Thursday, June 14, 2012

Makan Makan di Secret Recipe

Assalamualaikum!


Melantak sementara tunggu flight dekat KLIA untuk balik ke Kuala Terengganu, bajet punyalah cantik kenkonon sampai terus nak checkin tak nak lepak memana dulu sebab duit dah kering sekali tersampai awal lah pulok. Bila dah sampai awal haruslah berjalan dulu bila dah berjalan mesti lah lapaar. Bila dah lapar apa yang nampak depan mata mesti nak makan lepastu lupa diri order huehuehue.


Masuk secret recipe memula ambik cake aje, terpusing belakang nampak pak arab order lasagna huwaaaaa kejam betul. Mata dah bertentang makanan perut hantar isyarat lapar, kaki laju bangun pergi kaunter lalu terorder chicken lasagna juga. Tepok-tepok beg duit tengok wang saku tinggal 50 hengget terkontang kanting benciiiinyaaaaaaa. Tengok perut tuan mu sanggup berkorban untuk memenuhi selera besarmu itu.


Bila dah makan dengan penuh nikmat sehingga lupa ada penerbangan yang mahu dinaiki, lalu tengok jam sudah pukul 2 petang dengan penuh bergaya bangun berjalan lenggang mak limah ke pintu masuk. Kasi dekat cik kak polis tiket untuk final checkup dan cik kak dengan lemah lembut kasitau "adik, flight adik ni rasanya dah.......... " BERSAMBUNG esok yer :) * gatal nak main sambung-sambung pulak dah hahaha.

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^