Assalamualaikum!
Sambungan semalam adalaaaaah
"adik, flight adik ni rasanya dah.......... nak tutup gate dah ni tapi kalo lari sempat lagi ni" haaa perasaan saya masa tu macam nak panggil doraemon tolong terbangkan ke gate B7.
Dengan saya pakai wedgesnya dengan escalatornya slow saya redah je turun lelaju, nasib baik tak tercium lantai berkilat klia tu, sampai kat bawah fuh lega berjaya turun dengan selamat. Dari jauh nampak sengbod Gate B saya dah senyum sebab bajet dekat dah nak sampai tapi sekali gate B7 hujung puncak nun huwaaaaa bencik bencik.
Baru saya melangkah 5-6 tapak gitu dengar pulak "Attention to passenger Flight MH **** Miss Nur A********** bound to Kuala Terengganu please proceed to gate B7 immediately" hah masa tu saya lari selaju mungkin tapi macam tak lari je sebab pakai wedges kang dengan henbeg sebelah dengan beg leptop lagi macam kekura berlari dah saya rasa tsk tsk tsk. Sesampai dekat gate B7 saya hulur tiket sambil mintak napas tapi saya lupa pulak nak keluarkan sesiap ic lalu terciptalah adegan sambil mintak napas sambil geledah henbeg cari ic.
Panamatnya saya berjaya naik flight dengan penuh rasa mengah berlarian dalam klia huehue. Ingat bila dah duduk dalam flite nak lelap kejap sekali hampaa saya kena melayan pakcik dengan makcik sebelah saya bercakap pulak T_______________T diorang nak bercuti kat Terengganu jadi saya kena jadi duta kecik tourism terengganu sabor je lah.
Untuk korang yang ingin menaiki flight tak kira kemana saje sini saya kasi beberapa tips, jangan ulangi adegan bodoh saya dekat airport tu :)
1) Untuk penerbangan international sebaiknya berada di airport sejam sebelum, lagi awal lagi bagus.
2) Untuk penerbangan domestik sila lah berada di airport 45minit sebelum.
3) Selalu tengok jam untuk masuk gate, lebih baik masuk awal dari masuk lambat.
4) Buat online checkin sesiap jadi taklah kelam kabut.
5) Untuk penerbangan domestik prepare i/c sesiap
6) Untuk penerbangan antarabangsa sedia pasport sesiap. Make sure pasport masih valid 6 bulan dari tarikh luput. Kiranya kalo korang punya pasport expired bulan 12, make sure flite korang tu sebelum bulan 6.
7) Hand luggage hanya dibenarkan 2 beg sahaja setiap seorang dan berat tak melebihi 7kg.
Tu je kot yang penting yang lelain kalo nak tahu boleh comment atau email hokeh :)
klakar la yunk..tu la ralit makan je nasib tak terlepas flight
ReplyDeletePernah hampir tertinggal flight ke Beijing sebab sibuk buat drama air mata depan boyfie okbai haha!
ReplyDelete