Wednesday, June 20, 2012

Preview : Filem Mael Lambong

Assalamualaikum!




Semalam saya berkesempatan pergi ke Preview Filem Mael Lambung di TGV Sunway Pyramid, tenkiu atas jemputan kakakku ruby. Filem Mael Lambong ini akan mula ditayangkan di 79 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 JUN 2012, merupakan filem ketujuh terbitan EXCELLENT PICTURES dan diarahkan oleh pengarah terkenal AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI.


Antara gambar scene dalam Mael Lambong


Ulik mayang yang akhitnya meal diulitkan


auw, hiyak, oh, ek gaya mael kaching!


mariaaa ooo mariaaa


Filem ni memang tak rugi nak pergi tengok sebabnya konfem korang akan ketawa berdekah-dekah dari awal sampailah ke akhir. Aksi-aksi para pelakon memang mengundang kerusi bergegar, sampaikan saya sendiri penat rahang duk gelak memang tak kaver langsung, dalam gelap siapa tahu kalo gelak macam hantu pon hahahahaha . Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal ZIZAN RAZAK, TAIYUDDIN BAKAR, JULIANA EVANS dan juga seorang bakat baru, SHENTHY FELIZIANA.


Saya rekomend korang pergi tengok sebab nanti akan ada aksi dikampung halaman mael yang memang teeeeeeeettttt tapi kelakar gilaaaaa. Ok tak boleh bayang lagi nanti kang gelak sensorang >.< cumanya tak puas hati siket sebab zizang dok cakak tranung padahal balik kapong doh huhuhu.


Jangan lupa korang pergi tengok cerita Mael Lambong di pawagan bermula 21 Jun ini.



P/s: Gambar dari preview semalam jangan ditanya, tadi gatal pergi forensickan memori lalu terus korup semua hukhukhuk

1 comment:

  1. Alah, mesti wajah ai pun telah di corrupt.. muhahahaha.

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^