penulis lagu ni tackle telinga sampaikan tengah masak pun mulut duk nyanyi lagi ni tapi part verse 1 dengan verse 2 je lah ahahaha nk pergi join koir kampus malu jadi koir kat dapur dengan henpon pun jadi lah :)

Meh layan lirik lagu ni dengan video klip dia sekali.



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Thursday, January 5, 2012

Tips: SUSU membantu untuk tidur lena

kredit google


Dari kecik mak kita selalu suruh kita minum susu, mak awak ada tak suruh awak minum susu? Tapi bila dah besar ni kita selalu lupa nak minum susu yelah masa kecik nak susu je mak terus sua kat mulut hisap tektektek sekarang kalau mintak susu sua kat mulut lempang free ko dapat hahaha.




Stop mengarut ella! :p 




Korang kalau minum susu agaknyalah korang tahu tak khasiat susu tu? ke orang minum susu ko pun minum susu konon nak kulit putih gebu :p memang betul boleh gebukan kulit tapi selain tu susu pun boleh membantu orang insomnia untuk tidur lena waktu malam. Orang tak insomnia tapi selalu macam ada masalah nak tidur malam pun buleh try.




Susu ni bukan je kaya dengan kalsium tapi jugak kaya dengan protein dan vitaminB2. Kalsium membantu untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat, Protein tu pulak membantu untuk bina tisu dan pertumbuhan badan, dan VitaminB2 membantu untuk membebaskan tenaga yang diperolehi daripada karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan.



Sebaiknya korang ambil 3 gelas susu sehari tapi untuk tidur yang lena minumlah segelas susu suam/sejuk sebelum korang masuk tidur. InsyaAllah tidur korang tidak terganggu dan mampu tidur lena. Dengan tidur yang lena korang mampu mendapatkan tidur yang cukup untuk menjana tenaga keesokkan hari untuk bekerja :)



Ohyaaa susu yang telah dibuka hanya bertahan dalam masa 2-3 hari je tau dah MESTI simpan dalam peti sejuk. MESTI.


susu kegemaran dutch lady strawberry ONLY

Wednesday, January 4, 2012

Donat Pintal Gebu

Dua tiga hari ni asyik terasa nak makan donat je buka peti tengok ada balance donat segera terus ambil goreng. Sambil goreng buat air strawberry dah kordial ada tersedia kacau je lah. Tapi malangnya rumah ini tidak mempraktiskan penghasilan ais maka minumlah air strawberry tu dalam keadaan panas suam :p



Ada tiga je jadi semua bedal seorang diri tak share kat sesape pun hahahahaha.




Kat sini donat segera ni sangat murah sepaket ada 8 bijik hanya Rm 2.50 tak ke murah kawan kawan. Terus rasa nak bawa balik dan buat business kat KL tapi mesti rugi tak ada orang beli. Last last tuan sendiri makan hahahaha. Tapi serius ini donat sangat gebu dan lembut. Sampai teringat ingat.. Ok dah telan air liur.




haa tu lah rupa sebelum digoreng. Tak payah tenung lama lama bukan boleh masuk mulut pun #pang.. Nampak tak gebu tu yum yum dap dap nye. 


Gambar terakhir untuk anda yang gila donat :p



update: sebenarnya ada 9 biji donat dalam pastu harganya RM4.00 bukan RM 2.50 hehehe silap info cik sah kasi tau.

Tuesday, January 3, 2012

Biarkan Amalina Che Bakri sendiri

Sekarang orang sibuk duk pokpetpokpet pasal Nur Amalina Che Bakri ni, ella naik geram bila baca kat twitter sesedap mulut orang je duk mengata dia. Dari semalam sampai jadi HOT HOT story.




Ingatlah wahai manusia yang Amalina pun manusia.



Memang tidak salah untuk kita menegur tapi tegurlah dengan cara berhemah dan menghormati beliau. Biar apa pun yang terjadi itu urusan dia dengan Allah swt, kita bukan sesiapa untuk menghakimi peribadi beliau.



Memang betul dia pernah melakarkan sejarah di Malaysia, masa tu semua orang berbangga dengan dia semua orang nak jadi macam dia, nak anak pandai macam dia. Tapi sekarang semua orang duk mengata dia duk mengutuk dia, lempar kata-kata yang tak betul dan mengguris hati dan perasaan dia, family dia dan kawan2 dia.



