Wednesday, June 13, 2012

Duit Tinggal Rm 3 vs Bihun Seven Eleven

Assalamualaikum!



Gini lah nasib studeng bila elaun lambat masuk, jadi untuk memastikan perut sentiasa berisi dengan makanan yang mengenyangkan sesambil belek duit dalam beg duit mari kita cari sesuatu yang murah dan sedap.


Bihun seven eleven hanya Rm 2.80 sebekas sedap dia macam makan kat kedai cuma tak ada ayam banyaklah. Datang sekali dalam set tu hotdog 2 ketui kecik, sambal seco'et dengan telor dadar bodoh sekerat. Kira okay lah dengan harga dan rasanya. Memula beli orang dalam kat seven eleven tu yang sesama kat kaunter nak bayar tengok dengan gaya "eh budak ni macam tak ada kedai nak beli makanan, sampai ke 7E ko beli bihun". Bang, abang tahu tak bihun 7E ni silap gaya lagi sedap dari kedai makan yang abang selalu beli makanan pagi tu tau. 


Efek lepas panaskan balik rumah terus makan sementara masih berasap



Bagusnya 7E ni kalo korang nak beli kang makanan tu sejuk jadi korang boleh panaskan dalam microwave yang diorang sediakan tu. Tak reti pakai pon boleeh korang pergi aje kat kaunter buat muka comels mintak cashier tu ajarkan huehue. Tapi sebelum panaskan tu sila buka siket plastik penutup bihun tu kang tak pepasal meletop 7E orang, tapi jangan lepas ko buka ko tak beli pulak memang tak keluar lah enko :p



Sejak saya selalu beli bihun ni kat 7E saya perasan macam makin ramai pulak yang join sama beli huhuhu macam mana saya tahu? sebab kalau saya lambat siket pergi beli mesti bihun ni dah habis. Saya syak abang tu borong beli untuk anak bini untuk makan malam kot tak pon belanja memember makan yelah murah dan sedap siapa tak mahu. Tenkiu lah 7E supply makanan sesedap gini lepas ni boleh lah supply nasi minyak ke nasi beriani pulak ke barulah makin maju hikhik.

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^