Assalamualaikum!
Kempen tersebut mengumpul dana kebajikan tahunan yang bertemakan 'WE CARE' sedang rancak berlangsung di semua rangkaian karaoke Red Box mulai 1 May hingga 31 Julai. Pelanggan boleh membeli beg amal 'WE CARE' yang dicipta khas untuk membantu mengumpul dana untuk Yayasan Nur Karangkraf. Beg tersebut boleh didapati di mana-mana rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria di seluruh Malaysia.
'WE CARE' mengajar kita untuk memberi sumbangan yang kecil yang mana mampu mengubah kehidupan manusia. Misi ini adalah untuk menyokong usaha Yayasan Nur Karangkraf dalam membela nasib golongan terbiar seperti ibu tunggal dan anak yatim melalui sumbangan wang ringgit. Disokong oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Red Box berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan FIGOS dan Jamu Mak Dara dalam membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berkemampuan.
"Apa yang menarik tentang beg amal 'WE CARE' ini ialah, pembeli bukan sahaja dapat berkaraoke, malah mereka berpeluang memiliki CD atau Novel kegemaran, produk Jamu Mak Dara dan menikmati baucar diskaun Red Box & FIGOS pada masa yang sama! Terdapat empat jenis baucar; RM5, RM10, RM20 dan 'Beli 1 Percuma 1' baucar Red Box. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM200 tetapi mereka hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja!", ujar Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Kumpulan Karaoke Red Box.
Valerie menambah, "Ini adalah musim ketiga kempen amal seumpama ini diadakan dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami setakat ini. Pada 2009, dana pertama dengan jumlah sebanyak RM 20,881.26 berjaya disalurkan kepada World Vision untuk membina telaga dan projek tangki air di Ba Thuoc, Vietnam. Pada tahun 2010, satu lagi usaha membantu World Vision berjaya dilaksanakan, di mana semua wang yang dikutip hasil dari jualan 1000 tabung artis Nicholas Teo (edisi terhad) yang berharga RM 25 setiap satu berjaya didermakan kepada World Vision. Kami berharap agar kempen 'WE CARE' menempah satu lagi kejayaan agar dapat membawa harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan".
hehe Ella ;)
ReplyDeleteso apparently you are a spokesperson for Red Box? good job :D
ps: just sent you an email just now ;) kindly check your email please
wassalam
eh tak lah..
ReplyDeleteJust join their event and shares the info :)
email replied! :)