Kalau betul dia sudah berubah penampilan kita seharusnya memberi pandangan dengan ikhlas bukan dengan cara mengutuk dia. Benar tanggungjawab kita untuk menegur tapi keputusan terletak ditangan dia sendiri untuk menerimanya atau tidak. Bukan dengan cara meluahkan segalanya di mana mana medan sosial. Siapa korang untuk meluahkan kata-kata begitu kepada dia? Korang kenal rapat ke dengan Amalina? Korang pernah tidur sebantal ke dengan Amalina tu? Bayangkanlah suatu hati nanti jika orang mengata korang macam tu, apa perasaan ibu ayah korang? apa perasaan korang sendiri? mampu ke korang nak belajar dalam keadaan tertekan macam tu?



Kalau dulu orang menyokong memuji dia, Kenapa sekarang orang tidak boleh menyokong dia kembali untuk melakarkan lagi sejarah buat Malaysia dengan kejayaan dia? Kenapa tidak? Kerana dia berubah penampilan?



Bangunlah semua buka mata. Segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Dia tengah melalui fasa kehidupan kita harus bagi sokongan dan nasihat bukan menghakimi dia. Ingatlah Allah swt Maha Berkuasa hanya dengan Kunfayakun sekelip mata segalanya mampu berubah.





p/s: Personally ella tak kenal pun amalina ni tapi ella kesian kat dia kena kata macam2, Nauzubillah. Ella pun bukanlah orang yang alim sangat tapi nak berkata2 tu biarlah berpada jangan sampai mengaibkan orang.


p/ss: kat Malaysia orang tak heboh pun, dari kampung pakai tudung litup berbaju kurung kain batik sampai KL seluar pendek fashion underware berbaju bikini nampak tetek. Terima Kasih.

Murahnya iPhone - Apple One Day Shopping


Tadi dapat email dari apple, sempena tahun naga ni diorang buat special Apple One Day shopping. So apa lagi jom rembat apa yang berkenan dihati. Check their link HERE




Tips Nak Bagi Timun Rangup

Sekarang ni ai jadi bibik kat rumah mem beso kasi arahan ikut henfon bibik kena buat semuanya. Yang penting bila mem beso balik terus ketong keletang je kat dapur tak payah nak edisi potong memotong.


Bila dah jadi bibik haruslah dengo cakap mem beso, bila mem kate A maka A lah yang jalan tapi kekadang bibik kedaung jugak hahaha. Biasalah bibik rock bangun tidur matahari cecah bumi lepas tu leban depan laptop baru buat arahan mem beso.


Arini mem beso ajar tips nak kasi timun rangup jadi bibik laksanakan tugsan


Mula mula ambil timun lepastu ambik garpu. Lepas tu gores kulit luar timun dengan garpu secara memanjang hingga keseluruhan timun. Tengok gambar timun masa depan kalau tak paham yer. =P




Lepas tu potong timun masam biasa. Kalau nak membulat sila potong bulatkan timun tu kalau suka memanjang pon boleh potong secara memanjang timun itu. Siap settle semua ambil semua timun yang dah potong tadi letak dalam mangkuk.



Kemudian ambil mangkuk berisi timun tadi dan letakkan air sejuk, ni kira air paip pon boleh janji bukan air panas ataupun suam. Rendam dalam 5 minit gitu lepastu toskan dan selamat menjamu selera dengan timun rangup kruk krak. 



Monday, January 2, 2012

First Time menu makan malam tahun baru Belut rasa dan khasiatnya

Amboi ella nama entri nak khelaas aje feeling kelaaas kau mariaaaa hahaha. Jadinya seperti tajuk menu makan malam 3 hari sebelum tahun baru 2012 adalah sup belut dan gorengan belut. Jangan tanya dulu rasanya macam mana, soalan patut tanya dulu adalah reaksi sebelum nak boleh makan dan telan menu tu, diri sendiri pun rasa lawak bila teringat kisah nak makan hahahaha.


Belut segar *kredit google*


Korang kalau nak makan belut ni tak kiralah buat sup ke goreng ke paprik ke mesti setkan dalam kepala otak yang korang nak makan ikan, kalau korang jenis aci bedal tak payah nak buat tapi kalau korang jenis senyoyoh macam ella sila buat hahahaha.



Ella nak boleh makan dan telan belut tu ella cakap kat diri sendiri nak makan ikan ni.. ikan.. ikan.. ulang sampai patploh kali akhirnya selamat telan masuk perut belut tu, macam orang tak betul duduk kat meja makan cakap sensorang sambil cerita kat kucing, arini nak makan ikan special ikan tau ikan ikaaaaan hahahaha.

Gorengan belut versi kelantan

Ella memang jenis manusia eksotik spesies, eh tapi ella bukan makan binatang eksotik tahu, kang korang ingat ella makan binatang eksotik mampus pergi report kat jabatan perhilitan nayaaa. Member ella panggil ella manusia eksotik sebab ella suka mencuba makanan baru, kira kalau makanan tu baru orang teragak2 nak try ella memang akan try lagi2 kalo pergi melancong tempat orang lagi teruja nak mencuba makanan tempat diorang gituuu paheeem?




Haaa rasa belut hmmmm mungkin lain orang lain lidah lain rasa, lidah ella gorengan belut rasa okay macam ikan, ikan yang mmmmmmm ikan lah senang cerita. Tapi sup tu wa kenot kunyah you, kulit dia tu rasa licin atas lidah jadi tak tersempat nak terkunyah terus tertelan glup glup seketul masuk perot. Gasaklah apa jadi dalam perut hahahaha. *padahal dalam kepala terbayang rupa hakiki belut* :p



sup belut pon versi klate


Ok dah taknak bayang nanti ada terkeluar balik apa yang tertelan seketul seketul. Kat kelantan ni ramai orang cari belut tau sebab banyak khasiat belut ni. Antara khasiat belut bagus untuk menyembuh sakit kulit *kisah benar ni*, menguatkan daya ketahanan badan , Menguatkan daya ingatan seseorang, Berupaya menstabilkan tekanan darah, boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata dan membantu mencegah hepatitis.



Lagi satu harga sekilogram belut ni mahal betul kalah harga ayam dengan ikan. Kat Kelantan ni sekilogram belut hidup berharga Rm16. Tu pun bukan dapat seploh ekor tapi dalam 2-3 ekor belut aje dah cukup sekilo. Mahai mahai.Encik baha cakap ada member dia sanggup beli belut hidup segar Rm10 seekor, wuiiii kalo dah penggemar harga berapa pun sanggup beli tapi kalo ada orang nak kasi ella free seploh kilo belut takpelah awak jual lah kat orang lain saya baik hati kasi awak untung hahahaha.

Sunday, January 1, 2012

Like Box Cerita Saya Ella PokPetPokPet

Pagi tadi mood malas tetiba masuk petang mood rajin tu yang tetibe keluo entri ni. Kan ella cakap kat SINI ella ni tak payah nak berazam sangat sebab tahan seploh minit je lepas tu ntah kemana azam pon tak tahu lah kahkahkah. Tapi azam Free MARA tu tetap berjalan :p



Kita kaaaan baru buat Like Box BelogElla #pang sekali gedik sangat aiihh kalau korang suka baca ke tak suka ke BelogElla ni rajinkanlah jari tu tekan LIKE kat belah kanan blog ni haaa. Bukan LIKE box je tapi Google+ dengan Network Blog pon ada yang boleh korang follow.


Maklumlah time rajin semua nak buat time malas kedaun semua lagi sanggup hadap makanan dari hadap blog kihkihkih.

Tahun Baru Teruskan Azam Lama




Nak menaip tapi hurmmmm ideanya kurang jadi update ala kadar pon boleh lah ek..
So semalam tahun baru korang sambut ke tak? kat mana?
Ella memang tiap tahun tak sambut tak ada feel nak pergi sambut tempat ramai orang gitu, ella bukan boleh nanti mula lah nak jadi rimau geget orang hakhakhak


Semalam orang masuk ke Thailand phewww berpusu pusu, yang berpusu-pusu tu semua orang melayu hokeh pelik betul apa yang dicari belah Golok sana pon wo pu chi tao lah. Moga usia mereka masih panjang untuk bertaubat jikalau tersimpang :)


Sooo cakap pasal tahun baru mesti semua duk sibuk pasal azam, ni bukan azam anak cik mat tu ni azam apa yang nak dicapai. Kalau ikutkan ella takda beria nak berazam bagai sebab dah tau dah diri macam mana azam seploh minit lepas tu azam ke mana tuan ke mana hahahahaha.


Cumanya mau teruskan tekad masa jejak kaki di UniKL untuk FREE kan diri dari membayar loan MARA hehehe InsyaAllah dengan izinNya berjaya :)


Lepastu kena gigih cari kerja lah weh. Niat nak beli rumah kat kampung halaman Kuala Terengganu sebijik.



Lepastu kita teruskan hidup sebagaimana tahun sebelumnya semoga lebih sukses. dilimpahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Yang Maha Esa. *nampak sangat malas nak tulis hahahaha